Wednesday, February 10, 2010

Cinta Terhenti - Bab 26

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Fikiranku masih memikir-mikir panggilan telefon yang diterima suamiku tadi. Aku tertanya-tanya. Siapa yang memanggilnya? Apa yang berlaku? Tentu panggilan itu dari keluarganya, jika tidak masakan dia terpaksa menjawabnya di luar rumah. Tentu ada rahsia yang hendak disembunyikan. Jika perkara itu bukan rahsia, tentu dia telah bercerita denganku kerana dulu…semasa kami bersama, kami telah menetapkan syarat tiada rahsia dalam perkahwinan kami. Segala perkara harus dikongsi bersama. Tetapi… malangnya, rupa-rupanya dia menyimpan rahsia yang teramat besar dalam hidupnya. Apabila rahsia terbongkar, segalanya musnah. Aku mengeluh panjang mengenangkan saat-saat penuh duka dalam hidupku.

“Sayang… kenapa diam je, dari Nilai sampai dah nak masuk Rawang Lea diam je, sepatah abang tanya, sepatah Lea jawab. Anak bertanya pun Lea macam tak ada mood nak jawab. Kenapa sayang, ini hah… tiba-tiba mengeluh panjang pulak, apa lagi yang Lea fikirkan? Masih ada yang tersimpan dalam hati ke? Luahkanlah… supaya segalanya menjadi jernih, tiada lagi awan mendung memayungi hubungan kita .”

Argh!... mudahnya kau berkata-kata Danial. Bagimu, setelah semua terluah, masalah kita akan selesai? Terlalu mudahnya kau berfikir. Kenapa tidak kau selami ke dasar hatiku yang dalam, kau carilah titik-titik hitam yang meracuni kehidupan kita. Tahukah kau, apa yang bergelodak dalam fikiranku kini?

“Lea…” panggilnya lagi apabila aku masih berdiam diri.

“Hemm… tak ada apa-apa…” Malas aku hendak bersoal jawab panjang. Lebih baik berdiam diri. Jika aku luahkan pun takkan dapat mengubah apa-apa. Hatiku bertambah sakit adalah.Biarlah… biarlah masa menentukan segalanya.

Lea… please sayang… I taught we have solve it all… masih ada yang terbuku di hati ke? Lebih baik diluahkan inilah masa kita perjelaskan segalanya”

“Entahlah bang… Lea rasa… Lea tak sanggup hidup macam ni.”

“Apa maksud Lea…”

“Ya lah… hidup sembunyi-sembunyi, banyak sangat rahsia,Lea tak suka”

“Rahsia apanya… abang tak ada rahsiakan apa-apa pun. Bukan ke abang dah jelaskan pagi tadi kenapa abang tingglkan Lea dulu, abang terpaksa sayang, abang tak ada pilihan”

“Bukan setakat tu…ada banyak lagi yang Lea perlukan jawapan. Tapi… entahlah… malas dah nak fikir banyak, letih kepala otak ni”

“Apa lagi yang Lea nak tahu… abang akan terangkan segalanya”

“Malaslah… lain kalilah kita cakap, Lea dah letih, Lea nak rehatkan minda ni, Lea nak tidur”. Aku menolak untuk berbincang tentang perkara itu, takut untuk mendengar penjelasannya. Entahlah… aku sendiri tidak faham dengan diriku. Ada ketika aku teringin sangat nak tahu segala-galanya, tapi pada ketika yang lain, aku takut… aku takut jika apa yang kudengari akan melukakan hatiku.

“Hemm… itulah yang tak baiknya, bila abang nak bincang, Lea pulak taknak, tapi nanti dia yang termenung panjang, mengeluh panjang ada saja yang tak puas hati. Apalah yang Lea nak risaukan lagi, kita dah bersatu semula, abang janji, abang takkan tinggalkan Lea lagi. Abang akan bahagiakan Lea seperti masa-masa dulu. ”

“Jangan terlalu mudah berjanji bang, dulu pun abang berjanji akan bahagiakan Lea sampai akhir hayat kita, tapi… apa yang berlaku, abang pergi tinggalkan Lea dengan segala kelukaan dan kesengsaraan untuk Lea tanggung sendiri. Abang pergi tanpa sepatah kata, abang biarkan Lea terkontang kanting untuk teruskan kehidupan di sana dengan anak dalam kandungan, sikit pun abang tak patah balik untuk jenguk keadaan Lea, ini ke kebahagiaan yang abang janjikan?”

Hah! Ambik kau… aku tak nak cakap, kau ‘jolok-jolok’, kan dah dapat ‘sebijik’…

Lama dia terdiam setelah mendengar kata-kataku. Mungkin dia mencari ayat yang paling sesuai untuk menjawab pertanyaanku. Kami masih berdiam diri, aku malas hendak mendesaknya. Biarlah jika dia memilih untuk tidak menjawab persoalanku. Mindaku pun dah terlalu letih dengan segala persoalan yang tiada jawapan. Lebih baik aku lupakan segalanya buat sementara dan fikirkan perkara yang menggembirakan pula.

Kami telah menghampiri Tanjong Malim. Sekejap saja rasanya dalam perjalanan, kami telah hampir sampai ke destinasi. Danial memandu pada kelajuan yang dibenarkan saja. Ah! Bukan jauh sangat pun antara Nilai ke kampungku di Sungkai, dalam 2-3 jam dah sampai. Hah! Tak lama lagi aku akan berjumpa dengan Opah kesayanganku. Bagaimanalah rupa Opah agaknya. Tentu ubannya dah penuh memutih di kepala.

Teringat zaman kanak-kanakku dulu, Opah dan arwah Aki selalu meminta aku mencabut uban mereka yang mula tumbuh mencelahi rerambut hitam. Setiap sehelai uban dicabut, aku akan diberi upah sepuluh sen. Setiap kali aku mencabut uban, pasti akhirnya mereka akan tertidur di ribaanku. Sehingga naik lenguh kakiku. Tetapi selalunya aku tidak menunggu lama, apabila mereka telah tidur, perlahan-lahan aku menarik kaki dan menggantikan dengan bantal dan aku akan cabut untuk bermain bersama kawan-kawan. Bila mereka terjaga, cepat-cepat aku menagih upahku. Ah! Indahnya zaman kanak-kanak. Segala yang difikiran tidak membebankan seperti orang dewasa.

“Lea…” Tiba-tiba dia bersuara semula. Dia mencapai tanganku dan mengenggamnya erat. Sebelah tangannya pula mengemudikan stereng kereta dengan cermat.Dia mengerling sekilas kearahku.

I’m sorry sayang… for what I’ve done to youthat’s all my fault, everything happen in our marriage is my fault…abang tak tau macam mana nak tebus kesalahan tu…tapi segalanya bukan kerelaan hati abang. Abang juga menderita sayang… abang menderita tinggalkan Lea di sana, tapi abang tiada pilihan, abang tak mahu jadi anak derhaka pada mama…sayang pernah dengarkan cerita Alqamah, isteri dan ibunya? Cerita pada zaman Nabi S.A.W dulu? Dia merenungku sayu sebelum meneruskan ceritanya.

“Cerita Alqamah yang tidak dapat mengucap Syahadat di saat kematiannya hanya kerana ibunya berkecil hati kerana dia lebih mencintai isterinya dari ibunya. Dia melebihi isterinya dalam banyak hal… sehinggalah apabila ibunya memaafkannya barulah dia dapat mengucapkan Syahadat dan meninggal dalam keadaan aman. Alqamah seorang yang kuat beramal ibadat, selalu bersedekah, tetapi disebabkan kelalaiannya pada ketaatan terhadap ibunya, dia telah menerima azab sebegitu di saat kematiannya. Bagaimanalah agaknya abang ni yang belum tentu amal ibadat diterima ALLAH, jika abang mengabaikan mama, bagaimanalah azab yang akan dikenakan pada abang…” Panjang lebar dia menjawab segala persoalanku tadi dengan persoalan juga.

Terkedu aku mendengarnya.Bermakna, segala tindak tanduknya selama ini berlandaskan ketaatan dan rasa tanggungjawabnya untuk menjadi anak yang soleh. Ah! Bertapa murni niatnya. Dia amat menjaga dosanya terhadap ibunya… tetapi bagaimana dosanya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak kami? Bermakna, untuk menjaga ketaatan kepada ibunya, aku isterinya harus menjadi mangsa? Kebahagiaan aku dan anaknya harus dikorbankan? Bagaimana pula tanggungjawabnya terhadap kami? Tidakkah dia berdosa kerana melepaskan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah, sedangkan dalam Al Quran (Surah An-Nisa:34) ALLAH telah berfirman yang bermaksud: “Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, Oleh sebab ALLAH melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelaki telah memberi nafkah daripada harta mereka…”.

Maka,suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklah membimbing isterinya agar selamat daripada api neraka. Tetapi… adakah selama ini, selama tujuh tahun ini suamiku telah menjalankan tanggungjawabnya? Ah! Entahlah! Agaknya inilah yang dikatakan orang, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Inilah perumpamaan yang bertepatan dengan situasi yang kami hadapi.

“Jadi… sekarang ni mama abang dah boleh terima Lea lah? Tanyaku, untuk mencerakin segala persoalan yang bermain di fikiran.

No…” Dia menggelengkan kepala. Tumpuannya masih pada pemanduannya.

Aku terbius mendengar jawapannya. Jadi…apakah maknanya ini? Jika kami masih tidak mendapat restu mamanya, apa gunanya kami bersatu. Untuk apa? Segalanya takkan merubah apa-apa. Segalanya akan kekal seperti tujuh tahun lalu. Untuk apa dia bersungguh memujukku kembali kepadanya? Adakah untuk menyakitkan hatiku lagi? Setelah dia memberikan harapan untuk hidup bahagia, kemudian dia akan merengutnya kembali seperti tujuh tahun lalu? Tidak…tidak…tidak…aku tidak sanggup menghadapinya lagi. Tiba-tiba mutiara jernih menitis laju membasahi pipiku bak manik putus tali. Aku menangis teresak-esak. Sakitnya hati… lukanya bagai tertusuk duri yang tajam.

Danial kehairanan dengan reaksiku yang tiba-tiba saja beremosi.

Sayang… what’s wrong… kenapa Lea menangis beria ni… abang dah tersalah cakap ke? Dia terpinga-pinga dengan reaksiku.

Ya ALLAH… kenapalah dia tak sensitif dengan perasaanku. Kenapalah susah sangat untuk dia memahami perasaanku. Tidakkah dia faham apa yang sedang kami hadapi?

“Abang… kenapa abang buat Lea macam ni… apa dosa Lea? Kenapa tak habis-habis abang nak mendera Lea?” Aku semakin sayu, tak sanggup untuk meneruskan kata-kata.

“Apa yang abang buat…abang tak faham? Kenapa tiba-tiba mood Lea berubah”

“Takkan abang tak faham… takkan abang tak boleh fikir… jika mama abang masih tak restui kita, untuk apa kita bersama? Untuk apa bang? Untuk abang sakiti hati Lea lagi? Untuk abang bagi Lea harapan palsu lagi?” Suara esakanku semakin kuat. Hatiku benar-benar pilu. Adakah ini nasibku selamanya. Tidak akan berasa bahagia.

“Sayang…kenapa Lea fikir macam tu… abang tak berniat pun untuk sakiti hati Lea…itu adalah perkara terakhir yang akan abang lakukan jika terpaksa, abang tidak akan sanggup menyakiti wanita yang abang sayang…kenapa sayang cakap macam tu?”

“Habis… untuk apa bang? Our live will get back to square. There will be no ending…it will go to the same point…can’t you see that… we have no way out?”

“There’s always a way out… sayang… we have to be confident…we must have a spirit… please sayang, please stay with me… please be at my side, we face everything together… please” Dia merayu sambil memegang erat jari jemariku.

“Tapi… apa jalannya bang? Lea tak nampak jalan lain. Jika mama abang masih tak restui Lea, lebih baiklah Lea undur diri. Biarlah kami hidup sendiri. Itu saja jalan yang Lea nampak, abang takkan berdosa mendurhakai mama, dan abang akan terlepas dari bertanggungjawab terhadap kami… lagipun, abang dah ada kehidupan bahagia sekarang, kami dah tak penting dalam hidup abang… lepaskanlah Lea bang”

No…no…way…” Keras suaranya membantah permintaanku.

“Kenapa Lea suka sangat nak berpisah dengan abang? Dah ada yang tunggu ke di luar sana? Sebab tu Lea suka sangat nak berpisah dengan abang…jangan harap Lea, abang takkan lepaskan Lea. Abang dah berjanji pada diri abang sendiri, abang takkan sia-siakan hidup Lea. Sayang dah terlalu banyak berkorban untuk abang. Lea sanggup dibuang oleh Opah, demi abang. Lea dah terlalu banyak menderita, bersendirian mengandung…melahir dan membesarkan anak abang. Terlalu banyak pengorbanan sayang… tak mungkin abang akan lepas tangan, abang takkan sia-siakan begitu saja. Lagipun, abang terlalu sayangkan Lea, Lea cinta hati abang, bagaimana abang hendak hidup tanpa Lea… tidak sayang… tolong jangan sebut pasal berpisah dari abang… tolong…” Rayunya bersungguh-sungguh.

Aku masih teresak-esak. Pedihnya hati mengenangkan diri yang tidak diterima keluarga mertua. Rasanya… segala-galanya telah sempurna dalam hidupku. Aku ada rupa, ada pelajaran, lulusan luar negara lagi, aku ada kerjaya baik, malah boleh mengembangkan perniagaan di luar negara. Keluargaku keturunan baik-baik. Ibu bapaku berpendidikan luar negara, malah keluargaku juga punya perniagaan yang sama dengan keluarganya. Cuma… perniagaan mereka lebih besar. Mereka miliki Holdings sedangkan kami hanya Syarikat Sdn Bhd sahaja.

Segala-galanya sempurna. Apa lagi yang kurang? Tetapi…kenapa diriku tetap tidak diterima? Hinanya rasa diriku…bertapa rendahnya darjat dan mertabatku di pandangan mereka.Ya ALLAH… walau zaman telah berubah, pembangunan bertambah maju, teknologi berkembang melangkaui sempadan, namun isu keturunan, darjat dan mertabat masih menjadi titik utama dalam memilih menantu. Entah bilalah pemikiran kuno ini akan terhakis dari minda bangsaku?

“Sayang…dahlah…kita sambung kemudian saja,mata tu dah bengkak, nanti kalau Opah nampak, apa katanya…” Dia memujukku.

Mummy… what’s wrong, why are you crying?” Suara cemas anakku. Mungkin suara esakanku sebentar tadi telah mengejutkannya dari lena. Dia memeluk leherku erat. Pipi kananku dicium lembut. Selalunya beginilah caranya untuk memujukku. Seringkali dia melakukannya bila melihat aku bersedih. Cukup pandai dia memujukku.

Why are you crying mummy? What have you done to mummy, daddy? Did you made mummy crying? Please…don’t let mummy cry anymore. I don’t want mummy to cry anymore…I’ve seen enough, mummy always cry when she miss you daddy… don’t leave us anymore…mummy miss you a lot daddy…please don’t leave us…” Sayu suara anakku merayu ayahnya.

“No sayang…daddy won’t leave you and mummy anymore… we’ll always be together, daddy will always love you both…I’m sorry sayang”

“Mummy okay…sayang, I just upset…”. Aku memujuk anakku agar tidak risau akan keadaanku. Danish memang anak yang baik. Dia sering prihatin terhadap kebajikanku. Mungkin kerana dunia kami hanya berdua, dia amat rapat denganku. Dia pandai mengambil hatiku. Dia seolah-olah menjadi pelindungku menggantikan ayahnya.

“You upset of what mummy…?”

“Mummy upset of so many things sayang…you won’t understand. One day I’ll explain to you…” Pujuk Danial pula.

Danish hanya mendiamkan diri setelah dipujuk ayahnya. Tanpa ku sedari rupa-rupanya Danial telah menghentikan kereta di Hentian Sebelah Behrang. Terlalu tenggelam dalam emosi yang bercelaru hingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

“Lea pergilah basuh muka dulu. Hilangkan kesan tangisan tu. Kita dah nak sampai, nanti kalau Opah nampak mesti dia ingat apa-apa pulak. Nanti dia ingat Lea tak gembira nak jumpa dia…abang nak pergi beli air sekejap. You want drinks sayang? ” Tanyanya pada anaknya. Danish sekadar mengangukkan kepala. Moodnya masih terganggu dengan emosiku. Wajahnya masih kelihatan suram. Mungkin dia tidak puas hati dengan jawapan ayahnya sebentar tadi. Pasti dia ingin tahu punca yang menyebabkan ibunya bersedih.

Aku keluar dari tempat duduk hadapan dan membuka pintu belakang. Aku mendepangkan tangan meminta dia memelukku. Dengan pantas dia memelukku erat. Dia berasa selamat dalam pelukanku dan aku berasa lega kerana dapat memujuk dan menghilangkan rasa rusuh di hatinya. Ah! Danish…anakku terlalu menyayanggiku. Hatinya mudah sahaja rawan apabila melihat kesedihanku. Beginilah yang selalu kami lakukan untuk menenangkan antara satu sama lain. Danial telah pergi untuk membeli minuman dan jajan untuk kami.

Setelah agak lama dan merasakan hatinya dan hatiku kembali tenang, aku melepaskan pelukan. Aku menunggu Danial kembali ke kereta sebelum pergi ke tandas untuk merapikan diriku dan membasuh kesan tangisan di muka agar tidak kelihatan di mata Opah nanti. Betul juga kata Danial…jika Opah melihat mataku merah tentu dia menyangka aku tidak gembira berjumpa dengannya.

3 comments:

  1. complicated betul..huhu...
    kesian lea..

    ReplyDelete
  2. mmg complcated la hidup dorang...
    kesian lea..
    smpai bile die nk hidup dlm keadaan mertua xsuke..

    ReplyDelete
  3. lea da ckp segala2nye.. harta, rupe, pelajaran.. ape lg mak daniel x suke.. hebat dgt ke dorg 2? nymph ngn org suke mementgkan harte neh...

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template