Wednesday, January 27, 2010

Cinta Terhenti - Bab 9

Melbourne, Februari 2002

Kehidupan rumahtangga kami sungguh bahagia. Ternyata Danial Haqim seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Aku dibelai bagaikan seorang permaisuri. Dia benar-benar menyayangi dan menyintaiku. Dia pandai melayan dan mengembirakanku. Sedikit demi sedikit aku mula melupakan konflik permasalahanku dengan Opah. Semenjak pulang dari kampung, tidak pernah sekali pun aku menghubungi Opah, hatiku membeku dengan layanan Opah terhadapku. Hanya sesekali aku berhubung dengan Pak Su. Daripada Pak Su, aku diberitahu Opah semakin pendiam, tidak seceria selalu. Opah juga tidak sudi lagi menyebut tentang diriku. Apabila ada yang bercerita tentangku, dia seolah-olah tak mendengar apa yang diperkatakan. Aku sedih mendengarkan berita tersebut. Aku terisak-isak. Pak Su menasihatkanku supaya bersabar. Satu hari nanti Opah pasti akan memaafkanku.

Kehidupan kami berjalan lancar. Aku mula sibuk dengan kuliahku untuk tahun ke-2 dan tanggungjawabku sebagai isteri Danial. Aku berazam untuk menjadi isteri yang solehah yang sentiasa berkhidmat untuk suami tercinta. Nasihat Mak Su pada malam pertama aku secara rasminya menjadi isteri setelah ijab dan kabul terlafaz oleh suamiku akan sentiasa tersemat kukuh dalam ingatan. Kata Mak Su : Seorang isteri haruslah sentiasa mentaati perintah suami. Syurga anak lelaki adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila mentaati suaminya. Taat bermakna patuh pada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami meminta melakukan dosa. Ketaatan terhadap suami jatuh di tempat kedua setelah taat kepada ALLAH dan RasulNYA. Kunci kerukunan sesebuah rumahtangga adalah persefahaman antara suami dan isteri. Seorang isteri yang solehah adalah seorang wanita yang berilmu dan beriman,dengan itu rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Mak Su lah yang berperanan sebagai ibu yang tanpa jemu memberi nasihat-nasihat berguna kepadaku setelah ketiadaan ibu kandungku. Jika dulu, Opah yang lebih rapat denganku yang sentiasa memberi teguran dan kata-kata nasihat, namun kini… Opah telah menyingkirkanku dari hatinya.Argh! bertapa malangnya nasibku tiada ibu, tiada bapa… dan kini Opah tempatku bermanja juga telah memboikotku…

Danial telah menamatkan pengajiannya dan telah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat terkemuka di sini. Sementara aku perlu meneruskan semester pertama bagi pengajian tahun keduaku. Aku tidak lagi tinggal di Halls penginapanku dahulu. Sedih rasa dihati terpaksa berpisah dengan kedua-dua rakan baikku. Namun, apa dayaku, kini aku adalah isteri Danial, dan aku harus sentiasa berada disisinya. Danial menyewa sebuah apartmen sederhana besar untuk tempat tinggal kami berdua. Segala-galanya disediakan buatku. Segala-galanya mencukupi. Gaya hidup kami boleh dikatakan mewah.

Kadang kala aku hairan jugak, dari mana suamiku dapat wang untuk hidup sebegini mewah, sedangkan dia baru bekerja. Dia bukan anak hartawan, cuma anak angkat kepada seorang hartawan. Tak mungkin Tan Sri sanggup membiayai perbelanjaan mewahnya.

Dia juga tidak pernah ingin menggunakan duitku walaupun aku bertegas ingin berkongsi beban kewangan kami. Aku punya simpanan yang mencukupi peninggalan arwah keluargaku. Wang insuran ketiga-tiga mereka berserta wang KWSP arwah abah dan pencen arwah emak semuanya diwarisi kepadaku termasuk segala wang simpanan kedua-duanya dan tabungan pelajaranku dan Kakyong yang telah disimpan oleh arwah abah semenjak kami kecil lagi.

Opah dan Pak Su tidak mahu menerima sedikit pun daripada wang tersebut, walaupun aku bertegas untuk membahagikan sebahagian dari peninggalan keluargaku kepada mereka. Namun kata Opah, itu adalah hakku. Aku berhak mewarisi kesemuanya. Pak Su hanya berperanan sebagai pemegang amanah. Sememangnya aku tiada masalah kewangan walaupun keluargaku telah tiada.

“Sayang, you don’t worry about anything okay… you just have to be with me all the time, be a good wife to me, I’ll settle everything for our life… don’t worry okay, I’ll have enough to spend…”

Itulah kata-katanya setiap kali aku bercakap tentang keadaan hidup kami yang mewah. Aku tidak mahu membebankannya. Aku tidak suka membazir kepada perkara-perkara yang tidak perlu. Tetapi… dia lebih suka memberiku hadiah yang mahal-mahal, makan di tempat yang ekslusif dan membeli pakaian yang berjenama. Aku tidak biasa dengan kehidupan sedemikian. Aku lebih suka bersederhana. Tapi apa yang boleh kukatakan, dia suamiku, aku harus akur dengan setiap kata-katanya.

Danial juga kerap membantuku dalam pelajaran. Oleh kerana kami belajar dibidang yang sama, jadi tiada masalah untuk dia membantuku malah dia sering memberi tunjuk ajar kepadaku.

“Abang… Lea letihlah, banyak sangat assignment nak buat, nak study lagi…” Sungutku suatu malam. Dia sedang menaip kertas kerja di laptop dan aku di meja belajarku.

“Letih, tidurlah dulu… nanti abang tolong siapkan. Abang nak habiskan proposal ni dulu…” Arahnya tanpa memandang ke arahku. Dia begitu leka dengan kerjanya.

“Tapi Lea kesiankan Abang, nanti Abang letih… nak buat kerja lagi, nak tolong Lea lagi”.

It’s okay Sayang…Abangkan ada ‘super power’, Sayang tak tau ker? Dia memandangku sambil tersenyum-senyum nakal.

“Haa… tu mulalah nak merapu tu…” Rengekku manja.

“Apa pulak merapu, betullah… Abangkan lelaki, abang boleh buat kerja lebih… lelaki lebih kuat dari perempuan. Lagi pun, you are my princessI’ll do anything for you dear. Dahlah,Sayang tidur dulu, nanti abang kejut” katanya selamba.

“Kejut? Kejut nak buat apa pulak, dah tidur biarlah sampai pagi, lagipun abang yang nak siapkan assignment Lea kan?

“ Eh! Mestilah kena kejut… abang nak tuntut ‘upah’, mana boleh tolong free…”. Hahaha… dia ketawa.

“Isk… gatallah abang ni…” Aku lantas membalingkan bantal kecil ke arahnya.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template