Monday, January 25, 2010

Cinta Terhenti - Bab 2

Seusai solat maghrib, aku berbaring santai di katil bujangku. Aku dan dua rakanku memilih untuk tinggal di Roberts Hall Apartment yang merupakan pilihan bagi kebanyakan international student seperti kami. Kami tinggal di tingkat yang sama di mana setiap tingkat menyediakan empat unit bilik pelajar, bilik serbaguna, bilik mandi dan kemudahan petiais. Bilik serbaguna pula disediakan sebagai bilik rehat untuk kegunaan semua pelajar. Kemudahan-kemudahan seperti surat khabar, stereo, pool table, dan table tennis juga disediakan. Setiap kali bila ada kelapangan kami akan ke Pusat Hiburan yang menempatkan TV skrin besar, video dan bilik muzik untuk merehatkan fikiran dan berhibur.

Aku baring bagi melepaskan lelah setelah sehari suntuk menyibukkan diri memerah otak dan berkejar ke dewan kuliah, perpustakaan dan ke makmal kejuruteraan. Begitulah lumrah kehidupan sebagai pelajar. Sentiasa sibuk demi untuk mendapatkan segulung ijazah yang bakal di bawa pulang ke tanahair. Aku leka melayan angganan. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilikku. Sapalah pulak ni… kacau betullah, orang nak rehat pun tak senang. Ni tak lain si Aten…, tak pun si budak Aina ni, apa lagi yang diaorang nak. Aku bersungut sambil bangun dan mencapai tudung di birai katil.

Daun pintu kubuka perlahan. Demi pintu terbuka, terperanjat ‘beruk’ aku melihat ‘si mamat kerek’ terpacak di hadapanku. Apa lagi mamat ni nak … kata hatiku.

Terpandang saja wajahku di muka pintu, dia terus menyerbu ke arahku sambil melontar kata-kata kesatnya.

“Hey… you ni kan, memang suka menyusahkan orang tau. You ingat you cantik, senang-senang je nak suruh orang jumpa you.” Selamba ‘si mamat kerek’ melampiaskan amarahnya.

Aku terpinga-pinga. Apa pasal mamat ni serang aku tak tentu hal? Tiba-tiba je nak mengamuk, maki hamun orang.Aku terkejut dengan tindakan tiba-tibanya. Aku tak pernah pun berjanji untuk berjumpa dengannya. Apasal pulak dia kata aku suruh dia jumpa aku? Walhal aku berdoa agar tidak berjumpa dengannya. Gila ker sewel jantan ni! Sungut hatiku. Darjah kemarahanku meningkat.Dia ingat, dia saja yang pandai marah, aku pun tau marah. Memang kepantangan aku jika orang membentak-bentak tanpa usul periksa.

“Eh… cakap baik-baik sikit ye… bila masa pulak I suruh you jumpa I?

“Habis tu… ni buku sapa? bukan you punya ke… ELEANA SYUHADA HJ ELIAS, siap ada alamat lagi… ni iklan free ke apa ni? “Sesiapa terjumpa buku ni silalah pulangkan kepada saya, bolehlah kita berkenalan.” Ejek ‘si mamat kerek’ siap dengan aksi pelakon iklan pulak .

His! Panasnya hati aku tengok lagak mamat ni.

“Hey…cakap baik-baik sikit ye… I tak buat macam tu pun, jangan nak ada-adakan cerita. I letak my address bukan tujuan nak buat iklan free tau...” Aku lantas merampas buku dari tangannya lalu membelek-belek buku tersebut. Apabila menyedari, memang sah buku itu kepunyaanku, bergegas aku masuk ke bilik untuk memeriksa samada aku telah tersalah ambil buku ‘si mamat kerek’.

“Er… sorry ye… mungkin tertukar masa accident pagi tadi.” kataku sambil tersenyum.

Namun ‘si mamat kerek’ tetap dengan muka masam mencukanya. Hatinya kering, jiwanya beku sebeku bongkah ais di lautan Atlantik. Tak di pedulinya pada senyuman manis yang aku sedekahkan buatnya. Dengan rakus dia merampas buku dari tanganku.

Sorry… iklan free you tu tak laku kat I. I’m not interested…” Dengan renungan tajamnya dia berlalu pergi.

Ya ALLAH, kenapalah ‘timing semacam je mamat tu, sombong betul! Dia ingat aku saja-saja buat iklan free untuk berkenalan dengan orang cara tu? Hish! Simpang malaikat empat puluh empat. Tak terlintas langsung nak buat perkara macam tu. Memang senteng fikiran mamat tu, kalau dia fikir perangai aku macam tu. Aku tak perlu guna cara kuno tu untuk berkenalan dengan lelaki. Dengan sekali senyum saja, ramai lelaki boleh terpikat dengan aku. Ewah!..ewah!.berlagak pulak aku ni.

Tapi yang peliknya, kenapa sinaran matanya bagaikan memberi makna yang tersembunyi. Renungan matanya begitu mempersona.Walaupun lagaknya kasar, tapi entah kenapa,dapat kurasakan renungan matanya bagaikan tersenyum, memberi makna yang sukar untuk dimengerti. Ah! perasaan…mengapakah hatiku berdebar-debar dengan renungan matanya?

*****

Sudah dua minggu peristiwa itu berlalu. Aku tidak pernah terserempak dengannya lagi. Nasib baiklah Tuhan perkenankan doaku. Aku berdoa agar tidak berjumpa lagi dengannya. Walaupun kami di fakulti yang sama, tapi mungkin kerana dia senior,aku junior, memang susah hendak terserempak, jadual kami berbeza. Atau mungkin juga kerana sikapku yang tak suka memerhati orang. Aku hanya dengan duniaku yang tersendiri. Ke dewan kuliah, ke perpustakaan atau ke mana saja bersendirian. Hanya sesekali sekala Aina dan Fateha menemaniku.Itu pun jika waktu rehat kami sama. Jika tidak aku lebih selesa bersendirian tanpa menghiraukan kerenah manusia disekelilingku.

Tidak pernah sekalipun aku melayan usikan lelaki-lelaki yang ingin mendekatiku samada pelajar-pelajar tempatan atau rakan pelajar Malaysia sendiri. Mungkin dia ada memerhatikanku dari jauh, kerana kekadang dapat kurasakan ada mata yang memandangku. Namun tidak kuhiraukan. Lantaklah…lebih baik begini. Sekurang-kurangnya, taklah sakit mata melihat mukanya yang perasan hensem tu. Aku pun memang menyampah nak tengok muka dia. Mamat sombong yang kurang budi bahasa tu, memang tak sesuai untuk dijadikan kawan.

Tetapi… entah kenapa, entah apa yang merasuk fikiranku, aku selalu terkenang-kenangkan lirikan matanya. Lirikan matanya begitu mempersona dan mengasyikkan. Berdebar-debar hatiku setiap kali mata kami bertemu pandang. Dalam ketiga-tiga pertemuan, dapatku rasakan matanya memandangku bagaikan ada sesuatu rahsia yang tersembunyi. Apakah makna renungan matanya yang berbisa?

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template