Sunday, February 7, 2010

Cinta Terhenti - Bab 24

Hari ini 3 Januari 2009 genap usiaku 28 tahun. Aku bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana telah diberi kesempatan berada di bumi ALLAH yang maha luas dan indah ini. Aku bersyukur dengan segala kenikmatan, kebahagiaan dan kesihatan yang telah dikurniakan buatku. Sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang menumpang dibumi yang fana ini.

Menurut kajian oleh Pakar Motivasi Dr. Fadzilah Kamsah, seseorang yang lahir dalam bulan Januari adalah seseorang yang bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, rajin,suka smart, kemas dan teratur, tenang dan sensitif, berfikiran mendalam,pandai mengambil hati, pemalu,berdisiplin, bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya,cukup sayang pada kanak-kanak dan suka duduk dirumah. Kebanyakan sifat-sifat itu ada pada diriku. Ini bermakna, kajian yang dilakukan hampir tepat. Mungkin segalanya secara kebetulan, atau mungkin juga hasil kajian tersebut boleh diterima dan dipercayai. Entahlah…

Memang diakui, aku seorang yang bercita-cita tinggi. Sedari kecil, aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera wanita yang berjaya. Aku ingin dipandang sama taraf dengan jurutera lelaki. Bagiku apa orang lelaki boleh buat, kami kaum wanita juga mampu untuk melakukannya. Dan aku juga seorang yang degil dan keras hati. Mungkin benar kata-kata Pak Su, kerana sifat degil dan keras hatiku membuatkan aku terlontar seorang diri di perantauan.

“Sayang… apa lagi yang dimenungkan tu?” Tiba-tiba aku merasakan pinggangku dipeluk erat. Entah bila dia datang menghampiriku, tidak ku sedari. Dia semakin berani menunjukkan sifat romantisnya terhadapku. Mungkin ekoran dari reaksiku pagi tadi. Aku cuba untuk tidak menolak. Aku tidak boleh terlalu berkeras. Dia suamiku. Dia berhak terhadapku. Tetapi… aku juga tidak dapat menerimanya seratus peratus. Di sudut hatiku yang dalam, aku masih ragu-ragu. Aku takut jika mentari jingga di ufuk timur tidak menyerlahkan cahayanya hingga ke petang, sebaliknya mendung kelabu akan menampakkan wajahnya. Aku takut kebahagian yang dirasai hanya seketika cuma. Bila tiba saatnya, segalanya akan kembali kepada asal. Aku akan tetap ditinggalkan. Dan ketika itu, pasti kelukaannya akan bertambah parah.

“Sayang… happy birthday, I have something for you, love…”. Dia menghulurkan sebuah kotak empat segi sederhana besar yang berbalut cantik dan dihiasi reben berwarna ungu bersama sekeping kad ucapan. Alahai! Ingatkan acara berbagi hadiah sudah selesai semasa kami meraikannya di Hotel Alson Klana semalam, tetapi rupanya masih ada lagi hadiah yang disimpan untuk disampaikan pada hari ini. Patutlah semalam dia hanya menghadiahkanku sejambak mawar merah.

“Dah lama abang beli hadiah ni. Memang cadang nak bagi sebagai hadiah hari jadi sayang. Syukurlah, kita dapat raikannya bersama tahun ni, kalau tak… terpaksalah mintak tolong Bad dan Jannah sampaikan …, samada sayang nak terima atau tak, abang pun tak tau… tapi syukurlah, berkat doa abang, kita dapat bersama semula.”

Thank you bang… for still loving me…” Sayu aku menuturkannya.

You know sayang…, you know… I will always love you …I will love you forever, sayang… only you in my heart…”

“Tapi bang… hidup kita ni terlalu banyak dugaan dan rintangan yang menanti. Lea takut, kita akan gagal lagi… kali ni jika kita gagal, Lea takut, Lea takkan dapat bangun semula… Lea takut sangat bang…”

It’s okay sayang… kita akan hadapi segalanya bersama. Abang takkan tinggalkan Lea dan anak kita lagi. I will always be at your side… don’t worry okay…”

“Dahlah… jangan sedih-sedih lagi… jangan fikirkan perkara yang merunsingkan. Sekarang ni abang nak sayang bukak hadiah ni dan baca kad ucapan tu, okay. Abang harap sayang suka”

Dengan wajah suram, aku membuka hadiah pemberiannya. Danial duduk disisiku memerhatikan aku membuka balutan hadiah yang cantik itu. Wajahnya kelihatan ceria dan girang sekali. Baginya, segala perkara boleh diselesaikan. Dia begitu optimis sekali. Tidak menunjukkan sebarang riak-riak risau. Hanya aku yang memikirkan dugaan dan cabaran yang bakal kami hadapi. Argh! Lelaki…. Biasanya pemikiran mereka terlalu mudah dan simple sekali. Segala perkara ‘enteng’ bagi mereka. Sedangkan kaum wanita akan lebih berfikiran panjang, macam-macam perkara yang difikirkan. Mungkin sebab itulah agaknya wanita lebih cepat tua berbanding lelaki.

Aku terkejut sebaik membuka kotak hadiah pemberiannya. Tidak ku sangka sama sekali dia akan menghadiahkan sesuatu yang amat berharga. Mataku terkelip-kelip memerhatikan gemerlapan kilauan batu permata zamrud berbentuk pearshape yang diikat bersama berlian putih yang tersusun indah membentuk seutas kalung yang cukup cantik dan mewah. Melihat kepada kotaknya sahaja sudah dapat ku teka betapa mahal harganya. ‘Graff London The Most Fabulous Jewels In The World’ perkataan yang tertera di kotak, menunjukkan di mana barang itu di beli. Ya ALLAH… dia begitu bersungguh-sungguh memujukku sehingga sanggup membelikan hadiah sebegitu mahal.

“Ya ALLAH… kenapa abang beli hadiah semahal ni untuk Lea… mahal sangatlah, takut Lea nak terima…” Kegugupanku melihatkan pemberiannya masih bersisa.

It’s okay sayang… hadiah ni sebagai lambang cinta abang untuk Lea. Cinta yang terlalu berharga yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Cinta yang sentiasa bersinar bergemerlapan yang akan menyinari kehidupan kita. Bukan maksud abang, cinta abang sama nilai dengan hadiah ni, tapi… apa yang abang nak katakan, cinta abang terhadap Lea terlalu berharga sebagaimana hadiah ni terlalu berharga buat kita. Abang harap sayang sudi terima dan jaga dengan baik…” Dia memakaikan kalung tersebut ke leherku dan memberikan satu kucupan di dahiku.

“Tapi… mahal sangat, Lea tak pernah pakai barang perhiasan yang sebegini mewah, lagi pun nak pakai pergi ke mana… eee… takutlah nak pakai, abang ambik balik lah… Lea tak layak pakai barang semahal ni, abang bagi kat isteri abang tu…” Aku tidak dapat menyebut patah-patah perkataan seterusnya. Pilu hatiku.

You are my wife sayang… and you deserve it… so please keep it…abang dah lama berniat nak bagi Lea hadiah ni, sejak kita kahwin abang tak pernah bagi barang kemas untuk Lea, cuma hantaran kahwin kita dulu… please sayang… tolong jangan tolak pemberian ni” Bersungguh-sungguh dia memujukku untuk menerima hadiah yang amat berharga darinya. Dengan berat hati, terpaksalah aku menerimanya, takut dia berkecil hati pula jika aku terus-terusan menolak.

Aku membelek pula kad ucapan pemberiannya. Gambar hati berwarna merah sebagai lambang cintanya yang membara. Aku tersenyum sambil membuka kad tersebut. Dari kerlingan mata, kulihat dia juga tersenyum gembira melihat reaksiku. Senyumannya sentiasa memikat hatiku. Auranya memancar menyerlahkan ketampanannya. Aku membaca ayat-ayat yang dilakar dengan tulisan tangannya yang kemas dan teratur sekali.

Eleana kekasih hatiku,

Abang bukanlah seorang penulis yang dapat menulis ayat-ayat cinta yang indah dan puitis, tetapi apa yang abang tuliskan adalah luahan dari hati abang yang teramat menyintaimu… sayang. Percayalah sayang…, hanya Lea wanita yang bertapak dihati ini. Lea adalah kekasih awal dan akhir. Tiada yang dapat memiliki hati ini selain dirimu sayang... Hanya Lea bertahta di hati ini sehingga ke akhir hayat. SELAMAT HARI LAHIR SAYANG… semuga kita dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan hati yang tenang dan semuga rumahtangga kita mendapat keberkatanNYA.

P.S : Alangkah bahagianya jika Lea dapat berikan seorang puteri untuk abang. Tentu hidup kita akan lebih bermakna. Bila agaknya ya ??? Hayatilah lirik lagu Celine Dion ini sebagai luahan hati abang…

I want to be the face you see when you close your eyes
I want to be the touch you need every single night
I want to be your fantasy
And be your reality
And everything between

I want you to need me
Like the air you breathe
I want you to feel me
In everything
I want you to see me
In your every dream
The way that I taste you, feel you, breathe you, need you
I want you to need me
Like I need you

I want to be the eyes that look deep into your soul
I want to be the world to you
I just want it all
I want to be your deepest kiss
The answer to your every wish
And all you ever need
More than you could know
And I need you
To never never let me go
And I need, to be deep inside your heart
I just want to be everywhere you are


Aku terkedu setelah membaca kad ucapannya yang penuh makna tersirat. Mungkin luahan hati yang seikhlasnya dari hatinya yang paling dalam. Tetapi… aku keliru dengan maksud kata-katanya. Jika aku adalah satu-satunya wanita dalam hatinya, dimana pula dia menempatkan hati isteri mudanya. Tak mungkin tiada langsung perasaan sayang pada isterinya walaupun perkhawinan mereka atas kehendak mamanya. Tentu wanita itu akan berkecil hati. Kesian dia… dapat memiliki tubuh suaminya tetapi tidak dapat mengapai hati dan cintanya. Tapi… ah! entahlah… bolehkah aku percaya dengan kata-kata Danial. Sedangkan dia telah berkali-kali membohongiku. Argh! Entahlah… biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Dia tersenyum-senyum memandang kearahku setelah aku selesai membaca kad ucapan darinya. Mungkin dia ingin tahu reaksiku terhadap luahan hatinya.

“Hemm… macam mana? Abang nak tau jawapan pada perenggan yang last tu?” Dia masih tersenyum-senyum.

“Jawapan apa pulak…” Aku pura-pura tak faham.

Tiba-tiba dia menggeletek pinggangku sambil ketawa besar, sengaja ingin bergurau denganku. Aku kegelian dan cuba lari darinya. Dia mengejarku. Aku terus melarikan diri ke dalam bilik air dan mengunci pintu dari dalam. Dia mengetuk pintu dan merayu agar aku membukakan pintu.

Sayang… please… bukaklah pintu ni, abang bergurau ajelah. Abang rindu sangat nak bergurau macam ni dengan sayang. Sayang ingat tak, dulu… kita selalu bergurau macam ni. Bahagia sangat… abang selalu terkenangkan saat-saat bahagia kita dahulu. Bukaklah sayang… abang janji tak kejar lagi, abang nak bincang tentang perkara tadi… please…”

Bincang perkara tadi? Apa maksudnya? Ooo… agaknya dia maksudkan permintaannya tadi. Permintaannya agar aku memberikannya seorang puteri. Argh! Danial… terlalu mudah kau meminta-minta. Sedangkan aku masih keliru dengan perhubungan kita. Aku takut untuk menerimamu sepenuhnya. Andainya apa yang kita impikan tidak tercapai, apa akan terjadi pada diriku. Aku tidak sanggup untuk mengharungi semula kesengsaraan di ketika saat-saat mengandungkan Danish tanpa kehadiranmu disisi.

3 comments:

  1. hohohohoh...
    bnyak sngt rhsia yg daniel rhsiakan...
    napa daniel x brterus terang ngn lea...
    klu dia brterus terang x adalah lea fkir bkn2...
    cntohnya btulkah daneil prnh brkawen ngn plihan kurga dia...
    saspen lak...
    best2x...

    ReplyDelete
  2. best2..
    laki mmg cmtu..
    sume bnde die amik remeh..
    hope dorang hepi..

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template