Sunday, January 24, 2010

Cinta Terhenti - Prolog

Penerbangan dari lapangan terbang Tullamarine ke KLIA telah sampai ke penghujungnya. Sebentar tadi juruterbang baru sahaja mengumumkan pesawat akan mendarat dalam tempoh kurang dari setengah jam. Para penumpang dan anak kapal diminta berada di tempat masing-masing, menegakkan kerusi dan memasang tali pinggang kaledar demi keselamatan. Lega rasa dihati. Setelah kelelahan duduk selama lapan jam, akhirnya kami sampai ke destinasi dengan selamat. Aku mengejutkan Danish Aakif yang begitu lena. Sejak di awal penerbangan, dia telah lenyap dalam mimpi indahnya. Mungkin sedang mimpikan seseorang yang amat dirinduinya. Aku menaikkan kerusinya ke posisi asal lalu memasang tali pinggang keselamatan untuknya.

Mengerling sekilas kearah Rayyan Zakwan, rupa-rupanya dia sedang leka merenungku. Apalah agaknya dalam fikirannya takkala memandangku sehinggakan sebegitu asyik. Bagaikan ada yang menarik terpamer di wajahku. Sinaran matanya merenungku tajam. Berdebar-debar jantungku di panah kilauan matanya. Dia menghadiahkan senyuman yang begitu manis sekali. Senyuman mengoda yang begitu mempersona. Calang-calang orang, pasti akan hanyut dalam perangkap asmaranya.

Namun aku tahu, Rayyan Zakwan bukanlah ‘si pengoda’ wanita. Cuma gayanya dengan rupa paras yang menawan, maka dia boleh dilabelkan sebagai seorang kasanova. Dia lelaki yang punya aura dan karisma yang tersendiri. Dia lelaki tampan, tinggi dan sasa orangnya. Berkulit putih kuning dan berambut ikal. Sepasang mata yang sempurna dengan bulu kening yang lebat dan hidung mancung terletak menjadikan dia seorang lelaki yang kacak lagi hebat. Jika sekali pandang wajahnya saling tak tumpah wajah pelakon terkenal Ashraf Sinclair.

Rayyan seorang yang peramah dan berpengetahuan luas. Banyak perkara yang diketahuinya dari dunia perniagaan, politik, hiburan dan perkembangan semasa. Gayanya yang selamba bersahaja dengan penampilan yang agak selekeh berbaju-T tanpa kolar warna biru gelap, berseluar jeans faded dan jaket denim kumal membuatkan lagaknya seperti ‘kutu jalanan’.

Pada mulanya, aku sangkakan dia anak hartawan atau pun mungkin seorang businessman yang berperwatakan simple, jika tidak, takkanlah mampu duduk di business class, tapi rupanya dia adalah juruterbang Malaysia Airline yang sedang bercuti. Sempat aku mengusiknya dengan mengatakan tempatnya di dalam kokpit di hadapan sana. Tapi katanya dia sudah jemu berada di tempat yang sama dan ingin berubah angin. Rayyan juga lucu orangnya, sepanjang perbualan kami, banyak perkara yang mencuit hatiku. Aku senang berkenalan dengannya.

Teringat detik perkenalan kami di awal penerbangan tadi, pada mulanya riak wajahnya serius, kelihatan sombong dan menjengkilkan. Dia duduk disebelah tempat dudukku. Aku tidak menghiraukan sikapnya, lantaran pula dengan gayanya yang selebet, aku mengandaikan dia bukanlah seorang lelaki yang baik. Begitu mudahnya aku memberi pandangan negatif terhadap seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu.Tapi… biasalahkan, orang sering memberi pandangan pertama dengan hanya melihat penampilan luaran seseorang. Jika tidak, takkanlah kata-kata, ‘imej melambangkan keperibadian’ akan terwujud.

Aku pernah terbaca sebuah buku bertajuk, ‘7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan’ tulisan Stephen R.Covey yang diterjemahkan oleh Leo Ann Mean tentang etika personaliti. Katanya : ‘Paradigma kita mempengaruhi cara kita berinteraksi dengan orang lain. Kita melihat sesuatu secara jelas dan objektif, tetapi kita harus menyedari bahawa orang lain juga melihat dari sudut pandangan mereka yang juga jelas dan objektif. Kita melihat dunia bukan berdasarkan keadaannya, tetapi berdasarkan keadaan kita iaitu seperti yang kita telah lazim melihatnya’. Hemm! Betullah agaknya tu…

Kami terus tenggelam dalam fikiran masing-masing. Danish Aakif semakin nyenyak disebelahku. Aku pula semakin tak keruan di tempat dudukku. Serba tak kena jadinya, mengiring ke kiri salah, ke kanan tak kena. Segalanya serba salah. Kedinginan dari alat pendingin hawa yang bagaikan mencengkam tubuhku menambah rasa gelisahku. Aku menarik selimut yang dibekalkan sehingga membungkus keseluruh tubuhku bagi menambah kepanasan. Walaupun corong bukaan alat pendingin telah ku tutup, namun kedinginan tetap terasa di seluruh urat sarafku. Bertahun tinggal di negara bersalji, namun aku tetap alah pada kedinginan. Ah! Jika badan telah sebati dengan panas terik matahari Malaysia, tentu saja akan alah pada kedinginan salju yang memutih.

Hatiku berdebar-debar. Dup dap - dup dap jantung berdegup kencang. Helaan nafas semakin tak keruan. Aku mengeluh panjang, tak terkira entah berapa kali keluhanku semenjak kami berlepas tadi. Penumpang-penumpang lain telah tenggelam dalam dunia mereka tersendiri. Ada yang telah lenyap dibuai mimpi indah, tak kurang juga yang leka dengan fikiran sendiri sambil mendengar muzik dari headphone yang dibekalkan. Namun terdapat juga beberapa tempat duduk yang masih terang dengan lampu sorot yang masih menyala. Mungkin sedang menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh di komputer riba. Businessman! Biasalah… tentu tidak akan membuang masa sewenang-wenangnya. Setiap saat adalah ringgit bagi mereka.

Ketika mengiring ke kiri, tiba-tiba mataku bertemu pandang dengan sepasang mata galak yang merenungku tajam. Argh! apa hal pulak mamat ni? Kata hatiku. Aku tak kacau dia, yang dia pandang aku macam nak telan ni apahal pulak? Hatiku masih berkata-kata. Mungkin pergerakanku yang serba tak kena telah menganggu dirinya. Ah! lantaklah… takkanlah tak boleh bergerak pulak. Takkanlah nak duduk tegak saja. Aku membebel sendirian. Tapi…jauh di lubuk hati yang dalam, aku berasa bersalah menggangunya dengan keadaanku yang serba tak kena. Aku memberanikan diri memohon maaf kepadanya.

Sorry, am I distracting you? Aku menegurnya lembut sambil tersenyum.

Oh! No, I’m just curious what’s in your mind. You look so stressful. If you don’t mind you can share with me.”

Eh…eh… apahal pulak mamat ni, kenal pun tak, dia sibuk nak tau masalah aku. Aku mendengus perlahan. Dia terus memandangku kehairanan. Aku juga memandangnya dengan pandangan keliru. Kami saling bertemu pandang. Aku masih memikirkan apa yang dikatakannya tadi. Wajarkah aku bercerita masalahku kepadanya? Dia baru saja aku kenali?

“Oops… sorry, maybe you tak selesa sebab kita belum berkenalan, by the way I’m Rayyan Zakwan, and you? Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku serba salah untuk menyambut huluran tangannya. Dia tak faham ke, manalah boleh perempuan bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Melihatkan keadaanku yang serba salah, dia menarik tangannya semula. Berubah kelat rona mukanya. Mungkin malu dengan keenggananku untuk menyambut salamnya.

“Er… sorry” kataku perlahan. Kesian pulak melihat riak di wajahnya.

It’s okay, I yang tak sensitif, sepatutnya I hormati kedudukan you sebagai wanita muslim”. Katanya sayu.

“ Tak per lah, lupakan saja… no big deal, I’m Eleana, you can call me Lea. Aku memperkenalkan diri.

“Sorilah, kalau I dah ganggu you, mungkin you rimas tengok keadaan I yang tak betul ni”.

“Eh…I tak maksudkan macam tu, cuma I rasa kesian tengok you, menggelisah macam cacing kepanasan. Mungkin you sedang fikirkan sesuatu yang membebankan. Jadi I rasa, kalau you tak kisah, you boleh luahkan pada I. Pada pandangan I, kalau kita bercerita pada orang yang tak dikenali lebih baik daripada bercerita dengan orang yang mengenali kita. I hanya boleh dengar, sebab I tak tau tentang you. Atau… mungkin juga I boleh beri pandangan, sekurang-kurangnya bebanan perasaan you akan ringan sikit. Kalau I pun, I lebih suka bercerita dengan orang yang tak kenal I.”

Eh! Pelik pulak cara dia berfikir, kata hatiku. Tapi, mungkin betul juga pendapat dia. Kalau kita bercerita dengan orang yang kita kenali, tak mustahil esok-esoknya segala cerita kita dah dicanang ke merata-rata. Tapi kalau orang yang tak kenal, takkan dia nak cerita, apa faedahnya, buang air liur saja. Tapi…ahh! takkanlah aku nak bercerita. Bukan prinsip aku nak menjaja masalah peribadi pada sembarangan orang. Bahkan dengan keluarga sendiri pun aku tak pernah bercerita, inikan pulak orang asing yang baru beberapa minit berkenalan. Hah!!!... tak masuk akal langsung!

It’s okay Rayyan I can handle my problem. I tak selesa bercerita dengan strangers, maybe pandangan you betul, tapi… it’s just that, I’m not comfortable. But, anyway thanks for your concern, I’ll appreciate that, thank you very much.”

Bermula dari detik itu, kami berbual dan bercerita tentang apa saja isu-isu yang menarik minat kami. Tapi, dia yang lebih banyak bercerita, aku pulak lebih suka mendengar dan sesekali memberi pendapat. Ternyata dia bukanlah sebagaimana pandangan pertamaku tadi. Betullah kata orang, ‘don’t judge a books by it’s cover’. Pandangan pertama kita, tidak menggambarkan personaliti sebenar seseorang.

Dia seorang yang penuh dengan sense of humor. Kelakar, tak kering gusi aku mendengarkan jenakanya. Walaupun kami berbual dalam suasana yang amat perlahan, kerana takut menganggu penumpang lain, tapi aku tetap terhibur. Bijak sungguh dia membawa fikiranku lari dari persoalan yang menyesakkan dadaku sebentar tadi. Biarpun dia hormat dengan pendirianku, tetapi dia masih memujuk aku meluahkan masalahku apabila dilihatnya fikiranku mula menerawang jauh.

Hemm!...entahlah, hatiku semakin berdebar-debar. Semakin menghampiri ke destinasi, semakin kencang degup jantungku, semakin kacau fikiranku. Aku gelisah tak keruan sejak mendapat berita tentang kesihatan Opah dikampung. Terlalu banyak perkara yang merunsingkan dan membebankan perasaan. Berat rasanya otakku memikirkannya. Namun apa dayaku, segalanya harus ku tanggung sendirian.

Memori luka lama berpusar-pusar di kotak ingatan. Masa berlalu meninggalkanku dalam duka nestapa yang amat dalam. Aku ditinggalkan, terlontar di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang dengan terik sinar mentari membakar hangus tubuh kerdilku. Dia pergi membawa segala kebahagiaan milik kami dan meninggalkan segala kesengsaraan, segala kepedihan, segala penderitaan buatku. Dia telah mengoyak dan menghancur lumatkan sekeping hati yang begitu tulus mencintainya.

Lapan tahun telah berlalu. Satu tempoh getir penuh penyiksaan buatku. Perkhawinan tanpa restu Opah membuatkan aku terbuang di bumi asing. Kebahagian rumahtangga yang dijanjikan hanya dusta semata-mata. Mahligai cinta kami akhirnya musnah setelah segala pembohongan besarnya terbongkar. Istana cinta indah hanyalah ilusi yang tak kesampaian. Dia berlalu pergi tanpa menoleh kearahku, tanpa pesanan yang dititipkan, tanpa dakapan cinta pengubat rindu. Kebahagian milik kami musnah. Jalinan kasih sayang bertahan sekektika cuma. Cintanya sirna…lenyap…lesap di bawa ombak yang bergelora. Mentari pagi bersinar cerah diselaputi awan mendung berarak laju.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template