Monday, March 8, 2010

Cinta Terhenti - Bab 27

Agak lama juga kami berhenti rehat di Hentian Sebelah Behrang. Kami menikmati minuman, makanan dan buah-buahan yang dibeli Danial tadi. Kami merehatkan diri di wakaf berhampiran yang disediakan oleh Pengurusan PLUS BHD untuk kemudahan pengguna-pengguna Lebuh Raya Utara Selatan. Danial sibuk bercerita itu dan ini dengan anaknya. Banyak yang diterangkan kepada anaknya tentang keadaan kehidupan di Malaysia. Ada ketika aku mendengar dia bercerita tentang kisah hidupnya di zaman kanak-kanak. Kedua-dua anak- beranak itu sangat mesra dan riang bercerita. Aku hanya memerhati tingkah mereka. Tersentuh hatiku melihat kemesraan keduanya. Walau pun mereka lama terpisah tetapi hubungan ayah dan anak tetap erat. Jadi mana mungkin aku dapat menarik diri dari kehidupan Danial. Apa akan terjadi dengan anakku jika kami berpisah.

Hatiku semakin tenang setelah menghirup udara segar yang bertiup lembut. Di waktu tengahari ini tidak ramai pengungjung yang berhenti di ruang rehat ini. Setelah keadaanku semakin stabil dan kesan tangisan tidak bersisa, barulah kami memulakan perjalanan. Dalam setengah jam saja lagi kami akan sampai ke kampung. Aku semakin teruja untuk bertemu Opah.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Lagu Matahariku dendangan Agnes Monica bergemersik di pendengaran. Siapalah yang menelefonku. Janganlah si Ashraf Sinclair. Kalau tidak kantoilah aku, tertangkap oleh suamiku. Aku melihat nombor yang tertera di skrin. Nombor panjang tertera menandakan panggilan dari luar negara. Jannah agaknya. Segera aku menekan butang hijau.

Hi! Dear… how are you…” Aku menyapanya mesra.

I’m expected for your call…why didn’t you call me?” Tegas suaranya seakan-akan marah atau merajuk.

Sorry dear… I’m quit busy right here…”. Aku mengerling sekilas untuk melihat reaksi suamiku. Tentu dia memikirkan aku sedang bercakap dengan seseorang yang istemewa. Aku sengaja menggunakan gelaran ‘dear’ untuk melihat reaksinya. Pasti dia cemburu.

“Hey…What are you doing over there…I’ll ask you to take care of grandma…but what are you busy of… Lea, you better don’t do anything else, just keep your time for Opah, anyway how is she now…?”

Walaupun tidak pernah berjumpa, tapi Jannah begitu mengambil berat tentang keluargaku. Dia mengetahui segala masalahku. Kepadanyalah aku selalu mengadu jika menghadapi masalah. Ketika memberitahu tentang kesihatan Opah hari tu, beria-ia dia menyuruh aku berangkat segera. Dia yang menguruskan tiket penerbanganku. Dia begitu prihatin akan kebajikan kami anak beranak. Aku mula rapat dengan Jannah @ Jenny sejak di tahun kedua pengajianku. Kami belajar dalam satu kelas. Jannah fasih berbahasa Malaysia dan amat mengetahui kehidupan rakyat Malaysia. Dia begitu tertarik dengan agama islam kerana pernah tinggal di Malaysia pada zaman kanak-kanaknya. Ketika itu dia mengikut ayahnya bertugas di Malaysia.

“She getting better… but actually I’m on the way to kampung now… I didn’t see her yet…but Pak Su said Opah getting better… don’t worry, okay…” Aku cuba mententeramkannya yang kedengaran risau dari tona suaranya.

“So… how everything over there… how’s your darling and how was my project?” Aku masih sempat bertanya tentang projek yang baru bermula. Kami baru saja mendapat projek baru, dan projek itu diserahkan di bawah penyeliaanku. Kami telah memutuskan, sepanjang pemergianku projek itu akan diurus oleh kedua suami isteri itu.

“Lea…everything is taking care here… you don’t worry okay… you just spent your time with Opah and take this opportunity to settle your problem…” Dia mengambil peluang mengingatkan ku tentang masalah rumahtanggaku. Jannah dan Badrul telah berkali-kali memujukku pulang ke Malaysia dan berbincang dengan Danial berkenaan masalah kami, tapi… aku sering tidak mengendahkan nasihat mereka.Tapi, tanpa pengetahuan mereka, kami telah pun bersama semula. Danial begitu bijak mengambil peluang ketika kepulanganku ini untuk kami bersatu semula. Aku masih tertanya-tanya siapa dalang di sebalik kejutan-kejutan yang diberinya sejak kepulanganku semalam.

“My problem… what problem?”

“Lea… you know what I mean… please talks to him okay…please do this for your son…by the way how was my cutie little boy?”

“He’s find and very happy, Jan… I need to talk to you… but not now, later at night I’ll call you, okay… send my regards to your beloved hubby…I miss both of you” Aku ingin bertanyakan Jannah tentang maklumat yang diperolehi Danial mengenai kepulanganku. Tetapi…takkan nak cakap dengan keadaan dia disebelahku kini.

Aku menekan butang merah setelah berpamitan dengan Jannah. Danial memandangku sambil tersenyum. Agaknya dia dapat mengagak dengan siapa aku bercakap. Jika tidak, tentu seri wajahnya berlainan.

“Jannah call…?” tanyanya. Aku hanya menggangukkan kepala.

“Macam mana diorang sekarang, masih berdua… belum ada tanda-tanda nak terima cahaya mata lagi?” Dia bertanyakan keadaan kawan baiknya Badrul.

“Hemm…bukan abang dah tau ke… kalau abang dah tau tentang kepulangan Lea, takkan abang tak tau perkembangan diorang… bukan ke Bad tu spy abang kat sana? Perliku pula.

Dia ketawa dengan kata-kataku.

“Bukan spy… tapi abang amanahkan Lea dan Danish kat diorang, tolong tengok-tengokkan isteri dan anak abang ni…”

“Hemm… anak isteri sendiri tapi, mintak tolong orang tengokkan, mana nak sama bang…orang boleh tengok jer, tapi sentuhan kasih sayang tu tak ada…”

“Abang tau sayang…tapi apa pilihan yang abang ada, sekadar dapat khabar berita pun dah memadai, nak buat macam mana, kita cuba telefon nak bercakap dengan ‘orang tu’ pun, orang tak sudi, hantar email pun tak berjawab… so terpaksalah guna orang perantaraan”. Dia terkenang usaha yang dibuatnya untuk memujukku tetapi tidak mendapat perhatianku.

“Eh…dahlah…kita asyik bukak ‘buku lama’ nanti ada pulak yang ‘hujan’ lagi, susah nak cari tempat berenti lagi. Pukul berapa nak sampai kalau asyik berhenti…”. Dia mengusikku.

Aku lantas mencubit pehanya sebagai tanda protesku atas usikannya.

“Adoi…sakitlah… wah! ‘ketam merah’ abang dah hidup balik… dah lama tak kena sepit ngan ketam ni… Ah! Sedapnya… sakit tapi sedappp…”. Dia menggosok-gosok pehanya sambil tersenyum-senyum manja.

“Dulu… sayang selalu buat macam ni kan, kalau abang tersalah cakap je, siaplah berbidal peha kena kutil, bahagia sangat masa tu…abang gembira dengan kehidupan kita dulu… sayang, thanks for loving me and make me happy… sayang…”

“Tadi kata taknak bukak ‘buku lama’…”. Aku mengingatkan tentang kata-katanya sebentar tadi.

“Tak… abang cuma terkenang kenangan indah kita, selepas ni, abang akan pastikan rumahtangga kita akan lebih bahagia sayang, believe me…”

Entahlah… sukarnya untuk aku mempercayai janji-janjinya. Dia telah membohongiku berkali-kali. Lagi pun, rintangan dan dugaan sedang menanti di hadapan sana. Segala-galanya tidak semudah yang diharapkan.

Kami telah menghampiri tol plaza Sungkai. Tiba-tiba hatiku berdebar-debar. Tak lama lagi kami akan melalui kawasan kemalangan yang telah meragut nyawa kesemua keluargaku. Entah kenapa, selepas kejadian tu, aku sentiasa cuak setiap kali melalui kawasan tersebut. Kenangan hitam itu pasti akan tergambar di ingatan. Aku teringat pada kata-kata saksi yang melihat kemalangan itu berlaku. Kata mereka, kereta arwah sedang membelok memasuki simpang, apabila tiba-tiba kereta dari arah belakang merempuh laju dan menghentam pintu di sebelah pemandu. Malah ketika aku melihat kereta arwah di balai polis pun, ternyata kerosakan paling teruk di sebelah bahagian pemandu. Memang jika dilihat pada kesan kerosakan, pasti orang akan tahu, mangsa yang terlibat tidak akan terselamat.

Wednesday, February 10, 2010

Cinta Terhenti - Bab 26

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Fikiranku masih memikir-mikir panggilan telefon yang diterima suamiku tadi. Aku tertanya-tanya. Siapa yang memanggilnya? Apa yang berlaku? Tentu panggilan itu dari keluarganya, jika tidak masakan dia terpaksa menjawabnya di luar rumah. Tentu ada rahsia yang hendak disembunyikan. Jika perkara itu bukan rahsia, tentu dia telah bercerita denganku kerana dulu…semasa kami bersama, kami telah menetapkan syarat tiada rahsia dalam perkahwinan kami. Segala perkara harus dikongsi bersama. Tetapi… malangnya, rupa-rupanya dia menyimpan rahsia yang teramat besar dalam hidupnya. Apabila rahsia terbongkar, segalanya musnah. Aku mengeluh panjang mengenangkan saat-saat penuh duka dalam hidupku.

“Sayang… kenapa diam je, dari Nilai sampai dah nak masuk Rawang Lea diam je, sepatah abang tanya, sepatah Lea jawab. Anak bertanya pun Lea macam tak ada mood nak jawab. Kenapa sayang, ini hah… tiba-tiba mengeluh panjang pulak, apa lagi yang Lea fikirkan? Masih ada yang tersimpan dalam hati ke? Luahkanlah… supaya segalanya menjadi jernih, tiada lagi awan mendung memayungi hubungan kita .”

Argh!... mudahnya kau berkata-kata Danial. Bagimu, setelah semua terluah, masalah kita akan selesai? Terlalu mudahnya kau berfikir. Kenapa tidak kau selami ke dasar hatiku yang dalam, kau carilah titik-titik hitam yang meracuni kehidupan kita. Tahukah kau, apa yang bergelodak dalam fikiranku kini?

“Lea…” panggilnya lagi apabila aku masih berdiam diri.

“Hemm… tak ada apa-apa…” Malas aku hendak bersoal jawab panjang. Lebih baik berdiam diri. Jika aku luahkan pun takkan dapat mengubah apa-apa. Hatiku bertambah sakit adalah.Biarlah… biarlah masa menentukan segalanya.

Lea… please sayang… I taught we have solve it all… masih ada yang terbuku di hati ke? Lebih baik diluahkan inilah masa kita perjelaskan segalanya”

“Entahlah bang… Lea rasa… Lea tak sanggup hidup macam ni.”

“Apa maksud Lea…”

“Ya lah… hidup sembunyi-sembunyi, banyak sangat rahsia,Lea tak suka”

“Rahsia apanya… abang tak ada rahsiakan apa-apa pun. Bukan ke abang dah jelaskan pagi tadi kenapa abang tingglkan Lea dulu, abang terpaksa sayang, abang tak ada pilihan”

“Bukan setakat tu…ada banyak lagi yang Lea perlukan jawapan. Tapi… entahlah… malas dah nak fikir banyak, letih kepala otak ni”

“Apa lagi yang Lea nak tahu… abang akan terangkan segalanya”

“Malaslah… lain kalilah kita cakap, Lea dah letih, Lea nak rehatkan minda ni, Lea nak tidur”. Aku menolak untuk berbincang tentang perkara itu, takut untuk mendengar penjelasannya. Entahlah… aku sendiri tidak faham dengan diriku. Ada ketika aku teringin sangat nak tahu segala-galanya, tapi pada ketika yang lain, aku takut… aku takut jika apa yang kudengari akan melukakan hatiku.

“Hemm… itulah yang tak baiknya, bila abang nak bincang, Lea pulak taknak, tapi nanti dia yang termenung panjang, mengeluh panjang ada saja yang tak puas hati. Apalah yang Lea nak risaukan lagi, kita dah bersatu semula, abang janji, abang takkan tinggalkan Lea lagi. Abang akan bahagiakan Lea seperti masa-masa dulu. ”

“Jangan terlalu mudah berjanji bang, dulu pun abang berjanji akan bahagiakan Lea sampai akhir hayat kita, tapi… apa yang berlaku, abang pergi tinggalkan Lea dengan segala kelukaan dan kesengsaraan untuk Lea tanggung sendiri. Abang pergi tanpa sepatah kata, abang biarkan Lea terkontang kanting untuk teruskan kehidupan di sana dengan anak dalam kandungan, sikit pun abang tak patah balik untuk jenguk keadaan Lea, ini ke kebahagiaan yang abang janjikan?”

Hah! Ambik kau… aku tak nak cakap, kau ‘jolok-jolok’, kan dah dapat ‘sebijik’…

Lama dia terdiam setelah mendengar kata-kataku. Mungkin dia mencari ayat yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaanku. Kami masih berdiam diri, aku malas hendak mendesaknya. Biarlah jika dia memilih untuk tidak menjawab persoalanku. Mindaku pun dah terlalu letih dengan segala persoalan yang tiada jawapan. Lebih baik aku lupakan segalanya buat sementara dan fikirkan perkara yang menggembirakan pula.

Kami telah menghampiri Tanjong Malim. Sekejap saja rasanya dalam perjalanan, kami telah hampir sampai ke destinasi. Danial memandu pada kelajuan yang dibenarkan saja. Ah! Bukan jauh sangat pun antara Nilai ke kampungku di Sungkai, dalam 2-3 jam dah sampai. Hah! Tak lama lagi aku akan berjumpa dengan Opah kesayanganku. Bagaimanalah rupa Opah agaknya. Tentu ubannya dah penuh memutih di kepala.

Teringat zaman kanak-kanakku dulu, Opah dan arwah Aki selalu meminta aku mencabut uban mereka yang mula tumbuh mencelahi rerambut hitam. Setiap sehelai uban dicabut, aku akan diberi upah sepuluh sen. Setiap kali aku mencabut uban, pasti akhirnya mereka akan tertidur di ribaanku. Sehingga naik lenguh kakiku. Tetapi selalunya aku tidak menunggu lama, apabila mereka telah tidur, perlahan-lahan aku menarik kaki dan menggantikan dengan bantal dan aku akan cabut untuk bermain bersama kawan-kawan. Bila mereka terjaga, cepat-cepat aku menagih upahku. Ah! Indahnya zaman kanak-kanak. Segala yang difikiran tidak membebankan seperti orang dewasa.

“Lea…” Tiba-tiba dia bersuara semula. Dia mencapai tanganku dan mengenggamnya erat. Sebelah tangannya pula mengemudikan stereng kereta dengan cermat.Dia mengerling sekilas kearahku.

I’m sorry sayang… for what I’ve done to youthat’s all my fault, everything happen in our marriage is my fault…abang tak tau macam mana nak tebus kesalahan tu…tapi segalanya bukan kerelaan hati abang. Abang juga menderita sayang… abang menderita tinggalkan Lea di sana, tapi abang tiada pilihan, abang tak mahu jadi anak derhaka pada mama…sayang pernah dengarkan cerita Alqamah, isteri dan ibunya? Cerita pada zaman Nabi S.A.W dulu? Dia merenungku sayu sebelum meneruskan ceritanya.

“Cerita Alqamah yang tidak dapat mengucap Syahadat di saat kematiannya hanya kerana ibunya berkecil hati kerana dia lebih mencintai isterinya dari ibunya. Dia melebihi isterinya dalam banyak hal… sehinggalah apabila ibunya memaafkannya barulah dia dapat mengucapkan Syahadat dan meninggal dalam keadaan aman. Alqamah seorang yang kuat beramal ibadat, selalu bersedekah, tetapi disebabkan kelalaiannya pada ketaatan terhadap ibunya, dia telah menerima azab sebegitu di saat kematiannya. Bagaimanalah agaknya abang ni yang belum tentu amal ibadat diterima ALLAH, jika abang mengabaikan mama, bagaimanalah azab yang akan dikenakan pada abang…” Panjang lebar dia menjawab segala persoalanku tadi dengan persoalan juga.

Terkedu aku mendengarnya.Bermakna, segala tindak tanduknya selama ini berlandaskan ketaatan dan rasa tanggungjawabnya untuk menjadi anak yang soleh. Ah! Bertapa murni niatnya. Dia amat menjaga dosanya terhadap ibunya… tetapi bagaimana dosanya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak kami? Bermakna, untuk menjaga ketaatan kepada ibunya, aku isterinya harus menjadi mangsa? Kebahagiaan aku dan anaknya harus dikorbankan? Bagaimana pula tanggungjawabnya terhadap kami? Tidakkah dia berdosa kerana melepaskan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah, sedangkan dalam Al Quran (Surah An-Nisa:34) ALLAH telah berfirman yang bermaksud: “Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, Oleh sebab ALLAH melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelaki telah memberi nafkah daripada harta mereka…”.

Maka,suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklah membimbing isterinya agar selamat daripada api neraka. Tetapi… adakah selama ini, selama tujuh tahun ini suamiku telah menjalankan tanggungjawabnya? Ah! Entahlah! Agaknya inilah yang dikatakan orang, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Inilah perumpamaan yang bertepatan dengan situasi yang kami hadapi.

“Jadi… sekarang ni mama abang dah boleh terima Lea lah? Tanyaku, untuk mencerakin segala persoalan yang bermain di fikiran.

No…” Dia menggelengkan kepala. Tumpuannya masih pada pemanduannya.

Aku terbius mendengar jawapannya. Jadi…apakah maknanya ini? Jika kami masih tidak mendapat restu mamanya, apa gunanya kami bersatu. Untuk apa? Segalanya takkan merubah apa-apa. Segalanya akan kekal seperti tujuh tahun lalu. Untuk apa dia bersungguh memujukku kembali kepadanya? Adakah untuk menyakitkan hatiku lagi? Setelah dia memberikan harapan untuk hidup bahagia, kemudian dia akan merengutnya kembali seperti tujuh tahun lalu? Tidak…tidak…tidak…aku tidak sanggup menghadapinya lagi. Tiba-tiba mutiara jernih menitis laju membasahi pipiku bak manik putus tali. Aku menangis teresak-esak. Sakitnya hati… lukanya bagai tertusuk duri yang tajam.

Danial kehairanan dengan reaksiku yang tiba-tiba saja beremosi.

Sayang… what’s wrong… kenapa Lea menangis beria ni… abang dah tersalah cakap ke? Dia terpinga-pinga dengan reaksiku.

Ya ALLAH… kenapalah dia tak sensitif dengan perasaanku. Kenapalah susah sangat untuk dia memahami perasaanku. Tidakkah dia faham apa yang sedang kami hadapi?

“Abang… kenapa abang buat Lea macam ni… apa dosa Lea? Kenapa tak habis-habis abang nak mendera Lea?” Aku semakin sayu, tak sanggup untuk meneruskan kata-kata.

“Apa yang abang buat…abang tak faham? Kenapa tiba-tiba mood Lea berubah”

“Takkan abang tak faham… takkan abang tak boleh fikir… jika mama abang masih tak restui kita, untuk apa kita bersama? Untuk apa bang? Untuk abang sakiti hati Lea lagi? Untuk abang bagi Lea harapan palsu lagi?” Suara esakanku semakin kuat. Hatiku benar-benar pilu. Adakah ini nasibku selamanya. Tidak akan berasa bahagia.

“Sayang…kenapa Lea fikir macam tu… abang tak berniat pun untuk sakiti hati Lea…itu adalah perkara terakhir yang akan abang lakukan jika terpaksa, abang tidak akan sanggup menyakiti wanita yang abang sayang…kenapa sayang cakap macam tu?”

“Habis… untuk apa bang? Our live will get back to square. There will be no ending…it will go to the same point…can’t you see that… we have no way out?”

“There’s always a way out… sayang… we have to be confident…we must have a spirit… please sayang, please stay with me… please be at my side, we face everything together… please” Dia merayu sambil memegang erat jari jemariku.

“Tapi… apa jalannya bang? Lea tak nampak jalan lain. Jika mama abang masih tak restui Lea, lebih baiklah Lea undur diri. Biarlah kami hidup sendiri. Itu saja jalan yang Lea nampak, abang takkan berdosa mendurhakai mama, dan abang akan terlepas dari bertanggungjawab terhadap kami… lagipun, abang dah ada kehidupan bahagia sekarang, kami dah tak penting dalam hidup abang… lepaskanlah Lea bang”

No…no…way…” Keras suaranya membantah permintaanku.

“Kenapa Lea suka sangat nak berpisah dengan abang? Dah ada yang tunggu ke di luar sana? Sebab tu Lea suka sangat nak berpisah dengan abang…jangan harap Lea, abang takkan lepaskan Lea. Abang dah berjanji pada diri abang sendiri, abang takkan sia-siakan hidup Lea. Sayang dah terlalu banyak berkorban untuk abang. Lea sanggup dibuang oleh Opah, demi abang. Lea dah terlalu banyak menderita, bersendirian mengandung…melahir dan membesarkan anak abang. Terlalu banyak pengorbanan sayang… tak mungkin abang akan lepas tangan, abang takkan sia-siakan begitu saja. Lagipun, abang terlalu sayangkan Lea, Lea cinta hati abang, bagaimana abang hendak hidup tanpa Lea… tidak sayang… tolong jangan sebut pasal berpisah dari abang… tolong…” Rayunya bersungguh-sungguh.

Aku masih teresak-esak. Pedihnya hati mengenangkan diri yang tidak diterima keluarga mertua. Rasanya… segala-galanya telah sempurna dalam hidupku. Aku ada rupa, ada pelajaran, lulusan luar negara lagi, aku ada kerjaya baik, malah boleh mengembangkan perniagaan di luar negara. Keluargaku keturunan baik-baik. Ibu bapaku berpendidikan luar negara, malah keluargaku juga punya perniagaan yang sama dengan keluarganya. Cuma… perniagaan mereka lebih besar. Mereka miliki Holdings sedangkan kami hanya Syarikat Sdn Bhd sahaja.

Segala-galanya sempurna. Apa lagi yang kurang? Tetapi…kenapa diriku tetap tidak diterima? Hinanya rasa diriku…bertapa rendahnya darjat dan mertabatku di pandangan mereka.Ya ALLAH… walau zaman telah berubah, pembangunan bertambah maju, teknologi berkembang melangkaui sempadan, namun isu keturunan, darjat dan mertabat masih menjadi titik utama dalam memilih menantu. Entah bilalah pemikiran kuno ini akan terhakis dari minda bangsaku?

“Sayang…dahlah…kita sambung kemudian saja,mata tu dah bengkak, nanti kalau Opah nampak, apa katanya…” Dia memujukku.

Mummy… what’s wrong, why are you crying?” Suara cemas anakku. Mungkin suara esakanku sebentar tadi telah mengejutkannya dari lena. Dia memeluk leherku erat. Pipi kananku dicium lembut. Selalunya beginilah caranya untuk memujukku. Seringkali dia melakukannya bila melihat aku bersedih. Cukup pandai dia memujukku.

Why are you crying mummy? What have you done to mummy, daddy? Did you made mummy crying? Please…don’t let mummy cry anymore. I don’t want mummy to cry anymore…I’ve seen enough, mummy always cry when she miss you daddy… don’t leave us anymore…mummy miss you a lot daddy…please don’t leave us…” Sayu suara anakku merayu ayahnya.

“No sayang…daddy won’t leave you and mummy anymore… we’ll always be together, daddy will always love you both…I’m sorry sayang”

“Mummy okay…sayang, I just upset…”. Aku memujuk anakku agar tidak risau akan keadaanku. Danish memang anak yang baik. Dia sering prihatin terhadap kebajikanku. Mungkin kerana dunia kami hanya berdua, dia amat rapat denganku. Dia pandai mengambil hatiku. Dia seolah-olah menjadi pelindungku menggantikan ayahnya.

“You upset of what mummy…?”

“Mummy upset of so many things sayang…you won’t understand. One day I’ll explain to you…” Pujuk Danial pula.

Danish hanya mendiamkan diri setelah dipujuk ayahnya. Tanpa ku sedari rupa-rupanya Danial telah menghentikan kereta di Hentian Sebelah Behrang. Terlalu tenggelam dalam emosi yang bercelaru hingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

“Lea pergilah basuh muka dulu. Hilangkan kesan tangisan tu. Kita dah nak sampai, nanti kalau Opah nampak mesti dia ingat apa-apa pulak. Nanti dia ingat Lea tak gembira nak jumpa dia…abang nak pergi beli air sekejap. You want drinks sayang? ” Tanyanya pada anaknya. Danish sekadar mengangukkan kepala. Moodnya masih terganggu dengan emosiku. Wajahnya masih kelihatan suram. Mungkin dia tidak puas hati dengan jawapan ayahnya sebentar tadi. Pasti dia ingin tahu punca yang menyebabkan ibunya bersedih.

Aku keluar dari tempat duduk hadapan dan membuka pintu belakang. Aku mendepangkan tangan meminta dia memelukku. Dengan pantas dia memelukku erat. Dia berasa selamat dalam pelukanku dan aku berasa lega kerana dapat memujuk dan menghilangkan rasa rusuh di hatinya. Ah! Danish…anakku terlalu menyayanggiku. Hatinya mudah sahaja rawan apabila melihat kesedihanku. Beginilah yang selalu kami lakukan untuk menenangkan antara satu sama lain. Danial telah pergi untuk membeli minuman dan jajan untuk kami.

Setelah agak lama dan merasakan hatinya dan hatiku kembali tenang, aku melepaskan pelukan. Aku menunggu Danial kembali ke kereta sebelum pergi ke tandas untuk merapikan diriku dan membasuh kesan tangisan di muka agar tidak kelihatan di mata Opah nanti. Betul juga kata Danial…jika Opah melihat mataku merah tentu dia menyangka aku tidak gembira berjumpa dengannya.

Sunday, February 7, 2010

Cinta Terhenti - Bab 25

Pagi sabtu yang cerah, ketika kami sibuk bersiap-siap untuk bertolak ke kampong, lagi sekali Pak Su memberikan kejutan. Tiba-tiba sahaja dia menyerahkan buku akaun simpanan ASB yang aku tinggalkan dahulu dengan sejumlah wang yang begitu banyak di dalamnya. Tak cukup dengan itu, dia juga menyerahkan segugus kunci kereta berserta gerannya sekali yang juga tertera namaku di dalamnya. Terkejut besar aku dibuatnya.

“Pak Su, apa ni… Lea tak faham, kenapa Pak Su bagi semua ni kat Lea… Lea ada cukup dah, Lea tak perlu semua ni, selama ni Pak Su dah bagi banyak kat Lea”. Aku kehairanan dengan segala kejutan Pak Su.

“Tapi… semua ni memang hak Lea. Lea berhak untuk dapat semua ni. Pak Su tak nak termakan harta anak yatim, sebab tu Pak Su serahkan semua ni pada Lea, Lea berhak, ambillah… semua ni untuk Lea”

“Tapi… banyak sangat Pak Su, sebenarnya duit apa ni? Bukan ker Pak Su dah masukkan setiap bulan ke dalam akaun Lea, kenapa nak bagi lagi…Lea tak faham?”

“Sebenarnya setiap bulan yang Pak Su masukkan tu, adalah gaji Lea sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Tapi yang Pak Su simpankan dalam akaun ni adalah keuntungan syarikat setiap tahun. Pak Su keluarkan sikit untuk belikan Lea kereta ni. Pak Su harap Lea suka CRV ni. Tapi sorilah… sebab Pak Su dah rasmi dulu. Kereta ni baru sampai... Memang Pak Su beli khas untuk Lea. Mungkin Lea boleh guna setiap kali balik ke sini.” Panjang lebar penerangan Pak Su.

Maknanya Honda CRV hitam yang diparkir di hadapan rumah itu adalah keretaku?. Patutlah kelihatan masih terlalu baru sehinggakan plastik pun belum dibuang lagi. Agaknya Pak Su inginkan aku merasminya. Ah! Pak Su terlalu baik terhadapku.

Aku bersyukur kerana Pak Su seorang yang jujur dan amanah. Jika tidak tentu syarikat perniagaan yang ditubuhkan bersama arwah abah akan gagal setelah peninggalannya.

Rupanya dalam diam, arwah abah telah merancang bersama Pak Su untuk membuka perniagaan hartanah dan pembinaan semasa hayatnya. Mungkin untuk bekalan persaraannya di kemudian hari, atau mungkin juga abah telah merancang untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengurus Bank bagi menceburkan diri ke dalam perniagaan bersama Pak Su. Dia telah melaburkan sejumlah wang demi untuk merealisasikan impiannya. Namun… semuanya tidak tercapai apabila kemalangan itu berlaku. Jadi terpaksalah Pak Su meneruskan hasrat arwah dengan meletakkan namaku sebagai pewaris.

“Tapi Pak Su… jumlah ni banyak sangat, Pak Su laburkan semula, buat modal pusingan, Lea tak perlu duit sebanyak ni. Lea dah ada cukup untuk perbelanjaan kami. Gaji Lea kat sana pun dah cukup untuk kami. Pak Su ambik lah semula ya… gunakan untuk keperluan syarikat.” Pintaku pula.

“Lea… ini memang duit Lea, tak perlu untuk modal pusingan. Semua tu memang Pak Su dah ketepikan. Ini adalah keuntungan kita. Dah lima tahun Paksu kumpul, sebab tu Lea nampak banyak. Pak Su tahu, Lea ada banyak duit, syarikat Lea di sana pun dah berkembang maju, tapi… Pak Su tak nak simpan lagi, ini memang hak Lea. Biarlah Lea putuskan sendiri nak buat apa dengan duit ni. Terpulanglah samada Lea nak sedekahkan ke, nak zakatkan ke… ikut suka hati Lealah, tapi setiap tahun Pak Su dah keluarkan untuk zakat simpanan, tak payahlah Lea risau..”

“Betul tu Lea…duit tu memang duit Lea. Terima ajelah. Dah lama Pak Su pegang amanah tu. Dia dah tak larat nak tanggung beban amanah anak yatim… sekarang Lea dah balik, Lea ambiklah ya, gunalah untuk buat apa pun… kalau Lea taknak ambik, kesian Pak Su nak kena pikul beban ni lagi…” Mak Su memujukku.

Betul juga kata-kata Mak Su. Kesian Pak Su selama ni bersusah payah menjaga dan mengurus amanah yang ditinggalkan arwah abah. Sepatutnya aku sebagai pewaris yang lebih bertanggungjawab untuk memikul amanah ini. Kesian Pak Su. Aku tiada pilihan, selain terpaksa menerima pemberian yang sememangnya kepunyaanku. Jika aku terus-terusan menolak tentu akan menambah beban Pak Su. Nantilah aku fikirkan apa yang boleh dilakukan dengan duit itu. Mungkin aku akan buat sesuatu untuk arwah keluargaku.

Sedang kami berbincang di ruang tamu, tiba-tiba telefon bimbit Danial berbunyi menandakan terdapat panggilan masuk. Tergesa-gesa dia meminta diri untuk keluar bagi menyambut panggilan tersebut. Hatiku berkata-kata… mungkin panggilan dari isterinya atau mamanya. Jika tidak takkan dia hendak berahsia hingga menyambut panggilan itu di luar. Hatiku berdebar-debar. Pedih rasanya di ulu hati. Apakah aku cemburu? Perbincangan kami tergendala sebentar bagi memberi ruang untuk dia menjawab panggilannya.

“Seperkara lagi… Haqim, Lea… kalau boleh Pak Su dan Mak Su nak Lea baliklah menetap di sini, sudah-sudahlah merajuknya. Opah dah maafkan kamu berdua. Dia dah terima pernikahan kamu, kalau tak, takkan beria-ia dia suruh Pak Su panggil Lea balik. Jadi… Pak Su rasa, dah sampai masanya Lea balik sini, kita usahakan perniagaan ni sama-sama. Pak Su pun dah semakin tua, dah tak larat nak buat kerja ni sorang-sorang. Lea dan Haqim muda lagi, biarlah orang muda teruskan pulak. Tentu orang muda macam kamu ni ada banyak idea untuk majukan syarikat kita” Pak Su menyambung semula sebaik Danial masuk dan duduk di sebelahku.Hatiku tertanya-tanya apakah perkara yang dibualkannya dengan si pemanggil tadi. Apakah isterinya meminta dia pulang? Atau ada perkara penting yang telah berlaku.

“Eleh… ya sangatlah dah tua Pak Su tu, baru 47 tahun tengah prime age lah Pak Su” Aku mencebikkan muka bereaksi pada kenyataan Pak Su yang mengatakan dirinya sudah semakin tua.

“Kalau bukak ‘cawangan baru’ gerenti bertambah ‘saham’ punya, sepasang kembar lelaki pulak”. Aku mengiat lagi sambil menjeling kepada Mak Su untuk melihat reaksinya.

“Haah Lea… Pak Su memang tunggu peluang nak bukak ‘cawangan’ baru, Mak Su bagi ‘green lightsureon’ punya”. Jawab Mak Su bersahaja, menambah hangat suasana usik mengusik antara kami.

Tersentuh hatiku bila perkara ‘cawangan baru’ diperkatakan. Aku memperolok-olok Mak Su, sedangkan kenyataan telah terbentang di depan mata, suamiku telah pun membuka ‘cawangan baru’ bagi menggantikan diriku yang tidak diterima oleh keluarganya.Kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi… aku telah pun dimadukan. Hem…padan muka! awak yang gatal mulut bukak isu ni… awak sendiri yang terasa. Sungut hatiku.

“Hemm… Lea, sampai berjanggut putih pun Pak Su takkan dapat ‘green light’ Mak Su tu… baiklah lupakan aje”. Jawab Pak Su sambil ketawa dan disambut ketawa besar dari semua yang ada di ruang tamu, sedangkan hatiku masih diulit pilu bahana keceluparan mulut sendiri.

Pak Su bersungguh-sungguh berharap agar aku pulang menetap di Malaysia dan mengambil alih perniagaan kami. Tetapi… entahlah, aku harus memikirkan perkara ini dengan lebih mendalam. Bukan tiada niatku untuk kembali menetap di tanahair. Tentu aku ingin sentiasa berada di samping keluarga yang begitu prihatin terhadap diriku. Tambahan pula Opah tidak marah padaku lagi. Tentu saja aku ingin sentiasa dekat dengannya. Tetapi… bila memikirkan masalah rumahtangga kami, hatiku menjadi tawar. Aku takut jika suatu hari nanti akan terserempak dengan mama Danial, atau isterinya… bagaimana aku hendak menghadapi situasi itu. Aku tidak sanggup melihat suamiku bergandingan dengan perempuan lain. Jadi… jalan yang terbaik biarlah aku dengan duniaku di sana, kalau dia ingin berjumpa denganku, dia boleh terbang ke sana.

“Betul kata Pak Su tu Lea… abang pun rasa dah sampai masanya kita balik ke sini. Dah lama sangat kita menetap di negara orang” sampuk suamiku pula masih berpura-pura seolah-olah kami sekeluarga sedang menetap di sana, sedangkan hakikatnya...

“Nantilah Lea fikirkan perkara ni ya Pak Su, Mak Su… Lea pun teringin sangat nak balik. Lea nak dekat dengan Opah. Rinduuu… sangat kat Opah. Dah banyak masa terbuang, sepatutnya perkara ni tak berlaku dalam keluarga kita,tapi sebab kedegilan Lea…”

“Dahlah tu…” Pak Su memintas cakapku yang cuba ingin membuka cerita lama.

“Lea… lupakanlah perkara yang dah lepas tu, yang penting sekarang ni adalah masa depan keluarga kita. Takkan sudahnya kalau kita asyik merenung kisah silam.”Tegas Pak Su.

“Yalah Pak Su… nanti kami bincangkan perkara ni, insyaallah kami akan balik menetap di sini tak lama lagi. Pak Su jangan risau, Haqim akan cuba pujuk Lea” Suamiku memberi jaminan. Ah! Senangnya dia bercakap. Agaknya dalam fikirannya segala masalah boleh diselesaikan dengan hanya berbincang sahaja. Argh! Entahlah…

“Eloklah tu… senang hati Pak Su mendengarnya”

“Bang… Lea rasa eloklah kita bertolak sekarang, dah dekat pukul 10.00, nanti panas pulak… lagipun mesti Opah tertunggu-tunggu”

*****

Kami bertolak sebaik selesai bersalam dan mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Su sekeluarga. Aku bersungguh-sungguh memujuk Pak Su pulang bersama-sama, tapi menurut Pak Su dia terpaksa menghantar si kembar pulang ke asrama pada esok hari kerana lusa musim persekolahan tahun ini akan bermula.

Aku mengayakan kebaya labuh dari kain sutera china yang bersulam kerawang pucuk rebung berlatar tanah hijau pucuk pisang dan berbunga kuning hadiah dari Mak Su sempena hari lahirku semalam. Dipadankan pula dengan tudung warna sedondon dengan gaya lilitan tudung ‘ekin’ hadiah dari Mak Su juga. Mak Su begitu bijak memilih warna dan saiz yang sesuai dengan kulit dan bentuk badanku.Riuh Mak Su dan si kembar memuji-muji penampilanku. Danial juga berkali-kali memujiku. Dia begitu berbangga menjadi suamiku katanya. Entahlah…entah ya entahkan tidak…entahkan hanya untuk menyedapkan hatiku saja, hanya untuk bermanis mulut saja.

Tetapi sebenarnya aku berniat untuk menarik pandangan positif Opah dengan gaya penampilanku. Aku ingin Opah memikirkan cucunya tidak lupa kepada adab sopan ketimuran walaupun telah sekian lama tinggal di negara orang. Biar Opah fikir cucunya… Eleana Syuhada adalah orang yang sama, yang tidak berubah sedikit pun walau telah sekian lama berpisah.

 
Dear Diary Blogger Template