Tuesday, February 2, 2010

Cinta Terhenti - Bab 21

Aku menyeka airmata yang mengalir laju. Mengimbau kenangan silam telah menerbitkan mutiara-mutiara jernih di mataku. Lelaki itu sedang berbaring di sofa dengan kedua belah tangannya bersilang di kepala. Dia merenung siling. Gayanya sedang memikirkan sesuatu yang amat berat. Entah apa yang difikirkannya. Mungkin sedang memikirkan orang tersayang yang ditinggalkan di rumah. Sedang merangka apa alasan hendak diberi kerana tidak balik ke rumah malam ini.Hah!... Itulah padahnya kalau beristeri dua. Sentiasa mencipta alasan untuk melepaskan diri. Aku membiarkannya tenggelam dalam fikirannya.

Aku bangun untuk ke bilik air. Sambil itu aku melihat jam yang digantung kemas di atas lukisan pemandangan yang menghiasi dinding bilik. Jam telah menunjukkan ke pukul 2.00 pagi. Tapi aku dan dia masih belum melelapkan mata. Mungkin terganggu dengan pergerakanku, dia bangun dari baringannya dan matanya merenungku sayu. Sedih hatiku melihatkan renungannya. Dia seolah-olah meminta belas ehsan dariku.

Aku membiarkan sahaja pandangannya dan berlalu ke bilik air untuk membuang air kecil. Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku kerap ke bilik air pada waktu malam. Adakah aku menghadapi sebarang masalah kesihatan? Entahlah, malas hendak membuat pemeriksaan. Biarlah… lagi pun aku tidak berasa sakit dimana-mana, cuma kerap buang air kecil sahaja. Ah! mungkin tiada sebarang masalah. Aku menyedapkan hati sendiri.

Ketika aku keluar dari bilik air, dia masih duduk tercongo di sofa. Matanya masih merenungku. Dari aksinya, dia seolah-olah ingin berkata sesuatu, tapi masih tidak dapat menyatakannya. Aku selamba ‘derk’ jer. Lantaklah… kau dengan dunia kau, aku dengan duniaku. Kami terpaksa berkongsi bilik, demi menjaga rahsia dari terbongkar. Jika tidak… tak ingin aku tinggal sebilik dengannya. Sebelum merebahkan diri di katil, aku mencapai PDAku di meja solek. Aku setkan jam ke pukul 5.30 pagi. Takut terlepas waktu subuh pula nanti. Sewaktu hendak merebahkan diri, aku terdengar dia bersuara.

“Lea, we need to talk… takkan selesai dengan berdiam diri begini…” Suaranya garau melontarkan patah-patah perkataan yang dipendamnya sejak tadi. Tapi aku buat-buat tak dengar kata-katanya. Aku tetap dingin untuk melayannya.Argh! biarlah… cukup-cukuplah lakonan kami di hadapan Pak Su sekeluarga tadi. Mataku mengantuk, mindaku letih, badanku lesu, lebih baik tidur dari berbalah dengannya. Aku membiarkan lampu meja terpasang, risau jika dia mendekatiku.

“Lea, please Lea… jangan buat abang macam ni…”.

‘Abang’ ? Wah! Wah! Dia telah berani mengelarkan dirinya dengan panggilan itu. Panggilan yang telah kulupakan bagaimana bunyinya.

“Lea, tolonglah… jangan diam je. Kita perlu berbincang, Lea perlu luahkan apa yang terpendam selama ni. Kita perlu jernihkan hubungan kita…”

“Hubungan? Apa hubungan yang kita ada lagi? Kita dah tak ada apa-apa hubungan. You jangan nak perasan. I benarkan you tinggal sebilik ni sebab taknak Pak Su tahu keadaan kita, you jangan mimpi nak ada apa-apa hubungan lagi dengan I. Antara kita yang ada hanyalah kebenciaan, kemarahan dan dendam yang membara. You ingatlah, sampai bila-bila pun I takkan maafkan you” Bidasku keras tapi masih bernada perlahan. Aku tidak mahu ada yang terdengar perbualan kami.

“Lea… kenapa Lea jadi macam ni? Lea yang abang kenal bukan macam ni. Lea isteri abang yang dulu tu seorang yang lemah lembut, sopan santun, manja, kenapa Lea berubah sampai macam ni sekali, kata-kata Lea kasar dan penuh sindiran, kenapa jadi macam ni?”

Ya ALLAH… ‘bendul’ ke apa mamat ni, boleh tanya pulak kenapa aku jadi macam ni. Kaulah punca penyebab aku jadi begini. Itu pun tak tahu ke? Atau sengaja buat-buat tak tahu?

“Lea…Lea kena ingat, walau apa pun yang berlaku antara kita, Lea masih isteri abang. Abang tak pernah ceraikan Lea. Lea adalah ibu kepada anak abang. Hubungan ini tidak akan terputus sehingga kita mati. Lea kena ingat tu. Abang takkan lepaskan Lea sampai bila-bila pun. You’re mine forever…”.

Ya ALLAH, angkuhnya dia berkata-kata. Dia ingin menjadikan aku tawanannya sehingga ke mati. Dia ingin menggantungku tak bertali sehingga ke akhir hayatku. Terlalu egoisnya lelaki ini.

“You kejam Danny… you kejam… sampai hati you dera I sebegitu sekali? Inikah nilai cinta you? Inikah makna cinta yang you agung-agungkan? Adakah I ni selayaknya untuk di dera sepanjang hayat? Dah tujuh tahun you biarkan I begini, you biarkan I tergalang-galang.Ada suami, tapi…macam tak ada, suami yang hanya pada nama saja. Bagi I, suami I dah lama mati,pada hari you tinggalkan I, you dah mati buat I” Aku tak dapat menahan esakan. Tiba-tiba perasaanku terlalu sayu dan geram. Sayu mengenangkan nasib diri yang terperangkap dalam cinta gila Danial Haqim. Cinta yang kononnya cinta sejati, cinta agung yang hanya buat diriku. Tapi dalam masa yang sama dia beristeri lain yang aku yakini pasti ada cinta buatnya. Mustahil perkahwinan mereka tanpa cinta.

Melihat aku teresak-esak, dia cuba mendekatiku. Namun aku menahannya. Aku mengangkat tangan, tidak mahu dia datang kepadaku. Dia kecewa. Dia berjalan mundar mandir di hadapan katilku sambil memicit-micit kepalanya. Dia keresahan memikirkan masalah kami. Mungkin kecewa dengan kedegilanku.

“Danny… untuk apa you simpan I lagi… pernikahan kita dah takda makna. Kita tak serupa pasangan lain yang sentiasa perlu memerlukan. You tak perlukan I lagi… you dah ada isteri lain yang sangat you cintai, untuk apa I disisi you , dah tak ada makna…So tolonglah… tolonglah lepaskan I. Biarlah I cari kebahagiaan sendiri.”

“Siapa kata kita tak memerlukan antara satu sama lain? Abang amat perlukan Lea sebagai isteri abang, sebagai ibu kepada anak-anak abang. Cuma Lea je yang degil, keras hati…Lea kunci hati dari mencintai abang. Dah puas abang pujuk, dua tahun abang terkejar-kejarkan Lea. Dua tahun abang merendahkan diri memohon maaf pada Lea, masih tak cukupkah? Susah sangatkah Lea nak maafkan abang? Besar sangat dosa abang pada Lea? Alangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita sesama manusia yang seharusnya saling maaf memaafkan. Tapi… hati Lea hati batu”. Ewah…ewah… sesedap hati dia mengutuk aku.

“Kalau you dah tahu hati I hati batu, kenapa you masih terkejar-kejar? Atau kali ini you ada taruhan lagi untuk mencairkan si hati batu ni? Berapa pulak taruhan you kali ni? Aku melepaskan geram dihati yang berbuku.

“Apa maksud Lea? Abang tak faham, taruhan apa pulak ni? Bila masa pulak abang buat taruhan untuk memenangi hati Lea?”

“You faham maksud I, you sengaja buat-buat tak faham…” Panas hatiku melihat dia menafikan perkara yang pernah dilakukan dahulu. Dia seolah-olah lupa, atau sengaja buat-buat lupa.

Kepalaku pening melihat dia tak duduk diam, asyik mundar mandir di hadapan katilku. Sekejap ke depan, sekejap ke belakang, bagaikan orang tak tentu arah jadinya. Aku mengerling jam di dinding. Hah! Sudah hampir ke pukul 3.00 pagi. Bermakna hampir satu jam kami bertegang urat. Namun masih tidak jumpa jalan penyelesaiannya. Memang tak guna bercakap perkara yang lepas kerana masing-masing akan salah menyalahkan. Dia tidak mahu beralah. Baginya memadai dengan hanya pengucapan maafnya maka kami boleh berbaik semula. Boleh menjalankan kehidupan suami isteri seperti dahulu. Ah! singkat benar pemikirannya.

Masakan semudah itu aku dapat melupakan segalanya. Lagi pun dia punya isteri lain, isteri dari pilihan mamanya. Mustahil aku dapat menandingi pilihan orang tuanya. Aku akan kekal sebagai menantu yang tidak diiktiraf dalam keluarga itu. Jadi apa faedahnya kami bersatu? Hanya untuk kepentingan dirinya, untuk memuaskan hati dan nafsunya? Kononnya akulah cinta sejatinya, tiada wanita lain yang mendapat tempat di hatinya melainkan aku. Argh! Cinta yang bersulamkan pendustaan dan penderitaan apakah maknanya. Cinta untukku tapi setiap malam wanita lain dalam pelukannya. Cinta hipokrit.

Danny… pleaselah, I dah letih ni. Sepanjang hari ni, I dah terlalu letih melayan kejutan demi kejutan you. I dah lemah, tolonglah bagi peluang minda dan perasaan I berehat. I dah mengantuk sangat ni. Cuba you tengok jam dah pukul berapa. Tidurlah. Esok-esok kita sambung bergaduh lagi kalau you masih tak puas hati. Aku mengucapnya lembut, mengharap pengertiannya.

“Ya lah, abang pun dah letih, esok nak drive jauh, eloklah kita berehat dulu. Tapi kalau boleh, esok-esok abang taknak kita bergaduh lagi. Apa-apa masalah kita bincang dengan baik. Takda masalah yang tak dapat diselesaikan. Yang penting bagaimana cara kita handle masalah tu, jangan terlalu emosi. Perbincangan yang beremosi takkan ada jalan penyelesaiannya.” Lembut nada suaranya membuat permintaan. Senang betul pemikiran lelaki ini. Baginya masalah yang kami hadapi hanya sebesar hama. Tapi aku dah letih untuk berbalah dengannya. Biarlah hari esok yang menentukan segalanya.

“Lea…,” Dia merenungku dengan pandangan mengoda.

“Lea, boleh abang tidur kat sebelah tu, katil tu besar sangat, rugi Lea tidur sorang-sorang… tidur kat sofa tu tak selesalah…” Ewah… ewah dia buat permintaan pulak! Terjegil mataku memandangnya. Dia yang pada mulanya tersenyum-senyum ketika membuat permintaan, terus bertukar kelat rona wajahnya. Faham dengan reaksiku, dia segera menuju ke sofa untuk merebahkan badan. Aku pula serba salah melihatkan aksinya. Kesian pulak. Mungkin benar dia tak selesa. Maklumlah, selama ini dia tidur di katil empuk ditemani si permaisuri hati. Sekarang terpaksa tidur di sofa sendirian. Tentu tak selesa. Tapi… maaflah aku tidak akan sama sekali membenarkannya tidur disebelahku. No way! Aku membawa sebiji bantal dan selimut kearahnya.

“You pergilah tidur di sana, biar I tidur kat sofa ni. You dah biasa tidur selesa, jatuhlah martabat Pengarah Urusan Mega Maju Bina Holdings tidur kat sofa macam ni. Pergilah… I dah biasa tidur macam ni, kat kampung kami tidur atas lantai je…” Sindirku.

“Tapi sorilah… tak ada bidadari nak temankan you malam ni. Kalau nak tidur berteman, baliklah ke rumah you, cari isteri kesayangan you. I dah tak layak nak temankan you”

“Lea…Lea… kenapalah Lea suka sangat gunakan bahasa-bahasa sinis macam ni. Abang rindu nak dengar Lea guna bahasa yang lembut, lucu, bersopan, romantik, abang rindu nak dengar Lea panggil abang… ‘abang’, sayang, dear, honey, darling macam yang selalu Lea gunakan dulu.”

“Oooh… mintak maaflah En. Mohd. Danial Haqim. Semua tu dah jadi sejarah dalam hidup I. Ianya takkan berulang kembali. Sekali you dah terlepas, ianya takkan berpatah balik. Kenapa…, your wife tak pandai ke nak panggil you dengan panggilan manja macam tu? You ajarlah dia. I dulu pun tak pandai jugak, tapi you boleh ajarkan?” Aku memprovoknya.

“Lea…Lea… kalaulah Lea tahu….” Dia mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum penuh makna.

“Takpelah, Lea tidurlah di sana, abang boleh tidur di sini, untuk orang yang tersayang abang boleh buat apa saja, tidur dalam kandang kuda pun abang tak kisah, macam dalam cerita P. Ramlee tu…”.

Aah! yalah tu entah ya entah tidak, entah buaya entahkan katak…

2 comments:

 
Dear Diary Blogger Template