Monday, January 25, 2010

Cinta Terhenti - Bab 1

Melbourne, Februari 2001

Sebaik tamat kuliah terakhir pagi itu, aku tergesa-gesa meninggalkan dewan kuliah menuju ke perpustakaan Hargrave-Andrew. Kedua-dua temanku Aina dan Fateha sedang menunggu. Aku mengerling jam di pergelangan tangan, Alamak! lewatnya… mesti berapi marah diaorang ni, kata hatiku. Kami telah berjanji untuk berjumpa setengah jam yang lalu, namun Professor Matthew lewat melepaskan kelas sebentar tadi.

Dalam kekalutan, tanpa sengaja aku telah terlanggar seseorang. Aduh! sakitnya… sakit bahuku disengol kasar. Buku-buku yang kukepit jatuh bertebaran. Aku menunduk untuk mengutip buku, sambil menghalakan wajahku ke arah lelaki yang ku langgar tadi. Berdiri di hadapanku seorang lelaki kurus tinggi berbadan tegap, berkulit putih kuning sedang memandangku dengan muka merona kemerahan. Matanya mencerlung merenungku. Sekali pandang, dapatku teka lelaki itu orang Asia. Mungkin orang Malaysia, Indonesia, Brunei atau Singapura. Seraut wajah kemelayuan terserlah. Tetapi pandangan matanya yang tajam dengan wajah yang bengis menakutkanku untuk memandangnya lagi.

Er..er sorry Sir, I didn’t notice you just now… I’m really sorry… I’m in hurry….” Tergagap-gagap aku memohon maaf.

“Sorry? I won’t accept your sorry, you’re purposely bumping into me and yet I should apologize you, are you out of your mind…?” bidas lelaki itu.

Matanya merenungku tajam. Terkocoh-kocoh aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Buku dan nota lelaki itu juga jatuh berterabur di lantai. Bercampur aduk dengan buku-bukuku. Tetapi lelaki tersebut hanya mematungkan diri. Dia hanya berdiri sambil memandangku mengutip buku-bukunya dengan aksi sombong. Huh! Menyampahnya…sombong betul mamat ni. Ingat aku kuli dia ke apa? Eiiii…benciiii!!! Sungut hatiku.

Terkial-kial aku mengasingkan buku dan nota-nota tersebut. Setelah mengutip kesemuanya aku menghulurkan kepadanya. Dengan muka masam mencuka, dia merampas buku dan notanya dari tanganku.

“Hey! stupid Malaysian, next time kalau berjalan mata pandang ke depan…jangan tertoleh-toleh ke kiri kanan macam orang gila, perasan diri tu cantik sangat ke? Tak sedar datang dari ceruk kampong hulu mana tah…” bebel lelaki itu. Mungkin dia mengandaikan aku pelajar Malaysia berdasarkan imej penampilanku yang berbaju kurung dan bertudung.

What did you say just now?... what Malaysian? If I’m stupid Malaysian, so do you, because I believe you are Malaysian too…” Panas hatiku mendengarkan dia menghina bangsa dan negaraku.

“Hah!!…sahlah you ni cacat, tadi buta, ni dah pekak pulak, macam manalah orang macam you ni boleh sampai kat universiti ni”. Provok lelaki tersebut. Berdesing telingaku mendengar kata-katanya.

“Hey… stupid, you ingat you tu bagus sangat ker ? ‘Bandar’ sangat ker you tu? I believe we are from the same ‘kampung’ so jangan nak berlagak.” Geram aku melihatkan kesombongannya.

“Hey freshei, sedarlah diri tu … baru dua tiga hari kat sini dah nak tunjuk lagak, tolong respect senior sikit boleh tak?” Marah lelaki itu.

Senior? Ah! nasiblah…sungut hatiku.

If you want people to respect you, you should respect other’s first”. Sindirku sinis.

I feel sorry for you. Orang macam you ni, memang merugikan duit rakyat saja. Sia-sia kerajaan Malaysia menaja orang macam you ni. You mudah lupa asal usul sendiri, tak bangga dengan negara dan keturunan sendiri. Orang macam ni memang tak layak di hormati”. Aku mengeleng-gelengkan kepala, kesal dengan sikapnya yang tidak hormatkan negara sendiri.

“Hey tolong sikit… I tak macam you, mengemis mintak sponsor. I mampu guna duit sendiri untuk belajar kat sini, tak macam you , typical JPA’s student” Bidas lelaki tersebut. Geramnya hatiku mendengarkan celupar mulutnya.

“Hey…, tolong jaga sikit mulut you, kami JPA student bukan pengemis, tapi kami diberi penghormatan untuk menuntut ilmu di negara orang kerana kecemerlangan kami, bukan macam you, mentang-mentang ada duit, berlagak pandai. Entah-entah SPM pun tak lulus. Sekarang ni, semua benda boleh dibeli dengan duit, ada duit semua boleh jadi. So, orang macam you yang berlagak ni, datang sini nak beli degree ke?”.

Hah!! Ambik kau sebijik! Padankan muka, kutuk-kutuk lagi pelajar tajaan JPA. Ingat aku tak berani balas balik kutukan kau. Bisik hatiku.

“Hey…, you ni kan, rupa jer cantik, nampak manis, berbaju kurung, bertudung, lemah lembut, bersopan, tapi mulut… macam murai tercabut ekor” Kritik lelaki itu. Hatiku bertambah panas dengan kelancangan mulutnya.

Sesi pertikaman lidah itu secara tak langsung telah menarik perhatian orang yang lalu lalang. Argh! Malunya!!! Menyedari kami telah menjadi tontonan ramai, aku segera mengatur langkah tanpa menghiraukan jeritan lelaki itu. Mungkin dia masih tak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Aku berjalan pantas ke perpustakaan. Masih memikirkan lelaki ‘sewel’ tadi. Sombong betul mamat tu, dah lah pelajar Malaysia tak berapa kerat di sini, sepatutnya bila jumpa rakan senegara bertegur sapa, berbaik-baik, ini tidak, kita dijadikan musuh pulak, jadi bahan cacian dia, memang dasar tak sedar diri, agaknya anak ‘somebody’ , tu yang sombong semacam jer…aku berandaian sendiri.

*****

Sebaik sampai di Hargrave-Andrew Library, aku segera meletakkan beg sandangku di locker yang disediakan. Terjengok-jengok aku mencari kedua rakanku. Sukar untuk mencari di ruang yang luas itu. Sedang tertinjau-tinjau, aku terpandang lelaki ‘mereng’ yang kulanggar tadi sedang duduk di satu sudut merenungku tajam. Menggelabah aku takkala melintasi mejanya. Eh! Macam mana pulak dia ada kat sini? Tadi masih kat koridor dewan kuliah… takkanlah cepat sangat dia berjalan ke sini. Peliknya! Aah! mungkin dia naik kereta kot. Ish! apahal pulak aku nak pening-peningkan kepala fikirkan hal dia…

Setelah beberapa ketika, barulah aku terpandang kepada dua rakanku yang sedang kusyuk mentelaah di satu sudut yang tersorok. Perlahan-lahan aku menarik kerusi di sebelah Aina. Menyedari kehadiranku, Aina berbisik, “apasal lambat? Dah lama kitaorang tunggu…”

“Sori la geng… aku lambat, ada hal sikit tadi, nanti aku cerita kat korang… dah lah, sambung study, don’t waste your time, ok”

Aku bangun untuk mencari beberapa buku rujukan bagi tugasan yang baru diberi oleh Prof. Matthew tadi. Aku menuju ke rak yang tersusun kemas buku-buku rujukan berkenaan geotechnical engineering. Sekilas, aku terpandang ke arah lelaki tadi. Berdebar jantungku bila menyedari ‘si mamat kerek’ masih merenungku. Renungan sinar matanya menusuk kalbu. Aku ingin menghadiahkan senyuman manisku kepadanya, namun apabila terkenangkan peristiwa pertikaman lidah tadi, aku lantas menghalakan pandangan ke arah lain. Apasal lah ‘si mamat kerek’ ni asyik pandang aku, dari tadi tak berkalih pandangan matanya, marah sangat ker pasal kejadian tadi, atau… dia dah jatuh cinta pandang pertama kat aku? Hahaha!!! perasan…

*****

Jam menunjukkan ke pukul tiga petang ketika kami meninggalkan perpustakaan. Cuaca yang sederhana panas amat melegakan. Walaupun sekarang musim panas namun, suhunya tidaklah seperti di Malaysia. Jika berjalan kaki di tengah-tengah rembang matahari, pasti basah lencun baju bermandi peluh. Suhu maksimum bagi musim panas di sini hanyalah sekitar 25°C, dengan angin yang bertiup lembut amat menyamankan.Dalam perjalanan, Fateha dan Aina tak sabar-sabar menghujaniku dengan berbagai-bagai soalan perihal kelewatanku tadi. Terpaksalah aku bercerita dari A hingga ke Z kejadiaan yang menimpaku.

“Hensem ke mamat yang kau langgar tadi Lea?” Serentak Fateha dan Aina bertanya dengan aksi-aksi ‘gediknya’.

“Hoi, mana lah aku nak perasan… hensem ke, hodoh ke, baru sekali dua bertemu, takkanlah dah boleh nak bagi markah kot, tapi kalau korang tanya pasal budi bahasanya, hem… memang ‘out’, takder budi bahasa langsung, kita ni orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa dan adab sopan ketimuran, tapi mamat tu, hampeh…, tak berbudi bahasa langsung.” Geram aku mengenangkan sikap sombong lelaki itu.

“Eleh… entah-entah memang hensem giler… kot-kot macam Brat Pit ker, Keanu Reave ker… kau nak ‘songlap’ sorang-sorang ye?” Fateha berserkap jarang.

“Tapi kan… kalau korang nak tau, sekali pandang hensem gak mamat tu… ada iras-iras pelakon Indonesia yang hensem tu, Ari Wibowo ker Gunawan ker, aku pun dah lupa nama dia. Bibirnya merah, bola matanya bulat galak, dagunya berlekuk, raut mukanya tirus, hensem!!! Kalau orang-orang macam korang ni, sekali pandang aku gerenti cair habis punya! Tapi… aku tak heranlah, dia hensem ker, hodoh ker, takde kena mengena denngan aku. Selepas ni aku nak berdoa panjang-panjang, jangan lah aku terserempak dengan ‘si mamat kerek’ yang sombong nak mampus tu…”. Aku menadah tangan berdoa minta dijauhkan dari lelaki yang tak bermoral dan beradab tu.

“Lea, kau baik-baik sikit, cakap tu biar berlapik… jangan benci sangat kat orang, silap-silap nanti, dari benci bertukar rindu…” Fateha memberi amaran sambil tersenyum-senyum memerliku.

“Piiiirah..., macam tu punya mamat, takkan tersenarai dalam list lelaki-lelaki idamanku.” Sangkalku. Kedua-dua Aina dan Fateha mencebikkan muka kearahku.

“Haah… yer la tu… esok-esok kita tengok, siapa dulu yang dilamun cinta antara kita bertiga. Entah-entah dia yang terlebih advance dari kita, kan Aten.” Sindir Aina.

“Korang jangan nak merapu okey, aku tetap dengan prinsip aku, ‘no boyfriend, no love affairs until I get my first degree’, okey” Aku mengingatkan mereka mengenai prinsipku yang telah menjadi tekadku sejak menjejakkan kaki ke bumi Australia ini. Aku bertekad untuk tidak terlibat dalam perkara-perkara yang boleh melalaikan dalam mengejar cita-citaku. Aku telah berjanji dengan arwah keluargaku dan Opah, aku akan berjaya dengan cemerlang. Jadi… hal-hal boyfriend and love affairs ni tolak tepi. Tekad hatiku.

“Korang jangan cuba nak padankan aku dengan mana-mana jantan tau, termasuk ‘si mamat kerek tu’, hey, simpang malaikat 44, janganlah aku terserempak dengan orang macam dia lagi…” Doaku sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Ala Lea… orang tua-tua selalu cakap, kalau kita benci sangat kat orang tu, dia lah jodoh kita nanti… entah-entah memang dah ditakdirkan ‘mamat kerek’ tu jodoh kau kot…”kah! kah! Meledak ketawa Aina dan Fateha.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template