Tuesday, January 26, 2010

Cinta Terhenti - Bab 6

Peristiwa aku diculik dan nyaris diperkosa kemudian berjaya diselamatkan oleh ‘heroku’ telah merapatkan hubungan kami berdua. Bermula daripada detik itu hubungan kami semakin akrab. Dia selalu menemaniku kemana sahaja aku pergi. Di mana ada Leana, di situ ada Danial, di mana ada Danial, di situ ada Leana. Kami bagaikan merpati dua sejoli yang tak dapat di pisahkan lagi. Dia benar-benar mengambil berat terhadap diriku. Aku berasa disayangi. Walaupun dia tidak pernah mengucapkan kata-kata keramat itu, tapi dari reaksinya, mengambarkan hati dan perasaannya.

Walaupun begitu, aku takut untuk menyandarkan harapan. Takut jika apa yang kusangkakan tidak seperti yang diharapkan. Mungkin dia baik terhadapku hanya sebagai saudara senegara atau dia menganggapku sebagai adiknya saja. Aku tidak mahu kecewa kemudian hari. Tetapi aku juga tidak mahu bertanya kepadanya. Aku malu… biarlah keadaan yang menentukan. Apatah lagi aku masih cuba berpegang pada prinsip hidupku, ‘tidak ada kekasih sehingga mendapat ijazah’. Walaupun telingaku dah naik sumbat dek kata-kata perli dan sindiran kedua rakan baikku akibat dari keakraban hubunganku bersama Danial, musuh yang amat kubenci dahulu. Masing-masing mereka memulangkan paku buah keras ekoran dari prinsip yang kuciptakan sendiri.

Hubungan kami berlangsung dalam keadaan yang boleh dikatakan ‘teman tapi mesra’. Walaupun kami rapat, sering bersama ke sana ke mari tetapi tidak pernah berbicara soal hati dan perasaan. Segalanya berjalan dengan lancar selama lebih kurang tiga bulan, sehinggalah pada suatu hari dia meluahkan perasaannya terhadapku.

Lea, I got something to discuss with you. Dia memulakan bicara sewaktu pertemuan kami setelah tamat waktu kuliahku.

“You nak cakap pasal apa?

“I think it’s the right time we talk about our relationship…” Dia memandang ke arahku. Aku cuba mencari maksud di sebalik kata-katanya dari sinaran matanya.

“I nak hubungan yang lebih rapat antara kita. I tau you ada prinsip hidup, tapi… I taknak you jatuh ke tangan orang lain. I tau ramai yang minat kat you, diorang tunggu peluang jer kalau hubungan kita tak menjadi. Tapi… I akan pastikan hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. I really love you… I want you to be my wife…”

Love? Wife? Kenapa tiba-tiba perkataan itu yang keluar dari mulutnya. Adakah dia serius? Adakah dia benar-benar maksudkan setiap perkataan yang dituturkan? Hatiku tiba-tiba jadi tak keruan, berdebar-debar, terkejut dengan lamarannya yang secara tiba-tiba.Apakah benar dia cintakanku? Apakah dia benar-benar ikhlas dengan lamarannya untuk menjadikan aku isterinya.

Lea sayang… please say something… jangan diam macam ni. You buat jantung I rasa nak tercabut tau…” Dia bergurau sambil menarik tanganku lalu mengenggam erat jari jemariku. Elusan lembut bayu bertiup dan alunan air tasik membiru pada petang itu menjadi saksi pengakuan cintanya

Sejuk seluruh tubuhku mendengar lamarannya yang secara tiba-tiba. Dia sayang padaku? Dia cintakanku dan inginkan aku menjadi isterinya? Aku bagaikan terbius. Kaku…kelu tanpa sebarang jawapan malah tiada sepatah perkataan keluar dari mulutku. Rahangku bagaikan terkejang, lidahku kelu, peti suaraku bagaikan terkunci dari mengeluarkan kata-kata indah bagi menjawab lamarannya. Jawapan bagaimanakah yang harus kuberikan? Aku keliru…adakah ini yang kutunggu selama ini? Adakah aku juga cintakannya? Apakah perasaan halus yang kualami selama ini adalah perasaan sayang dan cinta? Ah! Keliru…buntu…serabut!

“Lea, tolonglah… cakaplah sesuatu, maybe you terkejut, tapi I tak boleh tunggu lagi, I mesti luahkan apa yang I rasa. Sebenarnya I dah sukakan you sejak pertama kali tengok you masa perjumpaan antara senior dan junior student Malaysia dulu. I jatuh cinta pandang pertama, tapi bila I tau tentang prinsip you, tentang pandangan you terhadap lelaki, I takut nak dekati you. Sebab tu I berani tengok you dari jauh saja. Tapi sejak kita semakin rapat, I kian yakin dengan perasaan I terhadap you. Perasaan tu terus menebal, I sentiasa teringat pada you, I takut kehilangan you. I dah fikir panjang, semalam I dah putuskan untuk melamar you, so kalau you masih terkejut, you nak fikirkan dulu I tak kisah, tapi jangan lama-lama, dan I tunggu jawapan positif…”

*****

Aku terus mendiamkan diri sehingga seminggu selepas mendapat lamaran darinya. Aku cuba mencari perasaanku sendiri. Apakah perasaanku terhadapnya. Apakah benar aku juga cintakannya? Aku merenung kembali saat-saat pertemuan kami dan mengkaji perasaan yang tumbuh ketika itu. Dari pertemuaan pertama, aku suka melihat renungan matanya. Hatiku sering berdebar-debar dengan lirikan matanya. Adakah itu adalah cinta? Bagaimana cinta itu sebenarnya? Apa itu CINTA? Entahlah… macam-macam pengertian cinta yang pernah kudengar. Ada yang berkata cinta itu kesucian, cinta itu kesetiaan, cinta itu pengorbanan, cinta itu ketulusan, cinta itu anugerah ALLAH. Tapi bagiku, hatiku sentiasa berdebar-debar bila berhadapan dengannya. Aku rasa kehilangan bila berjauhan darinya. Adakah itu cinta?

Aku keliru…tak tahu hendak bertanya kepada siapa. Jika bertanya kepada kedua rakan karibku, pasti akan mendapat kutukan ‘maut’ daripada mereka. Aku yang bersungguh-sungguh mempertahankan prinsipku, tapi aku sendiri pulak yang melanggar prinsip yang kubina. Mungkin benarlah kata-kata Fateha dahulu, orang yang sangat-sangat kubenci adalah seorang yang akan menjadi jodohku. Jodoh yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Setiap hari dia pasti akan menghubungiku melalui telepon bimbit. Aku telah menetapkan untuk tidak berjumpanya sepanjang tempoh aku memikirkan keputusan yang perlu diberikan. Banyak perkara yang kufikirkan. Bagaimana penerimaan opah dan keluargaku di kampong? Bagaimana aku ingin menjalani hidup berumahtangga dalam masa yang sama harus meneruskan kehidupan sebagai pelajar? Aku masih terlalu muda untuk menghadapi dugaan dan cabaran hidup berumahtangga. Malah, aku juga terfikir, dia adalah lelaki pertama yang menyentuh tubuh badanku. Dia lelaki pertama yang kupeluk. Dia juga telah melihat auratku. Jika aku tidak menerimanya, adakah lelaki lain yang ingin menerimaku jika mengetahui apa yang telah kualami bersamanya ketika insiden penculikanku tempoh hari.

Akhirnya aku menyerahkan segalanya pada ketentuan ILAHI. Aku cuba mendapatkan petunjuk daripada solat ishtiharah. Jika petunjuk berpihak kepada Danial, aku akan yakin dengan keputusan itu dan menerima segala ketentuanNYA dengan redha.

Setelah mengerjakan solat ishtiharah selama tiga malam berturut-turut, petunjuk yang kuterima membuatkan hatiku bertambah yakin dengan keputusan yang bakalku berikan. Aku akhirnya menerima lamarannya dan kami sama-sama pulang ke Malaysia pada cuti hujung tahun untuk mendapat restu keluarga dari kedua-dua belah pihak.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template