Tuesday, January 26, 2010

Cinta Terhenti - Bab 4

Petang itu, seperti yang dijanjikan, walaupun berat hati aku terpaksa juga mengikut kedua temanku ke self- catering kitchen untuk memenuhi janji Aina kepada Abang Bad. Kami diminta memasak bihun goreng dan sandwich tuna untuk lebih kurang 20 orang tetamu. Aku bukanlah pakar dalam hal masak memasak, selalunya aku pakar makan jer. Tapi disebabkan kawan, terpaksalah aku tunjukkan bakat terpendam kepada mereka. Aina dan Fateha menyediakan ramuan untuk memasak bihun goreng, sementara aku bersama dua rakan senior kami menyediakan sandwich dan popia goreng. Makanan yang lain termasuk BBQ menurut kata Aina disediakan oleh rakan-rakan yang lain.

Sedang kami leka dengan kerja-kerja memasak sambil berbual-bual tentang cerita-cerita menarik di Malaysia, Badrul dan rakan-rakannya masuk ke kitchen.

“Wah! Rajinnya adik-adik junior kita ni, tak rugi I ajak diorang join”. Badrul memuji sambil menjengah-jengah kerja yang sedang kami lakukan. Aku berpaling untuk melihat ‘Abang Bad’ yang sering disebut-sebut oleh Aina. Dengarnya dia adalah seniorku, tentu saja boleh tersempak dengannya ketika di kampus. Mungkin aku tidak mengenali namanya, tapi mungkin mukanya dah biasa tengok. Bukan ramai sangat pelajar melayu di fakulti kami, tentu boleh mengenali antara satu sama lain. Tetapi memandangkan aku dah ‘setkan’ di fikiran untuk tidak berkawan dengan mana-mana lelaki, jadi aku sering tidak mengindahkan lelaki-lelaki yang ingin mendekatiku.

Ya ALLAH!!!…terkesima, terkelu, terkedu, aku melihatkan seseorang yang berdiri disebelah Abang Bad. Terkejut besar apabila terpandang dikalangan rakan-rakan Abang Bad, salah seorangnya adalah musuh ketatku, ‘si mamat kerek’. Dia memandang ke arahku selamba seolah-olah kami tidak pernah berjumpa. Tetapi lirikan matanya masih penuh rahsia. Aku tak menyangka akan berjumpa dengannya setelah lebih kurang enam bulan peristiwa itu berlalu.

Mataku masih terpaku merenungnya. Tiba-tiba hatiku berdebar-debar. Jantung berdegup kencang bagaikan telah berlari marathon 100 meter. Darah merah menyerbu kemuka, jika dilihat di cermin mesti mukaku dah macam udang kena bakar, merah menyala. Ya ALLAH… apa dah berlaku? Mengapa aku berperasaan begini? Mengapa aku merasakan satu perasaan aneh takkala memandangnya? Ish! Kenapa niiii…? Cool Lea! Cool… jangan tunjukkan perasaan tu. Kalau orang nampak malu.Suara hatiku berbisik. Ya ALLAH… Ini tak boleh terjadi, aku tak inginkan perasaan sebegini, aku tak boleh jatuh cinta. Aku harus berpegang pada prinsipku. ‘No boyfriend, no love affairs until my first degree’

“Bad…, apa pasal kau jemput orang yang tak bertamadun join party kita, nanti entah apa yang akan dibuatnya untuk rosakkan majlis ni. Lagi pun apa kelas kau ajak orang-orang macam ni. Orang kampong, low classssss….” Dengan lagak sombongnya dia menyindirku. Aku hanya mendiamkan diri, sabar…sabar…takkan nak balas, nanti apa pulak kata orang.

“Eh! Danny, kau dah kenal cik adik manis ni? Tanya Abang Bad.

“Argh! lebih dari kenal…, perangai buruk dia pun dalam poket aku ni” Katanya sinis sambil menjeling kearahku.

Amboi! Amboi! Sesedap rasa jer dia mengutuk aku…takper, takper ada ubi ada batas, ada budi bolehku balas, siaplah kau, satu hari nanti mesti aku balas, gumamku geram

“Wah! Cekap betul kau Dann, orang baru nak bukak jalan, kau dah dapat” Balas Abang Bad, reaksi mukanya terkejut dengan kata-kata Danny sebentar tadi.

“Alah, bukan susah sangat nak dapat minah macam ni, tapi… aku tak heranlah, not my taste…aku boleh dapat girl yang lebih hebat dari ni, petik jari jer berbaris nak dating dengan aku, apa da heran…” angkuhnya dia berbicara.

Wah! Wah! Berlagaknya kau… kau ingat aku pun heran sangat kat kau? Kata hatiku. Kalau ikutkan hati, nak jer aku ganyang-ganyang mulut celupar mamat ni. Tapi aku ada maruah, takkan aku nak rendahkan maruah aku disebabkan dia, no way

“Amboi! Amboi! Kau ni Dann, cakap tu biarlah berlapik sikit… aku takut nanti kau yang terkejar-kejarkan dia, okey apa cik adik kita ni, manis, cantik, lemah lembut, boleh sesangatlah kalau nak dibuat bini…” tersenyum-senyum Abang Bad menuturkan kata-kata itu seolah-seolah memerliku.

Hatiku bertambah panas, sedap-sedap saja mereka mempermainkan aku, sama saja sikap keduanya.Mereka seolah-olah menyindirku. Senyuman dan pandangan mata keduanya menyakinkanku. Tiba-tiba aku rasakan kehadiranku di situ satu kesilapan. Aku tak patut hadir, aku tak harus biarkan diriku dipermainkan dan dihina sewenang-wenangnya. Dengan lembut aku menuturkan kata…

“Em…er… Abang Bad, thank you for this invitation and all those ‘good’ complementation, but I come here not to hear all those crap of yours and this Mr. Perfect. I datang sini sebab kawan I ajak untuk tolong you dan untuk berkenal-kenalan dengan rakan-rakan sesama negara. Tapi apa yang I dapat hari ni? Hanya sindiran dan hinaan dari you berdua. Inikah cara you all welcome us as a new comer? And as for you Mr. Perfect, jangan terlalu menghina orang. Kita hanya manusia biasa, hanya ALLAH yang kekal dan maha sempurna. Kalau ya pun you kaya, anak hartawan, tapi jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Kita harus ingat, hidup di dunia ni macam roda, sekarang kita di atas, tak mustahil satu hari nanti kita di bawah. Sesungguhnya di sisi yang ESA, kita sama sahaja… tak kira pangkat, tak kira harta, yang membezakan adalah amal ibadat kita. But anyway, thank you pada setiap kata-kata hinaan you, I akan anggap itu sebagai kritikan membina, dan I akan pastikan hidup I akan lebih baik lagi satu hari nanti. Thank you .

Dengan kata-kata itu, aku beredar perlahan meninggalkan tempat itu tanpa menghirau Aina dan Fateha terjerit-jerit memanggilku. Dari kerlingan mata, dapat kulihat wajah keduanya berubah setelah mendengar kata-kataku tadi. Ah! nasiblah, bukan niatku nak kenakan sesiapa, tapi, aku pun ada hati dan perasaan. Bukan semudah itu boleh diperlekehkan.

Aku terus melarikan diri ke taman tasik berhampiran. Airmata yang ku tahan sedari tadi gugur jua akhirnya bak manik putus tali, berderaian membasahi pipi. Hatiku terluka dengan kata-kata hinaan lelaki itu. Apa bangsat sangatkah jika kita orang kampung? Jijik sangatkah jika kita miskin? Apakah hanya orang-orang kaya dan berpangkat sahaja yang layak hidup di dunia ini? Apa pulak hak-hak orang miskin? Tidakkah orang-orang miskin juga adalah manusia ciptaan ILAHI. Miskin dan kaya hanyalah pengukuran status di segi kebendaan yang segalanya hanyalah sementara. Apabila mati, status miskin atau kaya tidak akan membezakan kita, sebaliknya iman dan amal ibadat yang akan membantu kita di Alam Barzakh.

Teringat pada satu buku yang pernah kubaca tentang hubungan sesama manusia. Berpandukan daripada hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud : “Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” Pergaulan yang baik hanya wujud apabila manusia melihat dirinya dan manusia lain sebagai hamba ALLAH yang mempunyai tanggungjawab kepada Penciptanya. Justeru demi menjamin keharmonian hidup sesama manusia, ALLAH menyuruh manusia memelihara dua hubungan. Pertama, hubungan dengan ALLAH, kedua hubungan sesama manusia. Hubungan dengan ALLAH akan melahirkan visi hidup yang mementingkan dunia dan akhirat. Apabila visi ini menjadi visi setiap hamba ALLAH , maka akan hancurlah sistem kasta, perhambaan, feudalism dan seumpamanya. Dengan itu manusia tidak akan memandang sesama sendiri mengikut ukuran darjat dan mertabat lagi. Tapi…Argh! Alangkah baiknya jika manusia dapat mengingati setiap peringatan ALLAH…

*****

Aku merenung riak-riak air tasik nan membiru beralun lembut ditiup angin petang sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga teratai berkembang indah terliuk-liuk mengikut alunan riak-riak air. Anak-anak ikan berkejaran sesama sendiri di air yang jernih. Burung-burung bangau berterbangan takkala disergah pengunjung yang datang. Sejuk mataku memandang panorama indah ciptaan ILLAHI. Tenang hatiku melihat keindahan alam yang berwarna-warni. Benarlah seperti kata orang, melihat liuk lentok ikan di air dapat mengurangkan stress. Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang suka memelihara ikan di akuarium atau kolam di rumah.

Hatiku terubat melihat ketenangan dan keindahan tasik berhampiran Halls penginapan kami. Di sinilah tempat kami selalu menghilangkan rasa penat setelah seharian di dewan kuliah. Setiap petang aku dan kedua rakanku kerap berjogging disini atau sekadar berjalan-jalan menghirup udara segar.

Inilah yang sering kulakukan apabila berasa letih atau runsing. Aku akan kembali ke alam semulajadi. Dengan melihat keindahan alam kurniaan Tuhan, akan mengingatkan asal usul diriku dan kemana arah tuju hidupku. Aku insaf, siapa diriku di sisi Tuhan. Hanyalah seorang hambaNYA, seorang insan kerdil di sisi Tuhan Yang Maha Agung.

Dapat kurasakan kehadiran seseorang disisiku dari desiran langkah kakinya memijak rumput. Aku menoleh ke belakang. Terpamer wajah itu, tetapi riaknya kini berbeza. Tiada lagi riak ego dan sombong seperti selalunya. Dia menghadiahkan senyuman yang teramat manis buat diriku. Kuntuman dua ulas bibir merahnya begitu mempersonakan. Lirikan matanya tetap seperti selalu ‘tersenyum’ memandangku. Ah! Auranya begitu terserlah. Begitu memikat. Bisa tergoda aku dibuatnya. Dia berdiri berhampiran bangku tempat dudukku dengan mata ditumpahkan ke tasik nan membiru.

“Eleana, I’m sorry for what I have done to you just now, I don’t mean it, its just…” Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Mungkin sukar baginya untuk meluahkan rasa sesal di hati.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku bagaikan terpukau dengan kehadirannya. Tidak kusangka dia akan mencariku dan memohon maaf dariku.

Eleana… please forgive me… I really don’t mean to humiliate youit just… I don’t know… after the accident, bila ternampak you, I rasa macam nak marah”. Tak tentu biji butir yang keluar dari mulutnya. Dia serba salah, tergagap-gagap menuturkan kata-kata.

“Kenapa? You masih marah pasal accident tu ker? Aku bertanya tanpa memandang mukanya. Takut untuk bertemu pandang dengan sinaran matanya yang memikat, yang bisa meluluhkan hatiku.

“Entahlah… I sendiri tak faham dengan diri I. I marah sebab mulut you tu celupar sangat kot… I tak expect you macam tu, you look so decentso natural… so naïve… tapi hari tu, bila you bercakap, macam peluru berpandu jer kata-kata you.”

“Kenapa? You expect I ni orang yang macam mana? Bila masa pulak you tengok I? Kita tak pernah jumpa pun sebelum tu, cuma hari tu jer I terlanggar you.”

“Eleana, fakulti kita tu memanglah besar, tapi komuniti kita tak besar mana pun, lagi pun I senior, bila ada student Malaysia yang baru masuk, tentulah I tau. I dah tengok you banyak kali, I harap you seperti rupa you. Dari luaran you nampak baik sangat, lemah lembut, sopan santun, tertib pada setiap apa yang you buat, tapi hari tu, bila kita berlanggar, budi bahasa you tak menggambarkan diri you yang I nampak. Sebab tu agaknya I rasa marah kat you…”

“Oooo… jadi you beranggapan I ni bukan perempuan baiklah ya? You boleh tau sifat seseorang dengan sekali pandang saja ker? Pandai betul you?”. Kataku sinis.

“Bukanlah macam tu, tapi I harap sangat you seorang perempuan yang baik, rupa you akan mengambarkan sifat you… itu harapan I, tapi….”

“Tapi… you dah anggap I ni perempuan tak baikkan, sebab kata-kata I hari tu? Apa pentingnya sifat I baik ke… buruk ker pada you? You siapa dengan I? You bukan abang I, so you tak perlu kisah samada I baik atau jahat, apa perangai I tak penting buat you…and for your information Mr. Perfect, tak semestinya rupa seseorang melambangkan sifatnya, so kalau orang tu nampak kasar, sikap dia tak baiklah ya? Macam tu ke you fikir?”

Dia terdiam mendengar kata-kataku. Pelik betullah mamat ni, pemikiranya tak betul ker?

“Bukan macam tu… I tak beranggapan macam tu dengan semua orang, cuma dengan you saja, I hope you will presented as your look…you cantik, lembut, baik, so perangai you pun patut macam tu, you tak boleh bercakap kasar, kata-kata you mesti dari perkataan yang baik-baik… barulah padan dengan rupa you”

Ya ALLAH, apa lah masalah dengan mamat ni, asyik-asyik dia cakap macam tu, asyik-asyik rupa melambangkan sikap… apa lah!

“Macam nilah En. Danny… Danny kan? I tak tau nama you, tapi I dengar kawan you panggil you Danny, so I panggil you Danny ok, you tak perlu risau apa rupa I, apa sikap I, dan apa-apa pun tentang diri I, you tak perlu risau, sebab I adalah diri I sendiri, I takkan sewenang-wenangnya ubah penampilan atau sikap I disebabkan kritikan seseorang, lagi pun you bukan sesiapa pun dengan I, so we just mind our own business.”

“Hem… dah terbuktilah apa yang I sangkakan tentang you… you ni memang degil, tak dengar cakap… memang betullah cakap you, rupa tak melambangkan sikap seseorang, you dah buktikannya, sia-sia saja I mintak maaf dengan you tadi, I ingat I dah tersalah sangka, tapi nampaknya memang betul…”

“Terpulanglah En. Danny you nak sangka I macam mana pun, I tak kisah, will you excuse me, I nak balik bilik, buang masa jer berbual dengan you…”

“Alah! I pun tak heran nak berbual dengan you…”

Aku melangkahkan kaki meninggalkannya bersendirian di bangku tempat dudukku sebentar tadi. Sia-sia saja permohonan maafnya. Memang tak patut aku maafkan dia. Kata-kata maafnya tidak ikhlas. Tidak datang dari hati yang benar-benar ingin bermaafan. Sebaliknya dia masih ingin menaikkan kemarahanku. Memang dasar lelaki tak guna… tak sesuai di buat kawan…

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template