Friday, January 29, 2010

Cinta Terhenti - Bab 15

Setelah Pak Su dan Mak Su ke destinasi masing-masing, aku hanya berehat membaca akhbar dan berbual-bual dengan kedua kembar. Aku bertanyakan tentang pelajaran mereka dan mereka meminta aku bercerita pengalaman belajar dan bekerja di luar negara.

Aida dan Alya akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Aku memberi nasihat dan tip-tip berguna berdasarkan pengalamanku. Tetapi aku yakin kedua-dua saudara kembar itu bijak dan genius seperti papa mereka. Mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, apatah lagi mereka sedang menuntut di sekolah Berasrama Penuh yang pastinya menyediakan segala kemudahan dan guru-guru yang terbaik.

Leka berbual, langsung aku terlupa janjiku pada putera tunggalku pagi tadi. Patutlah mukanya tidak ceria ketika kami asyik bercerita tadi. Rupa-rupanya permintaannya masih tidak kutunaikan. Ada kalanya, sukar juga aku melayan kerenah anakku ini. Pada keadaan-keadaan tertentu dia tidak boleh bertoleransi. Terutamanya jika perkara berkaitan dengan ayahnya. Pernah suatu ketika, ayahnya menelefon dan ingin bercakap denganku, tetapi aku menolak, dia amat marah sehingga tidak mahu bercakap denganku. Dia melancarkan mogok lapar, nasib baik teman baikku Jannah dapat memujuknya dan membawanya makan di luar.

Aku mengajaknya ke bilik untuk membuat panggilan kepada ayahnya kerana tidak mahu perbualan kami didengari oleh anak-anak Pak Su. Aku harus menyimpan rahsia rumahtanggaku daripada Pak Su. Semasa tanganku menekan stylus di PDA dan membuat arahan searching contact number, barulah dapat kulihat seri mukanya bersinar kembali.

“Hello, can I speak to Mr. Danial Haqim please”. Pintaku apabila mendengar suara mesra penyambut tetamu memberi salam setelah talian bersambut.

“I’m sorry miss, Mr. Danial not available at the moment. He is having a meeting with client right now.May I know who’s on the line, please?Do you have any message, I’ll past to him or maybe you want him to return call?” Mesra dan bersopan penyambut tetamu itu melayan pelanggan. Beruntung Danial kerana mempunyai kakitangan yang pandai menjaga imej syarikatnya. Tentu dia telah dilatih sebegitu. Penyambut tetamu yang berdedikasi dan mesra pelanggan adalah aset penting bagi sesebuah syarikat, kerana jika layanan buruk yang diberikan, pastilah akan menjejaskan imej syarikat dan peluang perniagaan akan lesap.

“No, thank you; you just tell him, his old friend call. I will call him later. He’s having meeting in the office or outside?”. Aku menolak untuk meninggalkan pesanan dan hanya mahu dikenali sebagai kawan lama. Aku takut jika identitiku terbongkar dan akan memberi masalah pada diriku dan juga Danial

“Okay miss, I’ll past the message to him but I’m not sure wheatear he having a meeting in the office or outside. you’ll have to ask his secretary. I’ll past the line for you, miss”.

“No thanks, I‘ll call him later.” Aku menekan butang merah di PDAku dan meletakkannya di almari solek. Danish yang sedang duduk di katil kembali muram kerana tidak dapat bercakap dengan ayahnya. Aku cuba memujuknya.

“Sayang…, daddy is having a meeting with the client. We’ll call him later, okay.” Pujukku, walaupun pujukan itu tidak begitu memberangsangkan kerana wajah muramnya masih menunjukkan rasa kecewa.

“Why don’t you call to his hand phone?”. Dia masih tidak berpuas hati dengan usaha yang aku lakukan.

“Daddy’s having meeting with an important client, off course he didn’t bring the phone, he must have leave it to the secretary or maybe he just off the phone, that will interrupt their discussion, do you understand me, sayang”. Dalam keterpaksaan aku mencipta alasan lagi. Penyambut tetamu tadi, tidak pula menyatakan pelanggan yang berurusan dengan Danial, adalah pelanggan penting. Tetapi, oleh kerana aku yang hanya separuh hati memenuhi permintaannya bagai melepaskan batuk di tangga, maka usaha yang kuberikan tidak bersungguh. Bagi menutup mulutnya terpaksalah aku mereka cerita dan mencipta alasan untuk kesekian kalinya.

Walaupun rona mukanya sedikit cerah apabila Alya dan Aida mengajaknya bermain PS2, tetapi dapat kurasakan kekecewaannya. Dia menaruh harapan yang tinggi untuk bercakap dengan ayahnya tadi. Mungkin dia telah merangka aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan bersama ayahnya. Dan untuk kesekian kalinya aku merasakan akulah seorang ibu yang teramat kejam di dunia ini. Seorang ibu yang sanggup berbohong kepada anaknya demi menutup kelemahan dirinya. Seorang ibu yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri

*****

Sayup-sayup terdengar alunan lagu ‘Matahariku’ dendangan Agnes Monica berkumandang dari nada dering PDAku. Aku meraba-raba di hujung bantal kerana seingatku, sebelum tidur tadi aku telah meletakkannya di situ. Selepas menunaikan solat zohor, aku berasa terlalu mengantuk. Manakan tidak, sejak malam tadi aku hanya melelapkan mata selama lebih kurang dua jam sahaja. Waktu penerbangan kami dari lapangan terbang Tullamarine pada pukul 12.45 pagi. Jadi seawal pukul 10.00 malam aku telah di hantar oleh Jan dan Badrul ke airport kerana takut ketinggalan kapalterbang. Manakala sepanjang perjalanan pula aku terpaksa melayan bualan si ‘Ashraf Sinclair’. Sudah semestinyalah waktu tidurku tidak mencukupi. Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan. Nombor yang terpamer di skrin bukanlah nombor yang telah aku setkan. Siapa pulak yang meneleponku?

Hi! I really miss you…” Kedengaran suara garau lelaki. Serta merta hatiku berdebar-debar. Danny???

“Kenapa you call? Keras sahaja suaraku. Aku tak sangka dia akan menelefonku secepat ini. Lagipun seingatku dia tidak ada nombor baruku. Bagaimana pulak dia boleh menelefonku. Ini mesti kerja Bad dan Jannah. Ah! Sememangnya kedua suami isteri itu tak boleh dipercayai.

“Err…I…

“Mana you dapat nombor I? Kasar suaraku memintas percakapannya. Tetapi, kali ini suaranya kedengaran berbeza. Apakah aku telah tersilap orang.

“Garang betul you ni…you yang bagi nombor kat I semalam, boleh tanya pulak mana kita dapat nombor dia”. Hah! Si ‘Ashraf Sinclair’ rupanya.

“Oppss… sorryI thought somebody else yang nak kacau I tadi…sorry , you pulak yang terkena”

“Kenapa…, ada orang nak kacau you ker, siapa yang berani kacau you … bagitau I, nanti I karate dia. I ada black belt tau…?” Guraunya.

“Wah! Terror nya! I thought somebody that I don’t want to hear his voice anymore and not even to remember him.”

You really hate him,don’t you? if not you wouldn’t so angry, he must have hurt you so badly…” Rayyan kehairanan dengan emosi yang kutunjukkan.

He deserve it… what you do you get it…”. Kerana dikuasai perasaan marah, tanpa sedar, aku telah membuka pekung sendiri. Aku tidak seharusnya menceritakan kisah rumahtanggaku kepada orang lain. Walau apa pun yang kualami, aku harus menghormati ikatan perkahwinan yang suci ini. Ya ALLAH Ya TUHANKU, aku seharusnya tidak tenggelam dalam emosi yang tidak menentu ini. Aku tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan marahku sehingga mengaibkan suami dan diriku sendiri.

Walau bagaimana teruk penderitaan yang ditinggalkan, tetapi hakikatnya dia adalah suamiku. Menurut hukum dia masih suamiku. Walau dia telah meninggalkanku sekian lama dan tidak menunaikan nafkah batin, tetapi dia tidak pernah culas dengan nafkah zahirnya. Sejak bulan pertama meninggalkanku, dia akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk perbelanjaanku. Malah jumlah itu terlalu banyak buat diriku dan anaknya. Dengan wangnyalah aku meneruskan hidup membesarkan anaknya. Cuma…, aku yang sering menolak realiti, sering menolak untuk mempercayai kenyataan yang terbentang di hadapanku.

Leana, are you still there… say something…I want to hear your voice. Don’t be too sad okay, that’s not good for your health”. Rayyan memujukku.

“I’m okay, thank you for your concern, anyway what’s up”. Aku telah tenggelam dalam ingatan terhadapnya. Entah mengapa sejak membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, hatiku sentiasa tidak tenteram. Bermacam-macam yang bergolak dalam fikiranku. Aku keliru dengan perasaanku, sekejap aku rasa teramat marah, seketika pula aku berasa sayu dan pada keadaan tertentu aku rasa sangat gembira. Argh! Kenapalah aku terlalu serabut begini…

Leana, are you okay? Kenapa you diam jer, say something…”.

I’m okay, kenapa you call, ada hal penting ker?

“Leana… I don’t know, I just keep thinking of you…”. Ya ALLAH, lagi satu masalah. Kenapalah aku gatal sangat melayan dia semalam. Kalau buat tak tau jer taklah dapat bala ni.

Ryan, we have discussed about this, don’t we? I’m serious, I don’t want you to think about me anymore. We just cannot make it. I hope you understand” Tegasku.

I know…, but I couldn’t help myself… perasaan tu datang sendiri Leana. Sejak berpisah dengan you tadi, I asyik ingatkan you. I tak pernah alami perasaan macam ni. Dah ramai I berkawan dengan perempuan, hanya you yang boleh buat hati I berdebar-debar. I tak boleh tidur ingatkan you… tolonglah, macam mana I nak buat ni…” Ya ALLAH Ya TUHANKU mengapa sebegini teruk jadinya. Aku tidak mengharapkan perkara sebegini berlaku. Apa yang telah kulakukan?

“Ya ALLAH, Ryan kenapa sampai jadi macam ni? I tak buat apa-apa pun kat you, kenapa you ada perasaan macam tu dekat I?”

“Leana, you tahu tak? Cinta datang tak kenal siapa, when it comes, it comes… tak kira siapa, tak kira bila, bila dia nak terjadi, ia terjadi dengan sendirinya. Kita sebagai manusia tak dapat mengawalnya. Semua ini anugerah ALLAH. It’s comes naturally.”

“I tahu… tapi cinta you tersalah tempat, I tak boleh terima cinta you” Aku masih bertegas. Mana mungkin aku terima cintanya.

“Tapi kenapa…? Sebab you ada anak? I sanggup terima anak you. I akan anggap dia sebagai anak I sendiri, kenapa you nak beri alasan? You nak bataskan diri you. You berhak bahagia Lea, I ingin sangat bahagiakan you. I tau you dah lama menderita, tapi bukalah pintu hati you untuk orang lain. Kita bina hidup baru. Beri I peluang.” Rayyan masih cuba memujukku.

Argh!!!… mengapalah perkara ni menjadi semakin rumit? Aku mengerling ke pintu bila terdengar tombol pintu dibuka dari luar. Terjengol wajah bosan anakku. Dia memandang ke arahku sambil melangkah longlai ke katil dan merebahkan badan. Tentu dia tidak suka jika mengetahui aku sedang berbual dengan Rayyan. Aku harus segera menamatkan perbualan.

Emmm… I got to go, my body guard is here. He don’t like I’m talking to you, we talk later…” Aku berbisik di talian, bimbang jika di dengari oleh ‘body guardku’ yang tidak mengemari lelaki lain berhubung denganku.

Aku meletakkan PDA di almari solek sambil mataku memandang ke luar tingkap. Aku perhatikan kereta MPV berwarna gold yang diparkir di hadapan rumah Pak Su. Seingatku, kereta tersebut telah berada disitu semenjak selepas solat zohor tadi. Ketika hendak merebahkan diri di katil, aku sempat mengerling ke luar. Wajah pemandunya tidak kelihatan kerana terlindung oleh rimbunan pokok-pokok bunga yang diletakkan di tepi pagar. Tetapi aku hairan, mengapa kereta itu berada di situ, jika kenalan atau saudara mara keluarga ini mengapa tidak terus membunyikan loceng dipagar? Mengapa harus berdiam diri di dalam kereta seolah-olah sedang menunggu seseorang.

Adakah orang itu mempunyai niat jahat? Penjahat yang sedang membuat intipan untuk kerja-kerja kotornya di malam hari. Entahlah… berbagai-bagai jenayah yang boleh berlaku dalam keadaan kegawatan ekonomi global sekarang. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi untuk meneruskan kehidupan. Harap-harap orang tu tidak berniat jahat terhadap keluarga Pak Su, doaku.

4 comments:

  1. waa bestnyer.///
    mesti danial haqim dlm keta tu kan...
    nak lg nak lg hehehe...

    ReplyDelete
  2. bestnye.. nk lg!!! bila la nk jumpe danial...

    ReplyDelete
  3. hohohoho....
    best la crta ni....
    mst ada reason napa daniel tnglkan leana...
    best2...
    smbung2x....

    ReplyDelete
  4. best2...
    danial still syg kt eleana..
    msti die ade sbb..
    tp eleana mmg patut marah pd danial..
    coz danial tggalkn die tuk harta parent die..
    pstu xpernh hubungi die..huh..
    msing2 xleh ego..sean danish..

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template