Wednesday, January 27, 2010

Cinta Terhenti - Bab 11

Kuala Lumpur, Januari 2009

“Eleana…Eleana…

Sayup-sayup terdengar suara memanggil namaku. Bayangan wajah rakan-rakan dan Danial Haqim kian kabur dan terus menghilang, berganti dengan wajah tampan si ‘Ashraf Sinclair’. Dia memandangku dengan dahi berkerut, entah apa yang difikirkannya.

“Eleana, kemana you dah ‘pergi’ ni? You lost in space? I terlelap sekejap saja tadi, you dah hilang dalam khayalan? Apalah agaknya yang you fikirkan ni? I want to share with you, you taknak, kedekut sangat dengan ‘harta karun’ dia tu, tapi… kalau you tak luahkan, hati you takkan tenteram Leana. Please, ceritalah… I teringin sangat nak tau, you look so mysterious, so secretive”.

Hai… tak jemu-jemu dia memujukku untuk bercerita masalahku. Prihatin betul. Alangkah bertuahnya jika dia adalah temanku.Teman yang sudi untuk berkongsi segala suka dan duka. Teman yang akan menjadi penawar sepiku dan sebagai pengisi kekosonganku. Teman yang akan sentiasa mendampingiku di saat susah dan senang. Teman yang dapat mengasihi dan menyayangiku dengan sepenuh hati. Tapi… Ah! segala-galanya hanya ‘kalau’, hanya ‘jika’. Segalanya hanyalah andaian yang tidak akan menjadi realiti. Segalanya hanya impian yang tidak akan tercapai. Hidupku bagaikan satu ‘sumpahan’. Aku tidak akan menikmati dan mengecapi kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupku lagi. Semuanya telah di bawa pergi…

*****

Jam di tanganku menunjukkan ke pukul 5.45 pagi sewaktu pesawat MH0128 mendarat dengan selamatnya. Para penumpang beransur-ansur bangun dan beredar meninggalkan tempat duduk masing-masing. Ada yang membuat senaman ringan bagi meregangkan otot-otot yang kejang kesan duduk terlalu lama. Aku duduk sebentar sementara menunggu penumpang lain keluar dari pintu pesawat yang hanya boleh dibolosi seorang demi seorang. Sementara itu aku mengemaskan novel yang kubaca tadi dan memasukkan ke dalam beg sandangku. Kemudian aku membetulkan jaket denim Danish yang terlondeh sewaktu tidurnya tadi. Aku melekatkan butang bajunya sehingga ke pangkal leher bagi mengelak dari kesejukan apabila ditiup angin pagi di luar sana. Rayyan Zakwan tidak lepas matanya dari memerhatikan setiap gerak geriku.

“You seorang ibu yang penyayang Eleana. Bertuah Danish dapat mummy seperti you. I impikan seorang isteri sebaik you untuk menjaga anak-anak I.” Tegur Rayyan sambil matanya masih memandangku.

“Setiap ibu di dunia ini adalah ibu yang penyayang,Rayyan. Tak pernah pulak I dengar ibu yang tak sayangkan anaknya melainkan kalau orang tu ada gangguan mental. Setiap ibu yang waras pasti akan sayangkan anaknya.” Aku memberikan pendapat.

“Ehh… ada ibu yang tak sayangkan anaknya, you tak pernah dengar ker kes-kes buang bayi ke dalam tong-tong sampah, dalam tandas, dalam semak.Ada tu, bila dijumpai dah dihurung semut sebab terlalu lama dibiarkan di situ. Mungkin di Melbourne you tak pernah dengar cerita-cerita macam ni. Tapi di sini, selalu sangat masyarakat kita didedahkan dengan berita sebegini di dada-dada akhbar atau di televisyen. I pun tak tau apa dah jadi dengan moral dan akhlak anak-anak remaja sekarang ni…, ada jugak kes-kes yang I dengar melibatkan pelajar-pelajar universiti kita, apalah nak jadi dengan diorang ni, ibu bapa hantar ke Universiti, suruh belajar… menuntut ilmu untuk masa depan, tapi sebaliknya… mereka musnahkan masa depan dengan buat perangai tak senonoh macam ni… ”. Kesal dia mengenangkan masalah jenayah dan sosial yang semakin menular.

“I ada dengar dan baca berita-berita tu semua, tinggal di negara orang, tak bermakna I tak ambil pusing masalah di negara sendiri. Sekarang ni banyak kemudahan untuk mendapatkan berita walau sejauh mana kita tinggal. Semua perkara boleh diketahui di hujung jari sahaja, dengan sekali click saja….” Ujarku lembut. Danish hanya mendengar dan memerhati perbualanku dengan Rayyan. Entah kenapa dia kelihatan dingin terhadap Rayyan. Entahkan dia marah kerana ada lelaki lain yang cuba mendekati ibunya atau dia masih dalam mood mengantuknya.

“Opps… lupa pulak yang I ni sedang bercakap dengan siapa. Seorang engineer yang punya consultant firm sendiri, mestilah seorang yang celik IT.” Dia menyindirku. Aku terperangkap dengan soalan-soalannya semasa perbualan kami malam tadi sehingga tanpa sengaja telah memberitahu kerjayaku. Kebiasaannya aku jarang ingin membicarakan hal berkaitan peribadiku kepada orang asing yang baru kutemui. Tetapi, dengan kepintaran Rayyan memanipulasi soalan-soalannya membuatkan aku terjerat.

“You jangan terlalu memuji, nanti I perasan pulak, lagi pun consultant firm tu I kongsi dengan dua orang kawan I, so… tak payahlah dibanggakan sangat.”

“Tak kisahlah… yang penting you ada share dalam company tu. Bukan senang orang luar macam kita ni, nak berniaga di negara orang. Tapi… you seorang wanita yang lemah lembut, berjaya memajukan perniagaan di sana. I really respect you!” Tangannya diangkat ke kepala seolah-olah memberi tabik kepadaku.

“Ehh… dahlah, janganlah banyak sangat puji, nanti I lupa diri pulak… err… kita ni tak nak turun ker? Dah tak ada orang dah, leka sangat berbual sampai tak sedar semua penumpang dah turun. Jom…” ajakku

Kami beriringan menuju ke pintu pesawat. Aku memimpin tangan puteraku. Dua orang pramugari berdiri di tepi pintu dengan senyuman manis. Rayyan menegur kedua mereka. Tentulah dia mengenali mereka. Mungkin mereka pernah bertugas bersama di dalam satu penerbangan. Aku mengusik Rayyan agar memikat salah seorang daripada mereka. Tapi dia menolak.

“Kalau nak yang macam tu, dah lama I kahwin. Semua stewardess kat sini cantik-cantik belaka, tapi…bagi I, untuk berkawan bolehlah, tapi untuk jadi isteri, I perlukan seorang isteri yang baik, cantik, bijak dan penuh dengan sifat-sifat keibuan seperti you, Leana” Ujarnya sambil merenungku dengan renungan mengharap.

“Eh…eh apa kaitan dengan I pulak? You nak cari calon isteri, carilah… ada ramai lagi perempuan yang sesuai untuk you jadikan isteri, you jangan libatkan I, okey…” Marah aku mendengarkan kata-katanya yang melibatkan diriku dalam soal calon isterinya.

“Itulah… kenapa you kahwin cepat sangat, kenapa tak tunggu I… actually I tak percaya tau, Danish tu anak you, I think you saja menyamar yang you dah kahwinkan, sebab you taknak I pikat you ?”. Ewah…ewah… sedapnya dia membuat andaian.

“Rayyan… you merepek apa ni, takkanlah I nak tipu, buang karan jer I nak menyamar-yamar. Betullah Danish ni anak I, anak yang I lahirkan dari rahim I sendiri, kenapa you tak percaya, sebab you ingat I muda lagi ya?”

“Yalah… sapa yang percaya, you nampak macam sweet seventeen lagi…mestilah I tak percaya, you kahwin muda ker Leana?” Ah! sudah…sedikit demi sedikit dia mencungkil tentang diriku. Dia memang seorang yang cekap mengambil peluang…

“Rayyan… you ni, selagi I tak cakap, you takkan puas hatikan? Pandai saja you pusing sana, pusing sini untuk korek rahsia hati I…”

“Tak adalah, I just curious… you look so young, and yet having a six years old son, but I don’t see your husband, so… it looks mysterious to me… sebab tu hati I tertanya-tanya…lagi pun, melihat pada kegelisahan you tadi, I dapat rasakan there’s something interesting in your story…”

Aku terdiam mendengarkan kata-katanya, ternyata masalah yang kutanggung begitu ketara sehingga terbias di riak mukaku. Hanya orang yang mengerti akan memahami. Apakah wajar kukongsi masalah ini bersamanya? Dia seperti seorang yang amat mengerti…tapi… ah! Perlukah dia tahu?

“Leana…

“Opps sori… I mengelamun tadi…Ah! Entahlah Rayyan, susah I nak cakapkan tentang hidup I… too complicated… kalau you dengar mesti you boring…lagi pun, I tak suka kongsi masalah dengan orang, I malu…”

“Leana… try me… please, I pasti takkan bosan, I nak tau sangat tentang you, please…”

“Yes… I kahwin ketika umur I terlalu muda, I’m only twenty… and that’s my fisrt year at Monash, dah jodoh I, tapi…” Aku tidak dapat meneruskannya, bagaikan ada yang menyekat di ruang kerongkongku. Sendu rasa di hati mengenang nasib diri.

I’m sorry, Rayyan… I think I cannot make it… I really not comfortable…”

“It’s okay Leana, I understand… tentu ianya sesuatu yang amat menyiksakan tapi… I tak tau kenapa, the moment I saw you, hati I terasa dekat sangat dengan you, I tak tau kenapa, bila I tengok you, I nak berkongsi segala suka duka you, I…”

“Rayyan… apa you cakap ni, you jangan bergurau boleh tak?” Aku terpinga-pinga dengan kata-katanya sebentar tadi.

“I tak bergurau Leana, the moment I saw you, that’s something in my heart beeping. It’s goes harder and harder when I look at your eyes, when you smile at me,when you look at me, when you talk to me, everything in you make me fall in love…I want to share everything with you, your sadness, your happiness, I nak bahagiakan you”. Dia meluahkan rasa hatinya dengan penuh emosi.

Masya ALLAH… Aduh! parah…parah… apa yang sedang berlaku ni?

“Rayyan, kenapa you cakap macam tu… you shouldn’t say that… you know who am I, don’t you. I’ve already had a son. I’m not suiting you. You deserve better. Dengan rupa you, kerjaya you dan segala yang ada pada you, I percaya ramai yang rela menyerahkan hati mereka untuk you…” Pujukku.

Yes, you right… but like what I just said, they are not you… I just want you…”. Dengan sesungguh hati dia meluahkan gelora jiwanya. Matanya merenungku dengan pandangan yang benar-benar mengharap. Ya ALLAH, apa telah terjadi? Kenapa dengan semudah itu KAU bukakan pintu hatinya untukku? Aku tidak berdaya untuk menerima cintanya.

“Rayyan…you jangan terperangkap dalam kata-kata cinta, that is definitely not loveyou just like me. I think…, we better stop this nonsense, kalau you merepek lagi, I tak nak berkawan dengan you. I really like you as my friend. I enjoy talking to you. You have sense of humor, you intelligence…but there is always a limit, we can just be a friend.”

“Tapi Leana, I’m serious

No…no…no, stop it… I tak nak dengar lagi. Aku segera mencantas apa yang ingin dinyatakannya.

“ Kita dah sampai pun, I nak ambil bagasi, and we just say good bye here. I’ve got to find my uncle.” Oleh kerana terlalu leka berbual, kami tidak menyedari service train yang membawa kami ke balai ketibaan telah berhenti di destinasinya.

Okay Leana, I’ll have to admit for what you are saying, but… I know how I feel, yeah…maybe we can start being friends, but once in a while, can I call you. We are friends right? Friends sometime call and see each other. So can I call and see you before you fly off to Melbourne in two weeks time?”

“Definitely…, you just give me a call then we fix the time.” Aku memberikan keyakinan bahawa kami akan berjumpa bila tiba masanya nanti.

Kami mengucapkan selamat tinggal dan berjanji akan bertemu lagi sebelum aku kembali ke Australia nanti. Aku menyedari akan tarikannya terhadapku dan tarikanku terhadapnya. Tetapi adalah mustahil perkara itu berlaku. Aku bukan sahaja seorang ibu beranak satu, tetapi aku juga seorang isteri. Isteri yang hanya pada nama yang tertera di sehelai Sijil Nikah. Namun…hakikatnya, akulah seorang wanita malang yang ditinggalkan sendirian terkontang kanting meneruskan hidup yang penuh dengan cubaan dan dugaan.

2 comments:

  1. bestnye citer ni......

    pst2 smbg.. jht giler si daniel ni.. pentingkan harta dari isteri.. bengong punye suami!

    ReplyDelete
  2. mesti ada sebab daniel tu buat gitu, lagipun, leana pun bersalah jgk.... jgn tertipu dgn emosi anda ya

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template