Friday, January 29, 2010

Cinta Terhenti - Bab 14

Aku mengambil masa yang lama di bilik air sehinggakan Danish terlelap ketika menungguku.Ah! mengantuk sungguh anakku itu. Aku mengejutkannya agar dia dapat menyegarkan dirinya pula. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke bilik air. Tiba di muka pintu, dia merenungku seoalah-olah ingin menyuarakan sesuatu, tetapi ragu-ragu. Mulutnya terkumat kamit, tapi suara tidak terkeluar. Namun dari riak wajahnya dapat kutelah segala yang bermain di fikirannya. Aku mendongakkan kepala menunggu pertanyaanya. Dalam serba salah soalan itu keluar juga dari peti suaranya.

Mummy…when can I see daddy, why didn’t he wait us at the airport, daddy don’t want to see us, mummy?”

Dia melontarkan pertanyaan yang terpendam sekian lama. Aku tahu, dia mengharapkan ayahnya menunggu di Airport. Dia mahu wajah ayahnyalah yang pertama dilihatnya sebaik turun dari kapal terbang. Tetapi sayang, harapannya tidak kutunaikan. Aku sekali lagi telah mengecewakannya. Aku masih ingat permintaannya sebelum kami bertolak semalam. Dia menyuruh aku menghubungi ayahnya dan meminta menunggu kami di Airport. Tetapi… oleh kerana kedegilanku, kerana sifat mementingkan diriku, aku sekali lagi telah menghampakannya. Kesian anakku… dia tidak memahami gelora jiwa ibunya. Ayahnya adalah satu-satunya insan yang tidak ingin ditemui. Tetapi bagi dirinya, ayahnyalah satu-satunya insan yang teramat sangat ingin ditemuinya.

Aku tahu, dia rindukan ayahnya. Kali terakhir mereka bertemu ketika hari ulang tahun ke-5nya tahun lepas. Ketika itu, Danial Haqim bersusah payah meluangkan masa terbang ke Melbourne semata-mata untuk meraikan hari jadi anaknya. Tetapi majlis itu, hanya diadakan di rumah Jannah dan Badrul. Aku tidak menghadirkan diri. Segalanya diuruskan oleh sahabat baikku itu lantaran aku tidak mahu bekerjasama dalam majlis yang dianjurkan oleh Danial Haqim. Entah kenapa, aku begitu tega melukai hati anakku, hanya kerana aku tidak mahu bersua muka dengan ayahnya.

Aku mendiamkan diri dirumah pada malam itu, bahkan ketika Jannah dan Badrul menghantar Danish pulang, aku hanya membukakan pintu sahaja, aku tidak ingin keluar kerana aku pasti Danial turut sama menghantar anaknya dan dia sedang menunggu di kereta. Malah, pada keesokkan harinya aku telah melarikan diri bersama anakku ke tempat percutian. Aku begitu nekad untuk tidak berjumpa dengannya, kerana aku pasti dia akan datang dengan ayat-ayat cintanya… dengan madah pujangga dan pujuk rayunya agar aku memaafkannya dan kembali kepadanya. Tetapi hatiku tidak semudah itu untuk dilembutkan. Segalanya telah berubah…

Mummy, kenapa mummy diam, Danish tanya ni”. Sapaan Danish melenyapkan lamunanku.

“Sorry sayang… mummy tengah fikir tadi, maybe daddy sibuk sayang, daddy tak dapat tunggu kita,daddykan banyak kerja… nanti bila free, mesti daddy datang cari kita, Ok sayang, anak mummy ni rindu kat daddy ya?”. Sekali lagi aku mencipta alasan untuknya.

Now, why don’t you just take your bath, brush your teeth, clean up yourself and dress nicely. Then we have breakfast together with Tok Su, Opah Su, Kaklong and Kakngah. Danish sukakan makan ramai-ramai. Kita selalu makan berdua sahaja, but today we have more people join us. Good isn’t. The more the merrier.”. Pujukku sambil membuka butang bajunya.

“Yeah…okay… but…tomorrow I want to have breakfast with daddy. I miss daddy a lot…”. Perlahan dia mengucapkan suara hatinya, namun jelas di pendengaranku. Sayu hatiku mendengarnya. Sesungguhnya kerinduaan terhadap ayahnya tidak terbendung lagi. Aku dapat melihat dari sinar matanya.

“Okay sayang… I’ll promise, after we have breakfast, we call daddy okay, now you just clean up yourself. I’ll be waiting for you at the dining table” Aku memujuknya. Aku terpaksa bertolak ansur apabila melihat dia tidak boleh berkompromi lagi. Jika aku berdiam diri, dia pasti akan bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang. Kerana dia tahu, ayahnya berada di sini, lantaran itu memudahkannya untuk berjumpa. Keadaan berbeza jika di rumah kami di Melbourne, dia jarang bertanyakan soalan-soalan sebegitu kerana dia tahu, jarak yang jauh tidak memungkinkan pertemuan dengan ayahnya. Aku harus akur, anakku semakin cerdik. Dia tidak lagi boleh ditipu-tipu dengan pelbagai alasan.

Aku masih memikirkan kewajaran untuk menelefonnya. Bagaimana penerimaannya nanti? Adakah dia gembira atau sebaliknya? Adakah dia akan marah dan berdendam setelah apa yang kulakukan terhadapnya pagi tadi? Aku menolak untuk berjumpa dengannya, sedangkan dalam masa yang sama aku memerlukan kehadirannya untuk mengubat kerinduaan anakku. Tetapi… bagaimana pula dengan dirinya? Apakah ada kerinduannya terhadap kami? Ah! dia sedang berbahagia dengan kehidupan barunya. Mana mungkin ada rasa rindu terhadap kami yang ditinggalkan.

Adakalanya aku berasa aneh dengan sikap Mohd. Danial Haqim. Dia meninggalkanku demi kesetiaan dan rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga. Bertahun dia mendiamkan diri. Tiada secebis berita yang dilayangkan buatku. Apa yang kuterima hanyalah warkah amaran dari mamanya, agar aku menjauhkan diri dari anaknya yang sedang berbahagia dengan pilihannya. Tetapi… sejak dua tahun kebelakangan ini, dia seolah-olah ingin mengejarku semula. Dia mendambakan cintaku, menagih kasih sayangku. Saban hari aku menerima e-mail dengan ungkapan romantis dari bait-bait lirik lagu penyanyi kesayangan kami bagi mengambarkan rasa hatinya. Aku teringat pada e-mail pertamanya sempena hari lahirku yang ke-26 dua tahun lalu.. Bait-bait lagu ‘I will Always Love You’ nyanyian Whitney Houston amat menyentuh perasaanku.

If I should stay
I would only be in your way
So I'll go, but I know
I'll think of you ev'ry step of the way
And I will always love you
I will always love you
My darling, ooh

Bittersweet memories
That is all I'm taking with me
So goodbye please don't cry
We both know I'm not what you, you need

And I will always love you

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wish you joy and happiness
But, above all this, I wish you love me

And I will always love you
I will always love you

Lama aku terpegun di hadapan komputer selepas membaca e-mail darinya. Pada mulanya aku berat hati untuk membuka e-mail tersebut. Aku sedang menghalakan cursor ke arahan delete, tetapi aku tidak sampai hati, akhirnya e-mail itu kubaca jua. Aku cuba mencari makna yang tersirat dari lirik lagu itu. Jika dia sentiasa mencintaiku, mengapa aku ditinggalkan? Mengapa dia harus mengambil masa sehingga lima tahun untuk menghubungiku semula? Sewaktu diawal perpisahan kami dahulu, aku sering ternanti-nanti berita darinya, sering tertunggu-tunggu kedatangannya untuk mengambilku pulang ke Malaysia atau menetap di rumah kami, namun penantianku hanya sia-sia. Sehingga akhirnya aku jemu untuk menanti. Lalu kutanam tekad dihati, aku tidak akan memaafkannya.

Aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang telah berlaku. Adakah dia telah berpisah dengan isteri barunya, sehingga tanpa jemu-jemu menagih kasihku semula. Tetapi… dia harus ingat, aku bukan lagi Eleana Syuhada yang boleh digula-gulakan seperti lapan tahun yang lalu. Eleana Syuhada yang terlalu mudah terperangkap dalam jerat cintanya sehingga sanggup membuang keluarga. Ah! kenangan pahit itu bilakah akan lenyap dari ingatan….

*****

Tepukan lembut di bahuku, mengejutkanku dari khayalan kenangan silam. Rupanya aku telah pergi jauh menselusuri kenangan silam yang memilukan. Aku mengesat airmata yang menitis dengan tuala yang kucapai dari atas katil. Alya mengajakku bersarapan bersama. Dia kehairanan melihat mataku merah. Dalam pada menunggu Danish bersiap, rupanya aku telah terleka mengenangkan kisah lampau. Aku memandang keliling untuk mencari anakku. Tapi kata Alya, mereka semua sedang menungguku di meja hidangan.

“Entah apalah yang Kak Lea menungkan tadi, berkali-kali Alya panggil tapi Kak Lea tak jawab pun, pastu tengok mata tu sampai merah-merah macam tu”. Sungut Alya Maisara di meja makan. Pak Su dan Mak Su merenung kearahku menagih jawapan.

“Er…er…Lea terkenangkan kisah lama… Lea takut nak jumpa Opah, takut Opah masih marah lagi macam dulu-dulu.” Aku berdalih. Pak Su mengeleng-gelengkan kepala menidakkan sangkaanku.

“Lea… Lea tak payah takut. Opah dah okey. Memanglah dulu dia marah sangat kat Lea. Sampai taknak raikan majlis nikah Lea. Nasib baik Pak Su dapat pujuk pak-pak saudara sebelah emak Lea. Dapat jugak kami sempurnakan majlis pernikahan Lea, walaupun tak semeriah mana.” Cerita Pak Su. Aida dan Alya tekun mendengar cerita papanya. Aku berasa malu kepada keduanya, apabila kisah silamku dibangkitkan semula.

“Kak Lea harap Aida dengan Alya bila dewasa nanti jangan buat macam Kak Lea. Kak Lea dah hampakan harapan Opah dan keluarga. Kak Lea anak derhaka. Kerana cinta Kak Lea sanggup ingkar kata-kata Opah. Nasib baik Opah dah maafkan Kak Lea. Jika tidak, hidup Kak Lea takkan selamat di dunia ni.” Nasihatku pada kedua kembar Aida Mardiah dan Alya Maisara.

Tapi… hakikatnya hidupku sememangnya telah berantakan. Aku telah termakan sumpah yang diucapkan oleh Opah lama dahulu. Hidupku takkan bahagia andai aku derhaka padanya. Ya… inilah akibat dan natijah yang perluku hadapi hasil tindakan bodohku dahulu. Terlalu alpa dengan dunia cinta yang belum pasti bahagianya, namun akhirnya penderitaan yang dihadiahkan buatku. Argh! Danial teganya kau menghancurkan seluruh hidupku.

“Lea… sudahlah, jangan dikenangkan kisah lama tu. Sekarang Lea dah bahagia. Lea ada suami yang penyayang, anak yang comel. berjaya tamatkan pelajaran dengan cemerlang sampai ke peringkat Master. Kerjaya bagus…segalanya dah sempurna buat Lea. Jadi bermakna segala kata-kata Opah dulu tak betulkan?” Pujuk Mak Su. Argh! andainya Mak Su tahu… tentu dia takkan berkata begitu.

“Opah dah lama maafkan Lea, Opah sentiasa doakan Lea selamat dan bahagia, tapi… Lea sendiri taukan perangai Opah, dia takkan mengaku, hatinya keras, macam Lea jugak. Lembut, tapi keras hati, setiap apa yang diinginkan mesti Lea akan dapatkan. Sebijik ikut perangai Opah. Cuma baru-baru ni dia asyik sebut nama Lea, dia merepek yang bukan-bukan masa sakit baru ni, itu yang Pak Su telefon Lea, takut kalau terjadi apa-apa kat Opah, Lea tak sempat jumpa.”Terang Pak Su sambil tak melepaskan peluang mengkritikku.

“Terima kasih Pak Su, sebab call Lea, kalau tak mungkin Lea takkan ada keberanian untuk balik lagi. At least bila Pak Su kata Opah rindukan Lea, barulah melonjak-lonjak rasa hati Lea.”

“Tulah, kan betul kata Pak Su, Lea ni degil, keras hati… kalau tak takkan sampai hati Lea duduk mendiamkan diri kat sana lama-lama, tak hantar berita, asyik Pak Su jer yang call, kalau kita tak call… dia senyap. Lea pun marahkan Opah sampai macam tu sekali”. Tanya Pak Su. Aduh! Andai Pak Su tahu keadaan diriku, tentu Pak Su takkan mengkritikku sebegitu. Pak Su tidak tahu sebab aku berdiam diri. Memang benar aku merajuk dengan Opah, tetapi semua itu telah terubat lama dahulu. Aku cuma takut Opah tidak boleh terima diriku lagi.

“Sampai hati Pak Su cakap macam tu, Lea takkan sanggup marah Opah. Lea cuma takut nak balik, takut nak contact, maafkan Lea, Pak Su”. Sendu hati mengenangkan nasib diriku.

“Eh… dah lah… lupakan kisah lama tu, sekarang ni kita sarapan sama-sama, sekejap lagi Pak Su nak pergi opis. Mak Su pun nak ke butik. Lea berehat puas-puas. Tengahari nanti lunch dengan adik-adik, petang nanti baru Pak Su dan Mak Su balik.” Mak Su cuba menceriakan keadaan yang semakin suram.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template