Thursday, February 4, 2010

Cinta Terhenti - Bab 23

Aku masuk semula ke bilik, bercadang untuk menelefon Jannah @ Jenny sahabat baik merangkap rakan kongsiku di Melbourne. Aku mencapai PDA di hujung bantal. Baru sahaja aku memegangnya, terdengar alunan lagu ‘Matahariku’ dendangan Agnes Monica menandakan ada panggilan masuk untukku. Aku menekan butang hijau tanpa melihat nombor yang tertera di skrin.

“Assalamualaikum, Leana…” Suara garau itu lagi. Rayyan Zakwan.

“Waalaikumusalam, hi! Apa khabar…” Sapa ku ceria.

“You tengah buat apa Leana?”

“Hey… pagi-pagi dah call orang ni kenapa? I baru selesai solat subuh, you dah solat? Atau pun you ‘uzur’?” Usikku.

“Hish! Apalah you ni, mana ada lelaki ‘uzur’, perempuan adalah…” Ketawa dia menuturkannya.

“ Eee…you tak tau ke, ada ramai lelaki yang ‘uzur’ sekarang tau. I biasa nampak kat mana-mana, apatah lagi kalau hari jumaat, waktu orang tengah sembahyang jumaat, diorang ni berkeliaran kat shoping-shoping kompleks…”

“Oooo… you maksudkan ‘uzur’ yang tu ker, hish… Leana… you buat suspen jer…I ingatkan ‘uzur’ yang macam orang perempuan tu, pandai betul you kenakan I yer…”

Sorry… I tak maksud nak kenakan you, tapi you tu ‘lembab’ sangat… susah sangat nak faham maksud I…”

“Tapi…Lea, you sangka I macam tu ker? You jangan pandang I sebelah mata tau… walaupun malam tu you tengok penampilan I macam ‘kutu gerahak’, tapi pegangan agama I kuat tau, my mum amat pentingkan pada didikan agama sejak kami kecil lagi…”

“Ala sori lah… I tak maksudkan macam tu, I saja nak bergurau dengan you…eh what’s up you call I pagi-pagi ni? Ada hal penting ker?”

“Leana… entahlah, susah I nak cakap. I selalu teringatkan you. Malam tadi susah sangat I nak tidur, asyik bayangan you dalam fikiran …”.

Ya ALLAH, satu lagi masalah! Susahnya hidup aku sekarang, terlalu banyak masalah yang membelengu. Sukarnya menjadi perempuan yang bersifat lemah lembut, mudah benar membuatkan lelaki terpaut.

“Rayyan… kenapa dengan you ni? Bukan ker semalam I dah jelaskan segala-galanya. We are not meant together…we are in a different world, don’t you understand”. Aduh! penatnya otakku!

“I know Leana… but I cannot help myself, I just keep thinking of you? Why we cannot be together? You’re not someone’s wife, you’re free… is just because of your son? I’ve told you, I’ll take care of him… I akan anggap dia sebagai anak kandung I sendiri, walaupun jika ditakdirkan kita ada anak sendiri suatu hari nanti”. Ya ALLAH jauhnya angan-angan dia…

Rayyan… please!... Please!... Rayyan, don’t do this to me. I cannot take it anymore,please… it is not that I don’t like you, but we just cannot make it… please stop thinking that way… we can just be friends forever”

It’s okay Leana, maybe you need time… I promise, I won’t talk about this anymore. Okay we’re friends right?... by the way, you going to your home town today? I wish I can go with you, but I cannot… I’m on standby today. Maybe tonight I’ll fly off to London.”

“Its okay, Rayyan…my uncle will take me, don’t worry okay. And take care of yourself, bye…”

Sebaik aku menekan butang merah di PDAku, terjengol wajahnya di muka pintu dengan riak sedikit kelat. Dia terdengar ke perbualan ku sebentar tadi? Ah! lantaklah… biar dia rasa, ingat aku ni tak laku ke? Ramai yang masih tergoda dengan ku…

“Siapa telefon? Soalnya dengan wajah serius.

“Kawan…”

“Hai… baru semalaman balik ke Malaysia dah ada kawan telefon waktu subuh macam ni? Hebat jugak isteri abang ni…”

“Hey…you baru sedar kehebatan I? You tak tau sekali I petik jari, bersusun orang nak berdating dengan I, bukan you jer yang ada kehebatan macam tu, I pun ada tau…’ Usikku. Aku sengaja ingin melihat reaksinya.

“Yalah… hebat-hebat pun, Lea kena ingat, awak tu isteri orang, elok sangat ker jadi perempuan macam tu? Suaranya semakin keras.

“Hey… yang you nak marah ni kenapa? Cemburu? You tu sampai ada bini lain, tak apa pulak, I baru berkawan you dah marah? You lupa ke En. Danial Haqim, you tinggalkan I tujuh tahun, takkan I tak boleh ada kehidupan lain… kalau you dah bahagia, I tak boleh hidup bahagia ke?” Aku sengaja menambah bahang cemburunya.

“Memang patut abang marah… selagi Lea isteri abang, selagi itu kehidupan Lea hanya untuk abang. Kebahagiaan Lea adalah bersama abang, jangan pandai-pandai nak menggatal kat luar tu, and one more thing, tolong hormati abang, cuba gunakan panggilan yang sesuai sebagai rasa hormat Lea pada suami, jangan panggil ‘hey’, ‘I’, ‘you’ aje. Tadi boleh pun Lea bahasakan diri Lea, ‘Lea’ dan panggil abang, ‘abang’, kenapa sekarang lidah tu dah tergeliat balik, susah sangat ke nak hormati abang sebagai suami, and you better keep this in your mind…. you’re mine forever, tiada sesiapa yang dapat pisahkan Lea dari abang, hanya maut saja yang akan memisahkan kita, so…Lea jangan mimpi nak ada apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki kat luar sana…” Merah padam mukanya menahan marah.

Dia terus berlalu setelah menuturkan kata-kata itu. Mungkin dia cuba menahan perasaan marahnya. Hahaha… padan muka! Dapat juga aku mengenakan dirinya. Tapi ‘kecut perut’ aku mendengarkan amarahnya. Sepanjang perkhawinan kami, tak pernah aku lihat dia semarah itu. Dia selalunya sentiasa berlembut terhadapku. Cemburu betul dia. Nampaknya terpaksalah aku mengubah layanan dan sebutan bahasaku terhadapnya. Dia dah warning tu, takkan aku nak buat keras kepala lagi. Danial! Danial! Walaupun kami terpisah lama, tetapi dia tetap dengan sikapnya yang sentiasa ingin menjadi penakluk. Dia sentiasa ingin aku ikut setiap kehendaknya, setiap arahannya. Dia ingin aku sentiasa di dalam cengkamannya.

Aku sebenarnya sengaja ingin menaikkan rasa marah dan cemburunya. Biar dia sakit hati. Biar dia rasa. Selama ini aku yang merasa semua kesakitan tu, kali ni biar dia rasa bagaimana sakitnya hati bila orang yang dicintai digilai oleh lelaki lain. Namun… walau pun begitu, aku sedar kedudukan diriku. Aku tahu, aku isterinya. Mustahil aku akan curang , bukannya aku jahil dalam hukum hakam ALLAH. Aku tidak mungkin akan berubah hati, cintaku tak mungkin akan beralih arah. Segala kasih sayang dan cintaku hanya untuknya, dialah lelaki yang telah mengenalkan dan mengajarku erti cinta Dia adalah cinta pertamaku dan satu-satunya lelaki yang ingin aku cintai. Tidak mungkin ada cinta kedua buatku, mana mungkin aku menduakan cintanya.

Namun, dia tidak perlu tahu. Biarlah ianya menjadi rahsia hatiku. Jika dia tahu, tentu dia akan mengambil mudah akan segala hal. Biarkan dia berusaha merebut hatiku semula. Biarkan dia tahu ada pesaing yang sedang bersaing dengannya.

*****

Mummy…” Suara ceria putera tunggalku tiba-tiba memenuhi ruang bilik itu. Dia berlari ke arahku lalu memaut leherku erat. Dia memberikan kucupan di kedua-dua pipi dan dahiku. Kiranya Danial pergi mengejutkan anaknya setelah dia meninggalkanku sebentar tadi.

Hai! sayang…are you sleep well?”. Aku memeluk tubuh kecil ke dalam rangkulanku. Dia masih ingin mencium kedua pipi dan dahiku.

“Kenapa ni…eei… busyuk la… sayang mummy tak mandi lagi, tak gosok gigi… dah cium mummy. Sayang rindu sangat kat mummy…atau sayang nak bodek mummy ni? nak mintak mummy belikan something? Dugaku yang kehairanan dengan sikapnya yang tak henti-henti mencium pipiku. Bagaikan terlalu rindu lagaknya.

No… the first kisses is from me, and this is from daddy…” katanya tersenyum-senyum sambil memandang ayahnya yang sedang duduk di sofa memerhatikan gelagat anaknya.

Daddy yang suruh ke? Tanyaku pula.

“Aah… daddy yang suruh Danish cium mummy. Daddy kata… Danish mesti selalu sayangkan mummy, kena selalu kiss mummy, supaya mummy sentiasa happy…” Jawabnya pula. Ah! Pandai betul Danial menggunakan anaknya untuk melembutkan hatiku.

“Kenapa Danish yang kena sayang mummy, kena bagi mummy happy…, daddy dah tak sayang mummy ke? Sengaja aku hendak memprovoknya.

Aku mengerling ke arahnya yang sedang duduk di sofa sambil menonton TV. Riak wajahnya kelihatan selamba. Tiba-tiba Danish melepaskan rangkulanku dan berlari ke arah ayahnya.

Come daddyyou have to kiss mummy, you have to love mummy too…” Dia mengheret tangan ayahnya menghala ke arahku yang ketika itu sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg pakaian kerana sebentar lagi kami akan bertolak ke kampung.

Danial hanya berdiri tercegat di hadapanku. Mungkin dia serba salah untuk menciumku di hadapan anaknya. Atau mungkin masih ada perasaan marahnya terhadapku. Atau mungkin juga dia takut dengan reaksiku nanti.

Daddy….” Sergah anaknya dengan mata terjegil apabila melihat ayahnya masih tercegat tidak melakukan seperti arahannya sebentar tadi.

Okay…okay daddy kiss mummy, tapi Danish kena tutup mata tau…” Guraunya.

Dia tunduk lalu memberikan kucupan di kedua pipi dan dahiku dengan begitu lembut dan penuh kasih sayang. Teringat kucupan pertamanya sewaktu upacara membatalkan air sembahyang semasa pernikahan kami dulu. Hatiku tersentuh. Betapa bahagianya disayangi dan dikasihi oleh seorang suami.

I love you sweetheart….” Dia membisikkan patah-patah keramat itu ke telingaku dengan begitu lembut dan romantis sekali. Berderau darahku. Merah padam mukaku menahan malu. Aku berasa teramat bahagia sekali. Serasakan diriku terbang melayang ke dunia yang penuh keindahan, penuh dengan bintang-bintang berkerlipan yang berwarna warni. Dunia yang penuh kasih sayang. Dunia yang penuh dengan bunga-bunga cinta.Tanpa sedar aku telah memberikan reaksi positif. Aku membalas ciumannya dengan memberikan ciuman hangat di kedua-dua pipinya. Dia lantas menarikku ke dalam dakapannya. Lama kami berkeadaan begitu, menghayati setiap detik-detik bahagia.

I love you too, bang…”. Aku ingin benar mengucapkan kata-kata keramat itu. Namun segalanya hanya terbenam di kerongkongku saja. Berat benar rasanya untuk meluahkannya. Biarlah rahsia hatiku tersemat kemas disudut hatiku yang dalam. Dia tidak perlu tahu apa yang kurasa.

I’m sorry… Lea buat abang marah tadi…” Bisikku di telinganya. Kami masih berpelukan.

It’s okay sayang… abang tak marah, cuma ‘emo’ sikit tadi…mungkin cemburu kot…”

“Ehem…ehem… lamanya, Danish pun nak peluk mummy and daddy…” Anakku mencelah ingin berada di dalam pelukan kami berdua. Ah! Bahagianya, serasakan dunia ini hanya untuk kami bertiga. Inilah kebahagiaan yang diidamkan sekian lama oleh anakku. Dia berada disisi kedua-dua insan tersayang, ibu dan ayahnya. Jadi, tegakah aku untuk merampas kebahagiaan yang dirasainya kini?

Tetapi rasa bahagia yang dinikmati tidak mungkin akan kekal lama. Apabila teringatkan masalah dan rintangan yang bakal kami tempuhi, hatiku menjadi sayu dan pedih sekali. Aku memikirkan diri yang tidak diterima oleh keluarga mertua, dan bila terkenangkan suamiku yang punya tanggungjawab pada keluarga lain, hatiku semakin perit. Terasa sakit di dada bagaikan dihiris sembilu. Mampukah aku hidup berkongsi kasih dan cinta suamiku dengan wanita lain. Segala-galanya harus di bahagi dua. Kasih sayang… cinta… masa… tanggungjawab dan harta benda. Sanggupkah aku hidup dalam keadaan demikian?

Tidak! Tidak! … aku tidak sanggup. Aku tidak sanggup hidup bermadu. Jika aku mahu menerima suamiku, segala kasih sayang dan cintanya hanyalah untukku seorang. Aku tidak tega berkongsi kasih dengan wanita lain. Aku tidak mahu anakku berkongsi kasih sayang ayahnya bersama orang lain. Tidak… tidak… aku tidak sanggup. Tetapi… apakah pilihan yang aku ada? Tiada… Aku tiada pilihan. Jika aku ingin hidup bersamanya, aku harus terima keadaan yang serba merumitkan ini. Aku harus menerima kenyataan suamiku punya kehidupan bersama keluarga lain. Aku harus menerima kenyataan diriku yang tidak diterima sebagai menantu kepada keluarga ternama. Aku harus akur untuk hidup dalam persembunyiaan.

3 comments:

  1. hahaah..hope pasn idiorg bole idup dgn hepy

    +_*

    ReplyDelete
  2. bestla..
    cite ni mkin best..
    thumbs up..
    hope dorg hepi...
    hope danial xde isteri lain selain lea..

    ReplyDelete
  3. hohohho....
    best la part ni...
    wlaupun daniel melukakan lea nmun cnta lea x prnh pdam...
    hmmmm....
    best2x..

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template