Tuesday, January 26, 2010

Cinta Terhenti - Bab 5

Aku melangkah laju menuju ke Robert Hall tempat penginapanku. Hari ni aku berseorangan kerana Aina dan Fateha telah lama balik setelah tamat kuliah tengahari tadi. Manakala jadual kuliahku berlanjutan hingga ke petang. Cuaca petang itu agak redup dan berangin. September adalah bulan pertama bagi musim luruh di Melbourne. Kebiasaannya cuaca pada waktu ini tidak menentu, kadang-kadang panas dengan terik mentari, kekadang sejuk kedinginan dengan angin bertiup kencang. Suhu pada waktu ini antara 20 darjah celcius, malah pada malam hari sehingga mencecah ke 4 darjah celcius.

Aku malas menunggu shuttle bas yang entah pukul berapa akan sampai. Lebih baik berjalan kaki, lebih cepat sampai, hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari fakulti kejuruteraan awam ke apartmen penginapanku. Mindaku terbayang-bayang tilam empuk di bilikku. Sedapnya kalau dapat mandi, kemudian berbaring di tilam yang empuk. Fikirku. Letih benar rasanya hari ni, dari pagi hingga ke petang otakku di penuhi dengan berbagai-bagai teori dan formula. Badan pun terasa lesu tak bermaya. Aku perlu merehatkan minda dan tubuh badanku.

Sedang aku berangan-angan, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapanku. Dua orang lelaki kulit hitam keluar dari kereta tersebut dan menghala ke arahku. Aku ketakutan dan kehairanan. Tertanya-tanya apa orang ni akan buat padaku. Aku terkaku di tepi jalan itu. Kedua-dua lelaki itu tiba-tiba menarik tanganku dan mengheret aku masuk ke dalam kereta tersebut. Aku menggeletar ketakutan, apa yang mereka akan lakukan padaku? Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Kaki dan tanganku hayun laju cuba untuk menendang dan menumbuk lelaki-lelaki itu. Tapi sayangnya aku tidak berdaya. Tenaga kedua-dua lelaki itu lebih kuat dari tenagaku. Pemandu kereta itu terus memandu ke kawasan yang tidak kuketahui.

Mataku ditutup rapat dengan sehelai kain hitam. Kedua-dua kaki dan tanganku juga turut diikat. Aku meronta dan merayu-rayu agar aku dikasihani oleh mereka. Namun lelaki-lelaki itu tetap tidak memperdulikan permintaanku. Tiba-tiba kereta berhenti dan aku di bawa keluar dan diheret ke sebuah bangunan. Aku dihenyakkan ke sebuah sofa lama yang keras. Suara ketawa ketiga-tiga lelaki itu menakutkanku. Ya ALLAH apa yang ingin mereka lakukan padaku. Aku berserah kepadamu Ya ALLAH. Kau kasihanilah hambaMU Ya ALLAH, aku ingin hidup lebih lama lagi, Ya ALLAH selamatkan umatMu ini. Aku tidak mahu mati dalam keadaan mengaibkan Ya ALLAH.

Hidupku bagaikan telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja, aku boleh dibunuh atau dicederakan oleh orang-orang jahat itu. Aku berdoa dan membaca ayat-ayat Al-Quran yang terlintas di fikiranku. Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Opah dulu tentang rahsia Surah Yassin ayat ke-58. Kata Opah : “Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin sepenuhnya atau ayat ke-58, ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat akan dikabulkan”. Aku lantas membaca ayat itu sebanyak 7 kali dan juga ayat kursi dan 4 Qul. Aku berdoa agar ALLAH mengabulkan permintaanku untuk diselamatkan dari segala bencana ini. Aku memohon agar Tuhan menyelamatkanku.

Lelaki-lelaki itu tetap bergelak ketawa dan bertindak menarik pakaianku dengan rakusnya. Tudung yang kupakai ditarik kasar. Kemudian lelaki-lelaki itu menarik pakaianku pula sehingga terkoyak lengan bajuku. Mereka tetap ketawa dengan sekuat-kuatnya dan bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak kufahami. Ketika itu, aku hanya membayangkan kematianku sahaja. Tetapi aku berdoa biarlah matiku dalam kesucian dan tidak ternoda. Aku berdoa agar mereka tidak memperkosaku.

Tiba-tiba terdengar pintu di tolak kasar. Kemudian berlaku pergelutan. Aku tidak dapat melihat dengan mata tertutup rapat. Hatiku berdebar-debar. Apakah ada orang yang cuba menyelamatkanku dan berlawan dengan penjahat-penjahat itu. Pergelutan berlaku agak lama juga. Aku semakin risau. Entah apalah nasibku hari ini. Aku membayangkan wajah-wajah opah, arwah emak, abah, kakyong dan seluruh keluargaku. Mungkin aku tidak dapat berjumpa dengan opah lagi. Mungkin hari ni ajalku akan sampai.

Aku dengar keadaan sekeliling semakin sunyi. Agaknya pergelutan sudah berakhir. Kemudian aku terdengar beberapa derapan kaki berlari meninggalkan tempat itu. Mungkin penjahat telah melarikan diri, dan orang itu berjaya menyelamatkanku. Namun rasa takutku masih bersisa. Mengigil seluruh tubuhku. Airmata berjuraian di pipi membasahi kain penutup mataku. Aku masih khuatir apa nasibku. Siapakah agaknya yang telah menyelamatkanku. Entah-entah ‘terlepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya’. Apa nasibku belum ditentukan lagi.

Tiba-tiba, seseorang mendekatiku. Derapan langkahnya menghampiriku menambahkan detak jantungku. Aku ketakutan. Mulut masih terkumat-kamik membacakan ayat-ayat Al Quran. Rasa bimbangku masih bersisa. Apa akan jadi padaku andai orang ini juga berniat jahat. Ya ALLAH, tolonglah hambaMU ini. Dia membuka ikatan penutup mataku. Ketika membuka mata, aku terkejut melihat wajah yang telah menyelamatkanku. Perasaanku tidak menentu, antara lega dan terharu kerana orang yang kubenci selama ini, seorang yang kuanggap sebagai musuh ketatku telah menyelamatkanku. Dia memakaikan semula tudung ke kepalaku. Pergerakannya begitu lembut dan berhati-hati. Aku bagaikan terbius. Aku hanya memerhati dan menerima apa saja yang dilakukan terhadapku.

Eleana , are you okay? Did they do anything to you? Wajahnya kelihatan gusar. Dia merenung tepat ke anak mataku. Hatiku tidak menentu. Kacau bilau. Tanpa berfikir, aku lantas memeluknya erat.Aku teramat berterima kasih padanya. Aku terlalu bersyukur kerana dia telah menyelamatkanku. Segala-galanya berlaku di luar kawalan. Aku tidak dapat mengawal perasanku. Lama aku berada dalam pelukanya. Dia membelai sambil memujukku supaya bertenang.

“It’s over, you’re safe now… don’t worry, you’re safe…” Pujuknya.

Apabila menyedari tindakan luar sedarku, aku segera melepaskan pelukan. Aku merengangkan tubuhku dari tubuhnya. Ya ALLAH, malunya… Aku terlalu malu dengan tindakanku tadi, kerana terlalu lega dan bersyukur telah terselamat dari musibah, aku terlupa batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.Atau adakah kerana perasaan ‘itu’? Perasaan halus dan aneh yang kurasai setiap kali terpandang wajahnya atau apabila teringatkannya. Adakah kerana dorongan perasaan itu aku telah memeluknya tadi? Eeee… malunya!!!

“Sorry Danial, I tak sengaja…I gugup tadi, I takut sangat…”

“It’s okay… that’s normal reaction… don’t worry okay…, are you sure you okay Leana? Dia masih risau tentang diriku. Dia begitu prihatin sekali. Riak wajahnya begitu risau melihatkan keadaan diriku. Tidak kusangka seorang yang begitu kubenci, telah menyelamatkan nyawa dan maruahku. Dia kini adalah heroku. Aku terhutang budi dan nyawa terhadapnya. Bagaimanakah cara untuk membalasnya?

“Eleana, are you sure you okay? Mereka tak ceredakan you ker? Kalau you luka atau sakit kat mana-mana, mari I hantar ke klinik atau hospital. Nanti doktor boleh periksa you”.

I’m okay Danial, cuma I terkejut dan takut jer.”

“Alhamdulillah…, you tak apa-apa, perasaan takut tu akan hilang nanti. Yang penting you selamat. Marilah I hantarkan you balik ke Halls. Hari pun dah nak malam. Mesti kawan-kawan you, risaukan you.”

Dia menghulurkan jaket kulit yang dipakainya untuk kupakai pula bagi menutup sebahagian badanku yang terdedah kesan dari pergelutan dengan orang jahat tadi. Aroma bau badannya mententeramkanku. Serasakan aku berada dalam dakapannya. Dia memimpinku ke arah keretanya yang diparkir di luar gudang lama itu. Rupanya aku telah dibawa ke situ oleh penjahat-penjahat tadi. Tak dapat dibayangkan nasibku, jika Danial tidak sampai tepat pada waktunya untuk menyelamatkanku tadi. Tentu saja aku telah menjadi mangsa nafsu buas penjahat-penjahat dan kemudian pasti aku akan dibunuh oleh mereka.

Dalam perjalanan pulang, Danial mendiamkan diri. Aku ingin berkata-kata sesuatu. Tapi mulutku berat, bagaikan ada batu besar yang telah menyekat ruang ronggaku.

“Er…er… Danial, boleh I tanya sesuatu?”

“Em… you nak tanya apa?

“Macammana you tau penjahat tu bawa I kat situ?” Macammana you boleh datang selamatkan I?

“Sebenarnya, masa diorang heret you ke dalam kereta tadi, I ternampak. Sebab tu I ikut kereta tu. I lambat masuk sebab nak pastikan keadaan benar-benar selamat. I risau kalau diorang buat apa-apa kat you, tapi syukurlah semuanya dah selamat. Mulai hari ni, you jangan risau apa-apa lagi. I akan jaga keselamatan you. I will make sure, this will not happen anymore. Not to you. You will safe with me, okay.”

Apa maksud dia? Dia akan jaga aku? Dia akan jaga keselamatan aku? Macammana dia nak pastikan aku sentiasa selamat, bukannya dia sentiasa ada bersamaku. Macam tak betul jer. Dia ni cakap ikut sedap mulut jer. Tak boleh percaya ni. Kata hatiku.

“Senyap jer, you fikirkan apa? Dia bertanya apabila aku masih mendiamkan diri, tidak memberi tindakbalas terhadap kata-katanya tadi.

“I tak tau nak cakap macam mana. Er…er…Actually I nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab you sudi tolong I. You dah selamatkan nyawa dan maruah I. Kalau you tak ada tadi, mungkin I dah jadi arwah agaknya.”

It’s okay Leana, I tak buat apa-apa sangat pun, cuma I dah ternampak depan mata I sendiri, mestilah I tolong. Kalau bukan you yang kena sekali pun, I akan tolong jugak, inikan pulak you, rakan senegara I.”

“Tapi… er… I malu Danial, selama ni I benci kat you, kita ni macam bermusuh, tapi you masih sudi nak tolong I.”

“Ish! Kenapa you cakap macam tu Leana? I tak anggap you musuh pun. Mungkin selama ni kita selalu tak sependapat, atau pun mungkin juga kita salah faham antara satu sama lain. Tapi sebenarnya, I suka you…”

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template